Posts

Showing posts from June, 2011

♥ Ciri-ciri suami yang menjadi idaman dan impian setiap wanita ♥

Image
Assalamualaikum  ini suami saya...semoga menjadi suami dan ayahanda mithali Isteri itu adalah untuk dikasihi, dimanjai dan disayangi dengan penuh rasa kasih sayang dari seorang yang bernama suami. Isteri bukan tempat untuk si suami melepaskan amarah yang tiada berkesudahan . Isteri adalah makhluk tuhan yang perlu dibelai, dididik dan dihormati setiap masa.   Kerana Sifat Al-Amin, Siti Khadijah terpikat Rasulullah s.a.w telah digelar dengan gelaran Al-Amin oleh para penduduk Kota Mekah kerana beliau telah diberi amanah oleh para pemuda Quraisy ketika isu untuk meletakkan Hajar Al-Aswad timbul. Baginda telah diberikan amanah tersebut kerana seluruh Kota Mekah mengenali baginda dengan sikap baginda yang amanah dan boleh dipercayai. Abu Lahab pernah cuba meminang Siti Khadijah melalui Abu Thalib. Namun, Abu Thalib telah menolaknya dan Abu Thalib berkata : "Dalam pertemuanku itu, Khadijah mengatakan dia memerlukan seorang lelaki yang dapat dipercayai bagi menjalankan perniagaan

♥ No Entry Anymore!!!...sorry ♥

Image
Assalamualaikum hai gerun x dengar tajuk entry kat atas tu....macam poyo je kan,....hahahaha.. bertunang, bernikah, bersanding dan majlis sambut menantu...semua nya sudah...Alhamdullillah..syukur ku panjat kan  kepadaMU..  xde la...bukan ape pun nuraf saje nak istiharkan yg nuraf not available lagi k =))...sudah menjadi permaisuri hati kepada hubby (my prince)..hari ni genap la 1 bulan 2 hari kami bersama..huh mesti korang geramkan baru skrg nak update gambar kawen...,bukan ape masa tdk mengizinkan...bln 6 ni nuraf terlalu sibuk dan penat...banyak perkara perlu difikirkan dan diselesaikan...cuma nuraf buat sinopsis gambar je...ha gambar pun ade sinopsis jg ke...erk????...gmbar kat atas tu adalah perjalanan hidup nuraf sebelum bergelar isteri kpd En Mohd `Aidil bin Kamali...nanti bila nuraf senang nuraf akan update ya tentang perjalanan penuh peristiwa bermakna itu ya...ok la sampai sni dulu...da pukul berapa da ni....k nuraf masuk tido dulu ya...jgn lupa ya sebelum tdo baca doa t

♥ Ayah Aku Mohon Maaf ♥

Image
Assalamualaikum ..... Tetiba sebak je rasa hati....bila teringatkan ayahanda yg aku sayangi...pejam celik pejam celik....ayahandaku telah meninggalkan kami 9 beradik bersama ibunda kami yg sgt3 tabah , ibunda la yg menjadi ayah dan ibu kami skrg... hampir 4 thn ayah telah meninggalkan kami semua....pemergian ayah adalah saat yg sy tdk dpt lupakan...kerana saat beliau menghembuskan nafas yg terakhir, semua anak²nya tiada di sisi....aku sgt3 terkilan...layakkah aku dipanggil anaknya..sedangkan pada saat dia amat perlukan kami semua...mungkin itu telah takdir kami utk tidak dpt bg penghormatan yg terakhir buat nya...ayah pergi ke rahmatullah pada 08 Sep 2008...sebak untuk aku meneruskan penulisan dan isi hati aku sbgai anaknya...xterdaya dan xterluah, cuma apa yg ign aku kata adalah... kawan2 yg ku hormati sekalian...hargailah ayahanda dan ibunda kita selagi mereka masih ade di dunia...berbaktilah pada mereka..walau baik buruk sifatnye..dia tetap ayahanda dan ibunda kite...tanpa me

♥ Adam Ruqail ♥

Image
Assalamualaikum  Adam = nama nabi, ikutan @ teladan Ruqail = bijaksana entry kali ni best skit....seminggu yg lepas saya berjumpa balik kawan rapat sy sewaktu di poli dulu...mmg lama giler kami lost contact....last sy jumpa dia 3 years ago...tu pun waktu tu sy kerja di tesco plentong jb, waktu tu sy kerja as a sales assistant kat grolier  ni la tempat keje saya dulu  ...=) spnjg sy keje kat situ byk ilmiah yg sy dapat, selain memperbaiki pertuturan english...terima kasih grolier ...eh apa ni da melalut ke mana sy ni ...hehehhehe...k berbalik pd cerita td k...ha ...kat situ la last kami jumpa...time tu sy jumpa dia dgn hubby dia...time tu sy jumpa blh kata dia baru je kawen jg la....tgh ber honeymoon la....hahaha... saya cerita balik siapa dia...nama = nurul hanatasha abd hamid...umur = 28 thn tua setahun dari sy... anak = sulong mcm sy tp dia dua beradik je...dia ni sgt3 la manja...dgn sy pun dia manja jg tau...walaupun sy ni pgkt adik dr dia...best sgt kawan dia...dia la yg blh s

♥Kelebihan bila kita bersedekah♥

Image
Assalamualaikum  ......Sharing is Caring..... ‘Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan.Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya’. (Riwayat Muslim) Sedekah berasal dari kata sadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam. Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material. Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sa

♥ CARA MENGAWAL PENGELUARAN JERAWAT ♥

Assalamualaikum hai semua...kat bawah ni nuraf dpt semasa nuraf BW td...so nuraf share la ngan korang semua...bagus tips-tips dia...=) 1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan bersih. 2. Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang tebal di wajah                3. Bersihkan wajah dengan sempurna setiap kali selepas mengunakan mekap 4. Cuci wajah sekurang-kurangnya tiga kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yangs sesuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. lakukan dalam urutan berputar. 5. Awas! Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi. 6. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! Memicit jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut. 7. Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang kotor. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah. 8. Hentikan menggunakan mekap ketika wajah masih berjerawat. 9. Sering berganti tuala pengelap wa

♥ Ketika Cinta Bertasbih ♥

Assalamualaikum  hai just want to share with everybody..just read until finish....it good to all of u to know =)..jgn baca sahaja ya..nuraf minta ia dipraktik terus.. 1. KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita.Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita. 2. KETIKA MELAMAR Anda  bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis. 3. KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah 4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka 5. KETIKA MALAM PERTAMA Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat 6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui t