29 July 2012

♥ Redeem Voucher Lucky Draw from Amansari Residence Resort ♥

Assalamualaikum

Alhamdulillah, semalam kami 3 beranak berkesempatan untuk redeem voucher itu, sepatutnya semalam kami juga di jemput ke 

Majlis Iftar Percuma dan Penginapan 2D1N (harus di hightlightkan)

Di PALACE OF GOLDEN HORSES HOTEL, 
SERI KEMBANGAN SELANGOR.

Tapi terpaksa tolak atas sebab sebab yang tak dapat di elakkan, kami pilih untuk pergi yang lebih dekat dari kami, mungkin kalau mereka jemput kami sekali lagi, InsyaALLAH akan di tunaikan..ada lagi ke majlis macam ni tahun depan???

Jadi kami pilih untuk bermalam di 

No bilik 3717 
(DELUXE ROOM rate price RM 300)
AMANSARI RESIDENCE RESORT
BANDAR SERI ALAM JOHOR

Kami check in semalam lebih kurang pukul 2 petang, tapi sebelum itu, saya sahkan voucher itu untuk buat reservation. Sampai sana saya terus ke reception untuk register. Lepas register saya tanya boleh request troli untuk angkat barang?
Bagus!!! saya puji attitude semua staff yang ada dekat situ sebab friendly with customer. Once saya request troli dekat pakcik sekuriti situ, terus pakcik itu hanta orang dekat tempat kami park keta sambil bawa troli sampai la ke bilik kami diringi oleh staff itu (saya lupa siapa namanya).
Lepak, Internet, Ambil Gambar dan Tidur sekejap sementara tunggu jam pukul 5petang, dan siap siap nak keluar ber IFTAR dengan adik yang study dekat UNIKL Pasir Gudang. Eh kenapa kami tak berbuka di Hotel je ye???bukan pakej sekali berbuka puasa ke??? minta maaf ye kawan kawan, Voucher yang saya dapat tu tidak termasuk untuk berbuka tetapi bersahur...hehehe.

Macam biasa la saya gambar yang pertama saya akan ambil mesti toilet punya..hahaha

cantik toilet ni, tak besar sangat tapi memanjang

walaupun tak berapa besar tapi still ade shower yang di asingkan dengan glass door..nice

ehh, kenapa ada gelas pulak dalam toilet ni? tak kan minum dalam toilet kot, kalau ye pun tak puasa agak agak la...bukan la you all semua, gelas ni untuk berkumur selepas gosok gigi...hahaha

bath tools, guna ke tak guna saya pasti akan bawa balik semua benda ni, sebagai koleksi hotel hotel yang pernah saya check in sepanjang zaman..hehehe

 ambil mood (sejak sejak dah pandai meniarap pantang je kalau letak atas katil)

kusyuk betul la sayang ummi ni

haa, dia da angkat kepala dia da, suka betul tengok orang yang menari dalam tv  tu, macam ala ala kartun favorite dia kot.

Elvina tengok cerita hindustan tau...hahaha..bukan main lagi dia.

best jalan  cerita hindustan tu sebenarnya...sedih menyentuh perasaan...huhuhu (watak utama suhaan a.k.a salman khan, piya a.k.a prety zinta & suhaani a.k.a anak mereka dalam cerita tu.). sebab tak tahu tajuk, tapi saya ingat watak utamanya..

bertuah punya anak, memang tuan puteri betul, tengok ayah pun sanggup duduk bawah je....hahaha.

siap ada balcony lagi tau

pandangan dari balcony

wahhh...lihat ada padang golf ke ni?

pandangan dari aras balcony ke bumbung (eh apa punya bahasa la kau pakai ni, bahasa melambangkan  bangsa..hahaha)

close up face ELVINA

ELVINA in the small bath tab..she looks so happy went i ask go to shower..hahaha (very like this pic, thanks en suami kerana sudi ambil gambar kami)

OK, DONE!! ready to go..sedih nak ambil gambar sendiri tak pandai, sebab tak da orang yang nak tolong snap kan

Yeayyyy, elvina is ready to meet with aunty

Wahhh..She look so excited when aunty take her pictures

last but not least, elvina dapat bergambar juga dengan aunty

beautiful pictures of our second (sementara dah order makan kami berjalan ke bazar ramadhan dulu yang ade di situ)

sedang menunggu makanan yang di pesan sampai

bersederhanalah anda ketika berbuka (tengok ikan kembung tu kecil je untuk 3 orang makan)

love him so much ♥♥♥

encik ketam, bila saya boleh makan awak ni?

with my young sisters (no 4 in family)

check out already at 9am/29 julai 2012.

goodbye everyone, see you in the next entry

OVERALL, NICE TRIP AND ENJOY WITH OUR HAPPY MOMENT, AND SPECIAL THANKS TO  AMANSARI RESIDENCE RESORT..HAVE A NICE WEEKEND DAYS EVERYONE :-)

S.E.K.I.A.N

p/s = nak tahu macam mana saya boleh dapat voucher ni???
maybe u can read this





  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥ 

28 July 2012

♥ Progress Elvina: Sudah pandai meniarap ♥

Assalamualaikum

Sejak sejak elvina dah pandai meniarap ni (umur elvina da 4 bulan), kalau saya tinggal dia di ruang tamu, saya ke dapur kejap, tak sampai 5 minit, saya curi curi pandang, eh!!! dah meniarap dah anak ummi... ;-)
Bila dah meniarap, saya agah agah dia tak dan 10minit dia da nangis, sebab tak reti nak baring macam biasa balik...hehehe...saat yang paling manis bila dapat tengok perkembangan anak sendiri di depan mata. Tapi sebelum ni pun ayah dia ada cakap. 

Ayah: Alah i dah lama tengok elvina meniarap sendiri.
Ummi : Eh yeke? kenapa i tak pernah nampak pun. (fullstop)

Padahal yang saya nampak betul betul dia dah pandai meniarap sendiri tanpa bantuan Khamis hari tu (26.07.2012)

Good job nak, Ummi proud with you ELVINA

Ummi LOVE You so muchhhhhh

bila nak ambil gambar, mesti kena panggil name penuh, baru boleh dapat gambar yang comel

inilah salah satu hobi baru saya, suka ambil gambar elvina, lepas tu, kalau dekat office nanti bolehlah saya tengok berulang ulang kali dalam galaxy tab saya..




  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥
 

27 July 2012

♥ Doa Isteri selepas solatnya ♥

Assalamualaikum

Esok genap setahun 2 bulan kami kawin (28 mei 2011) dan dah pun punya anak yang comel yang baru 4 bulan. Alhamdulillah.
Doa ni saya jumpa di blog adik  IRINE NADIA . marilah kita amalkan doa ni sama sama selepas solat.
InsyaALLAH, Allah sentiasa mendengar. 

Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insn lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..


  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥
 

26 July 2012

♥ Majlis IFTAR di Amansari Residence Resort Johor ♥

Assalamualaikum

Selasa bersamaan 24 Julai 2012 hari tu , office saya ada buat majlis berbuka puasa dan meraikan seorang rakan yang akan keluar dari company, beliau dapat offer dari SAJ (syarikat air johor). Tepat pukul 5 petang je selesai solat asar masing masing siap siap untuk keluar, sebelum kami ke tempat sebenar yang hendak di tuju, kami yang perempuan nye semua pakat nak singgah JUSCO TEBRAU dulu, sebab nak window shopping nak survey apa yang patut dulu memandangkan nak raya, tak banyak outlets pun kami sempat singgah. Dalam pukul 6.30 petang kami keluar dari Jusco dan terus gerak ke Bandar Seri Alam, di mana dekat situ la kami nak berbuka jap lagi.
Lebih kurang dalam pukul 7 malam kami sampai di destinasi yang sebenar iaitu

AMANSARI RESIDENCE RESORT 
BANDAR SERI ALAM JOHOR

besar juga tempat tu, belakang resort tu ada padang golf, sampai je kami lepak lepak dulu dekat hall sementara tunggu kawan kawan yang lain sampai. Bila semua da sampai baru kami masuk kat tempat di mana terhidangnya buffet buka puasa, tapi sebelum masuk kami di minta cabut satu no untuk LUCKY DRAW. (dalam hati wahhh best ni kalau dapat..hee)

sambil sambil tunggu yang lain sampai, kita bergambar dulu yuk..

ohhh saya yang paling kurus....hehehe

inilah calon gadis melayu untuk tahun depan..hahaha (berangan lebih ar..)

maaf ler ni gambar di ambil dari dalam kereta...nak tahu tentang resort ni lebih lanjut sila 


hahaha..kat atas tu untuk permulaan, pas abis ni second trip pulak..

pilihlah yang mana anda suka.

cuma satu je yang tak de dekat sini, kat resort ni tak de seafood (ala yang makan mentah mentah gitu then perah je lemon kat atas), lagi satu desert dia kat sini tak best langsung...tak sukanyeee..

Sedang enak menikmati juadah lebih kurang dalam pukul 8.30 malam sesi LUCKY DRAW pun bermula..

no pertama untuk lucky draw malam ni ialah...

147

no kedua 

167

dan no terakhir untuk lucky draw malam ni ialah (dapat hadiah yang paling lumayan antara tiga di atas)

193

lepas no di sebut je dengan cool je (cover muka dari terkejut..saya pun terkejut weiii) saya bangun dan bawa nombor 193 saya untuk mengambil hadiah tu... Saya bangun je semua terkejut saya yang dapat sebab mereka tak tahu yang no 193 tu saya yang punya.. 
nak tau tak ape hadiahnye???

...Yeay...

 1 night stay for two person in a DELUXE ROOM
THANKS TO AMANSARI RESIDENCE RESORT
(alhamdulillah rezeki anak)

 bergambar selepas berpuluh puluh kali tambah...huhuhu...perot pun dah kembung...kenyang sangat kot.
(dari kiri aqma, ella, fara, saya, kak y n ayuni)

KAMI..inilah rakan rakan sekerja saya semuanya melayu kecuali bos NON-MUSLIM

dari kiri bos (mr wong), said, ijam, hirzee

Thanks to Mr Wong yang sudi belanja kami makan untuk berbuka puasa and goodbye to ijam yang da dapat offer di SAJ

S.E.K.I.A.N





  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥ 

25 July 2012

♥ #15 WORDLESS WEDNESDAY - LOVE ♥

Assalamualaikum


Apa maksud  Wordless Wednesday ?

Maksud Wordless Wednesday: Setiap hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan semuanya. 

Untuk tahu lebih lanjut anda boleh 



  ♥ Princess and Prince Story ♥
 Photobucket 
♥ Kalau anda suka boleh ♥

18 July 2012

♥ #14 WORDLESS WEDNESDAY - Tengah pening sebab Handphone ♥

Assalamualaikum


Apa maksud  Wordless Wednesday ?

Maksud Wordless Wednesday: Setiap hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan semuanya. 

Untuk tahu lebih lanjut anda boleh 



  ♥ Princess and Prince Story ♥
 Photobucket 
♥ Kalau anda suka boleh ♥

15 July 2012

♥ Majlis kawin sepupu lagi ♥

Assalamualaikum

Majlis kawin sepupu belah suami lagi, majlis ni a year ago...
Tak salah saya majlis bulan 12 yang lalu. Waktu tu saya kira da sarat juga.

Majlis ni buat dua beradik serentak, majlis abang dan adik. Majlis kahwin ni di buat dirumah pengantin sendiri.
Lupa saya nama 2 pasangan pengantin adik beradik nih..

 pasangan yang baju white cream tu adik (perempuan), yang baju putih biru tu abang

pelamin simple tapi cantik

pasangan pengantin perempuan


pasangan pengantin lelaki

sangat suka tengok baju pengantin perempuan ni, cantik sangat walaupun simple


  ♥ Princess and Prince Story ♥
 Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog

Designed by UMIESUEstudio 2014 : ELVINA ELZANDRA