09 November 2012

♥Elvina friends (mr Barney, mrs Pinky, mr Bear & mr tiger)

Assalamualaikum

Raya haji hari tu kami sekeluarga tak jadi balik taiping, tukar plan balik segamat rumah makngah (adik kepada mak mertua saya). Ok la serba sederhana, makngah masak mee kari dan lauk lauk rasmi orang jawa (sambal goreng tempe,sate goreng mak, urap ke ungkap saya lupa, ) selain tu ada puyuh goreng dan yang tergolong skali dengannya. Sudah menjadi tradisi orang jawa pagi raya tu bertukar tukar lauk, tapi sebenarnya terpulang pada individu tu sendiri  lauk yang diterima itu samaada mereka nak membalas balik itu terserah la yang keikhlasan itu penting, baru berkat kan. Kami semalam je di segamat sebab nya mak ada undangan di singapore, keesokan pagi nya dalam perjalanan balik tu husband memang da bercadang nak singgah ayer hitam nak beli BEAR untuk si manja, di mana kat ayer hitam tu la lubuk jualnya bear besar besar dan murah murah. Tapi saya memang da pesan da awal awal belikan patung MR BARNEY (rm39.90) baru cute sebab patung ade music. Last pilih punya pilih ayahnya suruh ambil lagi satu MRS PINKY  (rm26.90). Dapat la Elvina dua BEAR  baru, campur yang sedia ada da ada empat. Untong ler ^_^ ayah belanja.

Gambar gambar elvina posing dengan semua kawan kawanya

mr barney, mrs pinky, mr tiger (kat tangan barney) & mr bear

hai, posing dengan kawan baru saya

 test posing

 close up, suka buat muka manja dekat ummi ^_^




hihi, suka betul dia ketawa kalau di agah 







makin senget, buat muka sedih

 lagi senget

da malas layan ummi, penat la nak posing....bhahaha

  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 Kalau anda suka boleh ♥
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog

Designed by UMIESUEstudio 2014 : ELVINA ELZANDRA