24 August 2012

♥ Raya 2012 ♥

Assalamualaikum

Tahun ni tahun kedua kami beraya suami isteri, dan yang paling best tahun ni kami sudah bertiga, kali ni giliran raya di kampung sebelah suami pula. Lepas habis kerja jumaat yang lepas kami terus gerak balik ke kota
.
 Ada la saya tolong kemas rumah sikit dan tolong apa yang patut. Raya pertama jatuh pada hari ahad, kami semua tak ke mana, pagi raya tu lepas salam raya dan bermaaf maafan kami terus sibuk menyediakan makanan untuk orang marhaban yang datang rumah ke rumah, marhaban dilakukan dua peringkat raya pertama marhaban dari pihak lelaki, raya kedua marhaban dari pihak perempuan. 

Dekat johor ni memang sudah menjadi tradisi tiap tiap tahun marhaban akan di lakukan. Memang meriah la, sebab kat kampung saya tak ada semua ni. Masuk hari kedua raya, kali ni giliran pihak perempuan bermarhaban rumah ke rumah, rumah ibu mertua saya adalah rumah nombor dua yang akan di marhabankan, tapi tak sesibuk macam raya pertama, kami hidangkan kuih muih dan buah buahan je untuk pihak perempuan, tak macam pihak lelaki makanan berat ada di sediakan. 

Lepas je marhaban pihak perempuan  datang ke rumah, kami pula akan mengikut bermarhaban ke rumah seterusnya...best memang best, letih pun memang letih...maklum la 1st time raya bermarhaban macam ni...yang letihnya bila da nak masuk tengah hari..huh..panas memang tak ingat dunia punya ...terasa terik sangat, dan akan bertambah terik kalau bermarhaban di rumah orang yang bumbungnya zink yang tidak ada siling..memang azab..sebab saya bawa anak sekali. Tapi yang bestnya pula boleh makan raya kuih muih orang dan makanan lain yang mereka sediakan...ada lagi yang paling best adalah saat dapat duit raya...hehehe..bukan saya ok, tapi anak saya, memang menjadi tradisi lepas marhaban je mereka akan bagi duit raya paling kurang seringgit kepada kanak kanak yang turut serta bermarhaban...Lepas habis bermarhaban lebih kurang lepas asar kami gerak ke kampung atok suami saya di mana saya lupa nama tempat nya, tapi dalam dua jam juga la nak sampai tempat tu. Kami bermalam semalam di sana. Keesokkan harinya lepas salam raya dan bermaaf maafan, kami beraya rumah sanak saudara yang ade dekat situ, habis beraya lebih kurang dalam pukul 3.30pm baru la kami anak beranak teruskan perjalanan ke taiping perak pula yaitu di kampung saya pula. Tapi tak best tahun ni, pelan tak menjadi untuk beraya ke cameron, kedah dan penang sebab adik saya terbabit dalam kemalangan kereta yang teruk, adik tak apa apa..ok je. So tunggu je la orang datang ke rumah beraya.

Kat bawah ni semua gambar raya di kota tinggi






































  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog

Designed by UMIESUEstudio 2014 : ELVINA ELZANDRA