♥ Kalau perempuan tanya atau kata ♥

Assalamualaikum

Kalau perempuan tanya : Lawa ke budak perempuan tu???
Makna tersembunyi : Siapa yang paling lawa? I ke, budak perempuan tu?

Kalau perempuan tanya : U dah makan ke belum?
Makna tersembunyi : Jom pi makan. I lapar ni.

Kalau perempuan kata : Lawa lawa baju kat sini yek
Makna tersembunyi : Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata : Rasa macam nak pening lah
Makna tersembunyi : Tolonglah picitkan kepala.

Kalau perempaun kata : Letihnya hari ni, mana nak  masak, basuh kain baju lagi.
Makna tersembunyi : Kita makan kat luar je lah ye, lepas tu tolong basuh kain baju sekali yek.

Kalau perempuan kata : Kita lebih sesuai berkawan saje
Makna tersembunyi : i dah tak nak dekat u, tak faham faham lagi ke?


Kalau perempuan kata : I suka berkawan dengan u, u baik, bla bla bla
Makna tersembunyi : Ish i rasa macam minat sesangat dekat u la, rasa macam nak jadi awek u je.

Kalau perempuan tanya : U pernah tak teringatkan awek u yang dulu.
Makna tersembunyi : Kalau nak gaduh, kalau berani sangat sebut la nama dia depan aku.


Kalau perempuan kata : I sanggup berkorban demi kebahagiaan u.
Makna tersembunyi : Hamboiii aku kena berkorban, habis hangpa dua ekoq yang seronok.

Kalau perempuan kata : I tak kesah kalau memang betul u nak kawin lagi satu, asalkan u berterus terang dengan i, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi : Siapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira. Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

SEMUA DI ATAS ADALAH CONTOH CONTOH SAHAJA

Nampakkan semua yang dimaksudkan ada makna yang tersirat sama ada yang baik atau yang buruk, terpulang pada individu itu masing masing. Kaum lelaki@suami seharusnya lebih memahami kekasih@isteri anda.

S.E.K.I.A.N





  ♥ Princess and Prince Story ♥
 Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥ 

Comments

Popular posts from this blog

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Nama dalam tulisan JAWI ♥