22 September 2012

♥Casio Baby G Leopard Pattern Ladies Watch (BGA-200LP-4) ♥

Assalamualaikum

Casio Baby G Leopard Pattern Ladies Watch


Akhirnya dapat juga jam yang ala ala baby ni yang tengah famous meletop di pasaran ni, walaupun tak merancang pun nak membeli jam ni...cadang nak survey je, last terbeli juga...Igt nak bagi advanced birthday present untuk suami tapi beliau tak berkenan pulak..
Jam ni di beli di parit raja..tempat ni memang famous, sebab jam dia murah dari kedai lain..sebab kedai dia buruk je kedai kayu, tapi jam semua lawa lawa, siap boleh track in lagi.
Rasa budak budak UTHM memang tau la kat mana tempat ni..yang saya boleh bagi instruction dia, kedai ni dekat traffic ligth simpang empat, seberang jalan kedai ni ada kedai makan Restoran Cuba Rasa kalau saya tak salah la..kejap saya cuba google..eh malas la...kamu cari la...kalau betul betul nak tahu komen la kat blog saya ni..cuba bagi semangat sikit supaya rajin saya updated entry entry baru nanti...ni tak kamu jadi silent reader je buat ape (mengata kat diri sendiri sekali). 
Penat bergadoh dengan tokey kedai ni untuk fight harga supaya dapat lagi murah, sampai berpeluh peluh la sebab nama pun kedai burukkan mesti la tak ada air-cond, cuma yang ade kipas siling yang langsung tak rasa sejuknya, cuba bayangkan kalau saya datang siang...Uihhhh mahu lenjun baju nanti macam kena hujan

Harga pasaran RM 424
Harga letak RM 220
Harga setelah diskaun RM 205

Berbaloi tak bergaduh lama lama dengan tokey kedai ni. Harus la berbaloi baloi kan. Kalau nak tahu apa kelebihan jam ni kamu google la sendiri ye, sebab saya dah tolong bagi nama jam ni siap jenis dan kod jam lagi. (cuba berterima kasih sikit)

p/s = lepas ni nak aim kasut sukan @ cross pulak untuk beriadah pada hari minggu...set dalam otak tema harus pink ok.

  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥
 

♥ Burberry Day ♥

Assalamualaikum

Lafaz bismillah pembuka kata, saya seperti hari hari sebelumnya, sihat dan semakin sihat dan semakin runsing rasa macam badan da nak naik balik, al maklum la raya baru berlalu pergi meninggalkan kita, dan InsyaAllah jika di izinkan oleh MAHA PENCIPTA tahun depan akan diketemukan kita lagi. Tahun  ni raya saya sekeluarga memang raya sakan juga la..eh yeke??? (ada kami tanya ke). 
Of couse la sebab tahun ni kami raya paling banyak terima undangan menghadirkan diri ke rumah saudara mara, rakan rakan yang buat open house...memang melimpah ruah la tahun ni dengan rezeki makan kami, terasa dah macam dalam syurga makanan..hehe..dari mulanya ramadhan sehinggalah hujungnya syawal (2bulan kot...ish kalau makan je kerjanya boleh obesiti la macam ni). Cuma rumah kami je yang belum nak open open untuk jamu saudara mara dan rakan rakan datang makan...(alasan yang selalu diberikan, rumah kami kecil, tak da apa apa pun, kosong perabot pun kurang sbb nak luaskan ruang yang sememangnya sudah sempit). 
InsyaAllah ye wahai saudaraku sekalian, mungkin tahun hadapan akan dilaksanakan...tak pun kamu semua tunggu je la sampai kami sudah beli rumah sendiri..baru boleh jemput kamu semua datang dan baru la kami rasa tak segan sangat dengan kamu kamu semua (amboi..timbul perasaan riak di situ...ya ALLAH jauhkanla hambamu ini dari segala perasaan yang menimbulkan riak).
Tahun ini baju raya kami tiga beranak bertemakan warna biru turquoise, asalnya nak warna fusha pink ala macam warna belacan tu, tapi memang tak akan dapat la sebab kami shopping pun memang last minit shopping...dah lah warna tu memang susah nak jumpa walaupun hari biasa inikan pula hari raya..memang mimpi la nak dapat kan? Baju raya tahun ni cuma 2 pasang je, sepasang baju kurung dan sepasang lagi baju kemeja. Baju kemeja ni la yang paling saya suka, sebab kami tiga beranak dapat pakai baju burberry yeay!!!! kamu semua ade??? harus la tak de kan..hehe. Terima kasih la pada encik suami saya (dlm contact list saya, saya save nama suami  PRINCE..sweetkan)..sebab beliau la yang gigih mencari supaya dapat sama, last jumpa juga. Kami beli pun sebab ade baju untuk baby Elvina kami, tidak jangan mimpi ler..

sehelai kemeja lelaki (suami)
sehelai kemeja perempuan (isteri)
sehelai gaun kanak kanak (baby elvina)
2 pasang belt untuk suami
sepasang handbag burberry untuk isteri (termasuk purse )

SEMUA SENARAI DI ATAS KAMI BELI JENAMA BURBERRY (kuda besi)

Rasa kamu semua boleh agak kot berapa belanja raya kami untuk tahun ni kan, itu yang dapat dua helai je tu, abis dah lama mengidam nak pakai baju kuda besi..last dapat juga..Alhamdullillah..ramai juga saudara mara tegur baju kami tiga beranak lawa.. matching gituuu..

Next

 kita pakai brand gucci plak eh sayang (wahhhh...suami dah pelan tuh untuk tahun depan punya raya, diam diam ada isi rupanya en suami)

 minta maaf awal awal, jangan jemu ye layan gambar kami tiga beranak...dalam kereta je pun la boleh snap snap gambar



















  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥
 

12 September 2012

♥LIKE YOUR BABY CONTEST BY THE PHOTOLICIOUS♥

Assalamualaikum


gambar ini yang menjadi taruhan...kot la ade rezeki ELVINA kan..amin

Ade masa korang pi like kat link di atas ye gambar anak saya. Mana tau rezeki anak saya boleh dapat TOP 5 kan..yeay anak ummi boleh..

GO....GO...GO... ELVINA

  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog

Designed by UMIESUEstudio 2014 : ELVINA ELZANDRA