05 May 2012

♥ Kerisauan ummi yang berpenhujung ♥

Assalamualaikum

Nak jadikan cerita, 3 hari yang lepas adalah kali ke-3 saya cuba bagi susu formula cap lactogen kepada puteri kesayangan saya, tujuan nya untuk ajarnya supaya biasa dengan susu formula sebab tidak lama lagi saya akan kembali semula berkerja yang sudah empat bulan lamanya saya bercuti.
Elok je saya bagi yang tak sampai 1/2 oz puteri saya minum, dia terus memuntahkan semula, padahal ini bukan kali pertama saya mencubanya...terkejut saya...tak pa mungkin sbb dia terlalu kenyang kot, kerana setengah jam sebelum tu saya baru lepas breastfeeding untuknya...dalam 10-20 minit lepas tu, dia pun muntah untuk kali ke-2nya...(hati saya dah mula risau)...saya biarkan dalam 1jam, kemudian saya cuba breastfeeding kan nya sekali lagi...elok je dia minum dalam 5 teguk...dia muntah untuk kali ke-3..saya makin gelisah dan cemas...jadi saya berhenti dan biarkan nya...dan sejak hari itu jg la puteri kesayangan saya tidak membuang air besar...sehingga la hari ini nak masuk hari ke-4...saya bercakap pada puteri saya.

kalau sayang ummi tak berak juga hari ini, ummi terpaksa bawa sayang pergi berjumpa doctor (memang saya dah niat dalam hati kalau dia tak berak jg pagi ni saya akan bawa dia jumpa doctor pagi ni..)

Mungkin puteri saya faham apa yang saya katakan pada nya...dan

Alhamdulillah tadi lebih kurang 1.30pagi dia pun membuang dengan sebanyak banyak nya (tersenyum dan lega hati saya dari kerisauan)...mungkin stok 3 hari yang tak membuang.. ;)

Walaupun umurnya yang belum pun cukup 2 bulan tapi kerenah nya  slalu buat saya tersenyum dan mencuit hati kami

p/s = mula² cuba dutch lady, ade org sarankan cuba lactogen tak serasi juga, so terpaksa la ummi cari yang lain pulak untuk puteri ummi ni, jgn sayang ummi minta susu formula yang mahal² sudahla...boleh pok kai ummi macam ni.

inilah puteri kesayangan kami berdua


   
♥ Princess and Prince Story ♥
 Photobucket 
♥ Kalau anda suka boleh ♥

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog

Designed by UMIESUEstudio 2014 : ELVINA ELZANDRA