♥ Tips mengecilkan liang roma ♥




inilah hasilnya...nothing much different if i use make up (just lip ice and compact powder)

Mulakan dengan penjagaan selepas mencuci wajah. Selepas seseorang mencuci wajahnya,
liang pori akan terbuka untuk seketika.
biasanya saya akan memcuci wajah 2@3 kali seminggu dengan serbuk teh yang telah dipakai, selepas itu anda akan rasa kulit anda mulus dan gebu je...tak pecaya anda boleh cuba
Pada waktu ini, sapukan penyegar (toner) pada wajah menggunakan tisu muka.
Pilih penyegar yang berunsurkan ’sejuk’ atau yang bertindak sebagai pengecil liang roma (pore minimizer). Kebiasaannya, penyegar yang berasaskan mentimun adalah penyegar yang terbaik.


Kemudian, mengenai ’scrub’ muka. Pastikan anda ’scrub’ muka anda 2 atau 3 kali seminggu.
Ini untuk membuang sel-sel kulit mati bagi mengelakkan ia berkumpul
dan menjadi jerawat atau jeragat pada wajah kita.
Pemilihan ’scrub’ juga amat penting.
Pastikan anda membeli ’scrub’ muka yang mengandungi ‘micro-scrubber’ 
di dalam kandungan ’scrub’ tersebut kerana
peranan ‘micro-scrubber’ amat penting dalam menanggalkan sel-sel kulit mati.
Prefer : Facial Scrub Clearasil.

masa terbaik untuk melakukan ’scrub’ muka adalah pada waktu pagi selepas anda bangun dari tidur.
Jadi, pada waktu ini, anda bukan mencuci muka menggunakan pencuci muka, sebaliknya menggunakan ’scrub’.


Setelah wajah anda dibersihkan dengan ’scrub’, pakai ‘topeng’ wajah untuk bertindak sebagai pengecil liang roma setelah melakukan ’scrubbing’.



Ia bertindak sebagai pengecil liang roma yang mempunyai ekstrak hazel dan pelembab. Ia juga bertindak sebagai pencuci muka dan juga ‘mask’. Pakai selama 5 minit dan kemudian bilas. Setelah pemakaian produk ini, anda akan merasakan kulit anda lebih halus dan liang roma lebih kecil.



Comments

Popular posts from this blog

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Nama dalam tulisan JAWI ♥