06 December 2012

♥ Contest Aksi Si Manja anjuran MASLEE ♥

Assalamualaikum

INI ADALAH PERADUAN KE-DUA YANG PRINCESS ELVINA JOINT

Rasa lebih lima gambar kami hantar untuk contest aksi Si Manja, tapi satu pun tak lekat untuk menang sebarang hadiah, ramai yang cakap ada harapan untuk menang, tapi saguhati pun tak ada. Lagi yang mengecewakan ramai pihak adalah pengumuman pemenang tidak di buat secara telus, maksudnya dalam borang peraduan di tulis begini, lebih kurang bunyinya

` pengumuman pemenang aksi si manja akan di umumkan pada 11/11/12 Ahad jam 2 petang di MASLEE SETIA INDAH '

Tapi apabila sampai pada tarikh untuk mengumumkan pemenang, kami tiga beranak pergilah ke MASLEE yang disebut lebih kurang dalam pukul 12.30 tengah hari. Kononnya dari rumah sudah dapat membayangkan suasana mesti meriah dan ramai orang pada masa tu, tetapi sebaliknya yang terjadi, sunyi sepi seolah olah tiada sebarang pertandingan diadakan di situ.(bermonolog sendiri)
Terasa sedikit hairan dan curiga, dan dalam hati juga terdetik adakah saya tersalah pandang dalam borang tarikh pengumuman pemenang atau barangkali tempat pengumuman kami tersalah pergi...ternyata bisikan hati kecil saya sama sekali meleset, sememangnya memang di situlah tempat pengumuman pemenang diadakan.

Dengan rasa sedikit perasaan tidak puas hati, saya terus bertanya di kaunter pertanyaan @ redeem hadiah

saya : adik betulkan hari ni pengumuman pemenang aksi si manja kan?
staff maslee : betul kak, tapi pagi tadi pukul 8 tadi
saya : ha!!! tapi dalam borang peraduan tulis jam 2 petang?
staff maslee : itu saya tak tahu kak..mungkin akak boleh tanya pada yang inchange bahagian ni.
saya : tapi saya tidak dapat sebarang panggilan dari pihak maslee pun untuk beritahu tarikh pengumuman di tukar?
staff maslee : mungkin akak boleh call bahagian HR , ini no dia 07-_____.
saya : terus dapatkan no itu, dan meminta en suami untuk menelifon bahagian HR itu...

(pung pang pung pung pang, perbualan suami dengan HR itu pun tamat.)

dalam perbualan itu orang itu memberitahu sebaliknya, dia cakap pihak kami akan menelifon siapa yang menang saja untuk datang ambil hadiah (ternyata memang tidak sama apa yang dikatakan di dalam borang peraduan)
kedengaran sedikit kecewa dihujung suara en suami.

saya : kenapa HR tak bagitahu ye tentang sebarang perubahan?
staff maslee : entahla kak, setahu saya HR cuma tulis di papan tanda ini saja jika berlaku sebarang perubahan (sambil tangannya menunjukkan papan tanda disebelahnya)
saya : sepatutnya pihak maslee tak boleh buat begini, ini tidak adil untuk pelanggan maslee yang lain yang datang dari branch yang lain, sebab kami tak tahu langsung sebarang pindaan masa atau tarikh
staff maslee : tu la kak ramai juga yang datang tadi, dan tak tahu sebarang perubahan.

(perbualan kami tamat di situ)

pengajaran untuk hari itu = jangan terlalu percaya sangat sebarang anjuran pertandingan begini, kadang kadang ini semua sekadar suka suka @ kata yang lebih mudah semuanya politik semata mata, tetapi yang sebenarnya mereka dah ada pemenang sengaja nak menghebah hebahkan supaya pelanggan yang datang akan menjadi lebih ramai untuk melariskan jualan kedai mereka.

Gambar gambar yang menjadi taruhan, sekeping rm5 saiz 5R ok, kalau nak untuk simpanan sendiri
 antara gambar yang paling comel

ini pun saya suka juga, manis je anak ummi ni kalau pakai warna purple

yang ini pun cute juga, tengah gigit keys kereta ayah

 yang ini pula nampak macam boy pulak sebab tak pakai headband, tapi baju burberry ok
ni tengah gelak sakan, sebab main cak cak dengan Elvina semata mata nak suruh dia senyum

  yang ini pun cun juga
 ini macam muka daddy dia waktu kecik kecik dulu

yang ini pun cantik, comel je senyum dia yang tak berapa nak jadi tu


ok la, nak buat macam mana belum rezeki lagi nak menang kan (perghhh ayat pasrah..hahaha), sekurang kurang nya dah ada gambar dari camera profesional photografer kan, nasib cameraman tu baik hati bagi softcopy sekali, lepas ni boleh la cuci besar besar punya untuk di frame kan

  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥

1 comment:

S&M Little Footwear said...

April 2013. Hadiah istimewa menanti...Jom Join Baby Photo Contest @ "S&M Little Footwear "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog

Designed by UMIESUEstudio 2014 : ELVINA ELZANDRA