30 November 2011

♥Aku seorang yang kidal♥

Assalamualaikum

:)...:)..:)
Senyum panjang aku..aku bersyukur dgn apa yang telah di anugerahkan ALLAH kepada aku..
Segala yang terjadi telah tertulis olehNYA..

Aku adalah salah seorang yang menggunakan tangan kiri..semua kerja aku buat guna tangan kiri, cuma satu benda je yang aku guna pakai tangan kanan..iaitu bila aku makan nasi dengan menggunakan tangan , tp klu pakai sudu aku still pakai tangan kiri...tabiat ni mmg aku da xleh ubah lagi..sejak kecil..

Tetiba aku teringat zaman kanak kanak aku dulu sebelum aku masuk tadika...

Arwah ayah aku pernah kurung aku dalam bilik semata mata menyuruh aku belajar menulis dengan menggunakan tangan kanan, tp usaha arwah ayah gagal...mmg aku xboleh menulis langsung dengan menggunakan tangan kanan..

Sebenarnya ade banyak kelebihan dan kekurangan menggunakan tangan kiri (banyak sumber yang aku jumpa dlm EN INTERNET)

Tapi satu yang aku perasaan kelebihan menggunakan tangan kiri di ketika dapur,
Orang yang menggunakan pisau dengan tangan kiri dikira seorang yang pembersih...Weeee..sebabnya barang barang yang hendak dipotong (ikan,sayur, ayam, bawang dan lain lain) dipegang menggunakan tangan kanan..

Ha..korang semua setuju tak apa yang aku cakap ni (terutama org yang guna tangan kiri)...klu setuju cer angkat kaki korang..hahaha...tp aku tak cakap yer org tangan kanan pengotor.
Cuma ini satu kelebihan kepada org yang guna tangan kiri ketika melakukan kerja di dapur..

p/s +++ so klu korang nak jadi chef @ tukang masak mmg sangat sesuai..nampak skit la pembersih..

aku ade jumpa satu blog ni, dan terbaca tentang

KELEBIHAN SEORANG YANG KIDAL

so aku copy paste je ape yang dia tulis, korang boleh terus baca atau baca direct dari blog beliau k...semua yg dia cakap tu aku rasa ade betulnye jg..

KLIK SINI

Bila bercakap tentang kelebihan kidal ni kan ada beberapa perkara yang aku suka sangat tentang menjadi kidal.. iaitu..

  • Secara kajian umum, golongan kidal ni lebih pandai, lebih teror dan lebih kacak or cun berbanding golongan kanan. Ni bukan aku yang cakap okeh, tapi kajian dah dibuat. So.. Aku terasa ada betulnya kot.. Hehe..

  • Golongan kidal jugak lebih sesuai dijadikan calon isteri / suami . Sebab? Berdasarkan kajian yang aku pernah terbaca, golongan ni akan sedaya upaya mempertahankan hubungan dan menjaga hubungan itu sekuat kuatnya.. Kira macam calon suami / isteri mithali gitu.. Haaa.. Ada betulnya gak tu.. Hehe.. 

  • Romantik? Member aku yang sama kidal dengan aku pernah cakap " Udin, kita beruntung kidal, sebab kita lebih romantik dari golongan bertangan kanan.. " . Errr.. Aku tatau nak sokong ke tak, tapi kalau ditengok member aku tu serius dia tu romantik ! Haha..  Aku? Tak kot.. lalala.. 

  • Berdasarkan kajian yang aku baca jugak, jika suami isteri tu dua dua kidal, peratus anak dia pon akan kidal jugak agak tinggi . Dan boleh dikatakan pasangan dua dua kidal amat jarang ditemui didunia.  Hoho... Kira macam "rare" woo.. Cool 

  • Golongan kidal jugak sangat la kreatif.. Ni bukan aku cakap ye.. ni berdasarkan kajian yang aku baca.. Tapi ada betul nya gak, beberapa designer hebat yang aku kenal, memang kidal ! =)

  • Golongan kidal ni dikatakan amat rapat  dan amat pentingkan family ! Err.. Yang ni aku sokong ! Haha..
ha ..ni BUKTI .aku adalah salah seorang yang pakai tangan kiri..ini betul k (gambar candid tau)

OTAK MANUSIA TERBAHAGI KEPADA 2 BAHAGIAN



Hemisfera kiri (KAWALAN TANGAN KANAN) mengawal Ucapan, Bahasa, Penulisan, Logik, Matematik, Sains, ini adalah CARA BERFIKIR LINEAR.

 Hemisfera kanan (KAWALAN TANGAN KIRI) mengawal Muzik, Seni, Kreativiti, Persepsi, kesedaran Spatial, Emosi, Genius, ini adalah MODE HOLISTIK BERFIKIR.

ANTARA FAKTA FAKTA YANG AKU JUMPA
 





♥Princess and Prince Story♥
 Photobucket
♥ Anda suka entry ini ♥

25 November 2011

♥Hasil Kerja 3 = PROPOSED DESIGN FOR NATIONAL INNOVATION CONFERENCE & EXHIBITION 2009 (NICE 2009) ♥

Assalamualaikum

  • design ni  aku buat untuk ENTRANCE WAKLWAY MOSTI dekat LEGAR PUTRA PELANTARAN PWTC KUALA LUMPUR
  • gambar real punya aku xde, member aku ade gambar real punya
  • bila dah siap cantik plak aku tgk..
  • besar WOOooo tunnel ni










♥Princess and Prince Story♥
 Photobucket
♥ Anda suka entry ini ♥

♥Hasil Kerja 2 = PROPOSED SONY BLU-RAY DISC DISPLAY ♥

Assalamualaikum

Antara koleksi koleksi kerja aku sepanjang aku jadi DESIGNER di company lama aku.


  • untuk memulakan kerja aku guna AUTOCADD untuk bentuk 2d (kat sini la proses design bermula)
  • kemudian aku convert drawing AUTOCADD tu  masuk ke dalam 3d MAX untuk menghasilkan lukisan 3d .
  • last aku akan touch up @ utk presentation aku pakai ADOPE PHOTOSHOP @ ADOPE ILLUSTRATOR



♥Princess and Prince Story♥
 Photobucket
♥ Anda suka entry ini ♥

♥Hasil Kerja 1 = PROPOSED DESIGN FOR BAT OPEN DAY 2010♥

Assalamualaikum


Sepanjang aku jadi designer kat Company lama aku kerja dulu
Tak banyak pun aku dapat simpan
Ada la design yang mula mula aku masuk kerja kat situ,
dari xreti buat sampai la boleh buat...hahahaha
Aku buat semua hasil kerja tu pakai 3d MAX @ 3d VIZS
Function dia lebih kurang sama je, cuma hasil dia yg berbeza, 3d MAX lg bagus berdasarkan pengalaman sepanjang aku keje situ time tu.
kebanyakkan kerja yang aku buat time tu adalah mendesign segala jenis BOOTH untuk event event tertentu.

Jom la tengok..design mula mula aku, mak ai buruk giler..time ni baru terkial kial pakai 3d MAX


♥Princess and Prince Story♥
 Photobucket
♥ Anda suka entry ini ♥

♥Tracking Shipments by POS LAJU♥

Assalamualaikum


Yeay!!! kejap lagi InsyaALLAH aku dapat la barang yg aku beli online dari blog adik ni KLIK SINI, xsabar nak pakai barang tu...Wahhh rasa excited sangat pulak, bukan apa aku beli barang tu hari sabtu yg lepas...tadi aku da check  kat pos laju malaysia online. 
Barang tu da sampai kat center pos johor bahru pukul 6.49am td...
JENG...JENG...JENG...
jom pakat pakat kita tunggu kepada sapa sapa yang beli barang tu jg macam aku.

MARILAH KITA SAMA SAMA SABAR MENUNGGU



♥Princess and Prince Story♥
 Photobucket
♥ Anda suka entry ini ♥

23 November 2011

♥ Memori = Pertama kali masuk klinik ♥

Assalamualaikum
Cerita yang aku nak cite ni, cite da lama, yela nama pun memori kan...cerita ni tahun 2008 lalu.
Pada tahun tu aku beli kereta yg julung julung kalinya.
Tak silap aku time tu aku kerja tak sampai setahun lagi.Time aku beli keta tu, aku xmemilih sgt,
apa yg penting macam mn sekali pun aku kena ade keta time tu..
Aku beli keta ni time aku kerja kat JB, perghhhh byk jg dugaan time aku nak keluar keta ni

Syarat² yang aku sendiri letak untuk aku ade kereta adalah seperti berikut

  1. aku da xnak menyusahkan org lain lg
  2. aku beli keta tu spy senang utk aku pergi ke sana ke mari, terutamanya masa aku balik kg
  3. aku beli kereta ni aku xpakai geren tol @penjamin ok, aku usaha atas diri aku sendiri walaupun masa tu basic gaji aku sgt kecik..
  4. sbb da lama sgt aku da de lesen sendiri since dari aku form 5 aku da buat lesen tau, so aku xnak ape yg aku blaja waktu amek lesen terus lupa di telan oleh otak fikiran aku ni
  5. aku nak mahirkan diri aku tentang jalan² yg ade kat KL
  6. cuma aku ade pinjam duit dari ibu aku utk cukupkan down payment, maklum la baru keje kan
Berbalik pada tajuk di atas, xsampai sebulan keta aku masuk bengkel, sedih sgt tau time tu.
Da la simpanan semua da abis aku guna tuk beli keta tu, alih² keta tu masuk bengkel plak.
Kejadian tu terjadi waktu otw dari JB nak ke KL...keta aku tetiba je break down kat highway Seremban.
Nasib masa tu aku dgn hubby aku , tidak aku da xtau nak buat ape, da la malam waktu tu..seram jg aku.
nasib HuBBy aku pandai la skit bab² keta ni, so beliau repair la apa yg patut sementara utk lepaskan smpi ke KL sebelum di masukkan ke bengkel pada keesokkan paginya...
 Kereta aku di masukkan ke bengkel yg dekat dengan umah sewa aku di Damansara Damai..
Mekanik tu cek punya cek,dan bgth aku ade barang yg kena tukar..aku tya pya tya berapa harga akhirnya RM1100 aku kena keluarkan time tu, korang pun tau aku da xde duit, so pinjam kat ibu aku sekali lg.


So korang tgk la gambar kereta aku sepanjang berada di bengkel







benda alah ni la yang kena tukar baru tu


♥Princess and Prince Story♥
 Photobucket
♥ Anda suka entry ini ♥

♥ Memori = NAM 9140 ♥

Assalamualaikum
Antara kenangan yg aku x akan lupa.
NAM 9140 - KERETA FORD hubby aku punya hanya tinggal kenangan,
kereta ni hubby aku beli second hand je pun dulu,
aku x sure NAMA PENUH keta ni. (klu korang tau cer bgth aku ape name penuh keta ni k)
lepas Abi beli keta ni, beliau terus upgrade@modified keta ni...mmg cantik la keta ni bila da berubah wajah..
RUPA ASAL keta ni pun aku xsure macam mn,
aku pernah bawa keta ni, mmg best keta nya tambah lagi aku suka sbb keta ni nampak sporty..best woOOO drive keta ni..tp skrg keta ni da xde da, Abi da jual. Sebab byk hal keta ni, maklum la kita beli second hand je, so banyak benda yg nak kena repair.JOM tgk gambar keta abi aku pya ni dulu, tp gambar nye keta tgh porak peranda, tgh demam..br nak anta masuk bengkel lagi..

Antara gambar gambar yg aku ade setelah di ubah wajah




♥Princess and Prince Story♥
 Photobucket
♥ Anda suka entry ini ♥

19 November 2011

♥Kasihnya IBU kepada ANAK♥

Assalamualaikum

AJAIBNYA TANGAN IBU
by Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran, 
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...
Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (Pendakwah & Pengacara Semanis Kurma TV9)


♥Princess and Prince Story♥
 Photobucket
♥ Anda suka entry ini ♥

14 November 2011

♥Review Product Biore sebelum saya pakai nanti♥

Assalamualaikum

Setelah dikaji@mencari@tercari@dicari produk yg mana sesuai utk kulit makua saya, ,maka dengan ini saya telah ter...jumpa produk yg mungkin sesuai dgn kulit muka saya. Sebelum sy pakai saya nak share skit pasal produk yg sy search kat EN GOOGLE ni. Search punya search saya rasa saya nak cuba produk BIORE ni... sebab???

Kenapa saya nak bertukar@berhijrah kepada produk yg lain ni???

(eh da kenapa ha! muka elok² gatal plak nak tukar² produk ni)
  1. Saya da rasa bosan pada produk yg sy pakai sekarang ni...hehehe (mana x nya dari sekolah menengah kot sy pkai produk tu smpai umo sy skrg 27@72thn da...hahaha)
  2. Produk yg sy pakai ni pun, sy rasa da xmujarab da...macam da xde effect ape² pun @ xmendatangkan perubahan kebaikan pada wajah sy (mungkin da lama sgt kot sy pkai@kulit muka sy da bosan ngan produk tu)
  3. Semenjak sy kawin ni, sy ada perasan parut jerawat yg hinggap sebijik@dua bijik kat muka sy lambat gila nak hilangnya...naik geram sy tgk...macam xbg effect apa² pada muka sy, senang cakap produk tu da xmemberikan kesan lg bila sy pakai.
  4. Mungkin Jg faktor umo kot yg nak melangkah ke alam 3series, @ mungkin jg kolegen pada muka sy da berkurangan sbb tu parut lmbt nak hilang@nak produk yg lebih power (hahaha)
  5. Disebabkan faktor umo yg nak masuk ke 30 an ni, sy jg tgh mencari produk anti penuaan@kedutan, da jumpa da tp xpasti lg sy nak pakai ke x produk tu...(huhuhu)
Kenapa produk BIORE yg menjadi pilihan saya???
  1. Produk BIORE ni asal dari jepun, setahu sy klu produk dari jepun ni kebanyakkan nya mmg bagus.
  2. Klu korang semua perasan la kan, cuba korang tgk@perhatikan artis@pelakon dari sna, cantik² dan mulus je kulit dio orgkan?
  3. Produk BIORE ni jg guna bahan² alam semula jadi @ bebas dari alkohol.
  4. Harga pun xmahal sangat macam SKII@MARY KAY, kira semua org mampu beli.
  5. Apa yg sy nak@ciri² yg sy nak semua ada dlm produk BIORE ni.
Ok nak tahu x produk yg mana menjadi pilihan hati sy bila sy pakai nanti???

Untuk  PEMBERSIH WAJAH, saya nak cuba yang ni dulu..


BIORE FACIAL FOAM PORE & OIL CLEAR


- bersihkan pori dan minyak berlebihan, kulit tampak cerah dan lembut
- dengan "Micro Scrub" membersihkan hingga ke pori kulit, mengangkat kotoran dan minyak yg berlebihan.
- dengan "Skin Purifying Technology" dan Witch Hazel yang dikenali sebagai penyegar untuk meringkas pori.
- rasakan kulit cerah yang tak berminyak dan tetap lembut



Untuk  TONER@MAKE UP REMOVER, saya nak cuba yang ni la..


BIORE CLEANSING OIL - IN COTTON WIPES BOX

- diperbuat daripada 100% serat tumbuh-tumbuhan semula jadi, setiap helaian mengandungi age mpelembab yg serta merta dan berkesan jelas di luar yayasan, solek mata dan maskara kalis air tanpa menggosok berlebihan.
- wipes lembut dan bebas alkohol, cepat dan mudah untuk digunakan untuk mendedahkan kulit yg nyata bersih, segar dan lembut selepas setiap lap. tiada perasaan berminyak atau melekit selepas digunakan.

KESELAMATAN
- direka khas utk mengekalkan kesegaran dan kelembapan kain lap kapas utk tempoh yg lebih lama.
- mesra alam sekitar sebagai kotak yg boleh digunakan semula dgn mengisi semula daripada kain lap.
- setiap kotak mengandungi 48 helaian.
- juga terdapat dalam 48 pek isi semula helaian dan 10 helaian travel pek.



Untuk  UV PROTECTION @ MAKE UP BASE @ FOUNDATION , saya nak cuba yang ni..


BIORE UV PERFECT FACE MILK SPF50+PA+++

- biore uv perfect face milk spf50+pa+++ blok superior denagn perlindungan berpanjangan terhadap bahaya UVA & sunrays UVB
- dirumuskan dgn serbuk menyerap sebum, mencegah kulit daripada menjadi melekit dan berminyak dan berkesan sebagai asas make up
- tidak menyumbat liang roma, dan tekstur ringan merebak lancar di muka.



@


 BIORE UV PERFECT MILK SPF50+PA+++



- biore UV perfect milk superior UV perlindungan yg berkesan menghalang pembentukan bintik dan freckles gelap.
- kalis air dan tahan terhadap peluh.
- formula tidak melekit dgn rasa serbuk cahaya.
- tdk meninggalkan sisa sisa putih pada kulit da nboleh digunakan sebagai asas make up.


:: InsyaALLAH klu sempat, balik jap gi aku singgah la beli kat Guardian@Watson ::

:: Pastu nanti aku akan buat REVIEW pasal produk ni bila aku da pakai nanti ::

:: utk lebih lanjut pasal produk BIORE ni korang boleh pi di laman web nya sendiri k,  KLIK SINI ::


♥Princess and Prince Story♥
 Photobucket
♥ Anda suka entry ini ♥

04 November 2011

♥ 3 days at Pulau Tinggi Mersing ♥

Assalamualaikum

Ahad
11.30 am – bertolak dari Skudai (Office) bersama dgn bos, en nizam (engineer) dan aku (akitek)
·         Bos da bertolak terlebih dahulu kerana menerima jemputan dari saudaranya di Kota Tinggi..sementara aku terpaksa menunggu en nizam smpi utk bertolak dari office dgn satu kereta je, kami membuat temujanji utk berjumpa dgn bos utk ambil beliau di simpang sblum nak ke Desaru utk ke Tanjung Leman dgn menaiki satu kereta sahaja.
1.30pm –  Kami tiba di Tanjung Leman.

 bot sudah sedia menunggu

cantik juga bot persendirian bos saya nih!!
·         Kebetulan kami sampai sana ada perasmian Kapal Layar, tanpa membuang masa kami pergi  memenuhkan perut dgn makan tgh hari di gerai makan yg terdapat di situ. Setelah selesai sahaja makan kami terus ke Bot persendirian bos kami utk menurunkan semua barang dr kereta  yang perlu di bawa di Pulau nnt ke dalam perut bot. 

3.30pm – Kami bertolak dari jeti Tanjung Leman.

·         Utk meneruskan perjalanan kami yg mengambil masa kira² 30-45 minit untuk smpai di Pulau Tinggi.
·         Sepanjang perjalanan, dapatla aku menikmati permadangan yg indah di tgh² lautan itu.
·         Untuk smpi ke destinasi kami, kami harus melintasi Pulau Sibu yg cantik sekali..
·         Sepanjang perjalanan itu, aku tergamam seketika, kerana aku ternampak sebuah bot yg sgt cantik dan mewah yg pertama kali aku lihat di depan mata aku. Tapi aku tak pasti siapa empunya bot mewah tu, yg penting bukan TMJ yg pya (Tengku Mahkota Johor). Tapi sayangnya aku terlupa nak ambil gmbr bot mewah tu..

4.15pm – Kami sampai ke destinasi “ Selamat Datang ke Jeti  Pulau Tinggi ”

permandangan dari jeti

·         Aku terpaksa berjalan dari jeti  kira² 15-20  minit utk sampai ke Chalet Tok Mok di mana di situ la nnt tmpt aku bermalam selama 3 hari 2 malam.
·         Sebelum ke sana kami berhenti utk minum di gerai di depan jeti tersebut untuk menghilangkan dahaga di tekak.

5.00pm – Kami sampai di Chalet Tok Mok.

 akhirnya tiba di Chalet Tok Mok

·         tapi aku bukan terus check in di chalet tersebut ye, tapi terpaksa berjalan ke depan dlm 10minit utk sampai di Office (Kotai= merangkap tempat tido pekerja lelaki termasuk bos) yg dibuat dipulau itu.
·         Sampai je di office kami letak letak barang di dalam office dan terus memulakan kerja kami...
·         Tujuan utama kami ke Pulau ni adalah untuk melawat serta mengukur tanah yg ada untuk di jadikan Pusat Peranginan suatu hari nanti (kira pesaing Chalet Tok Mok)

engineer there


me on the screen


7.15pm – Kami berhenti mengukur tanah
·         Aku balik ke Chalet utk mandi


8.15pm – Kami makan malam (dinner time)
·         Menu untuk malam pertama kami pada hari itu ada 3 jenis (ikan,sayur)

9.30pm – Kami sambung bekerja balik tapi bukan dalam hutan ye, tp dekat dewan makan tu je, untuk update drawing yang telah di ukur di site td

12.00am – Aku balik ke Chalet (sleeping time)

Isnin

7.00am – Mandi, sholat subuh dan siapkan diri utk ke tapak projek lebih kurang 15minit perjalanan dari Office (Kotai)

8.00am – Waktu bekerja bermula, tapi kami kena sarapan pagi dulu

·         Menu pagi tu nasi goreng dengan telur mata
9.00am - Sampai di tapak untuk smbg kerja mengukur tanah

1.00pm – Berhenti , dan terus menjamu selera utk makan tgh hari dan sholat zuhur.

2.00pm – Sambung kerja mengukur tanah

7.00pm – Berhenti  kerja dan balik mandi utk sholat, dan makan malam

8.30pm – Sambung kerja balik, tp bkan di dalam hutan ye, di depan laptop (lappy) utk update drawing yg di ukur petang td.

12.00pm – Sleeping time.

Selasa

7.00am – Mandi, sholat subuh dan siapkan diri utk ke tapak projek lebih kurang 15minit perjalanan dari Office (Kotai)

8.00am – Waktu bekerja bermula, tapi kami kena sarapan pagi dulu

·         Menu pagi tu nasi goreng dengan telur mata
·        
9.00am - Sampai di tapak untuk smbg kerja mengukur tanah

1.00pm – Berhenti , dan terus menjamu selera utk makan tgh hari dan sholat zuhur.

2.00pm – Sambung kerja mengukur tanah

7.00pm – Berhenti  kerja dan balik mandi utk sholat, dan makan malam

8.30pm – Sambung kerja balik, tp bkan di dalam hutan ye, di depan laptop (lappy) utk update drawing yg di ukur petang td.

12.00pm – Sleeping time.

(perjalanan hari ini sama sahaja seperti semalam)

Rabu

7.00am – Mandi, sholat subuh dan siapkan diri utk ke tapak projek lebih kurang 15minit perjalanan dari Office (Kotai)

8.00am – Waktu bekerja bermula, tapi kami kena sarapan pagi dulu

·         Menu pagi tu nasi goreng jg  dengan telur mata

9.00am - Sampai di tapak untuk smbg kerja mengukur tanah

2.00pm – Makan tgh hari sebelum gerak pulang, mengemas barang barang

4.00pm – Check out dari Chalet Tok Mot dan terus menaiki bot utk ke Tanjung Leman

4.30pm – Kami sampai di tanjung leman.

5.30pm – Kami da otw ke Skudai untuk balik ke Office

(lebih kurang pukul 12.00pm br kami smpi office, byk persinggahan kami tadi sbb itu kami lewat smpi)

inila chalet saya...besarkan

 sekali sekala berangan pakai topi cowboy (perut tgh sarat masa ni, tu muka nampak sembab n pucat je)



ini la kerja yang aku buat sepanjang aku di pulau ;)











♥Princess and Prince Story♥
Photobucket
♥ Anda suka entry ini ♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog

Designed by UMIESUEstudio 2014 : ELVINA ELZANDRA