♥ Diet Karbohidrat Atkins, Kurus Secara Sihat ♥

Assalamualaikum

Saya mula berdiet secara sihat sejak 07/11/12, target berat idea yang sesuai dengan ketinggian adalah 52~60 kg

MOTTO : NAK KURUS KERANA NAK SIHAT DAN CANTIK DI SISI SUAMI TERCINTA

Kenapa saya nak kurus?
Saya nak kurus adalah kerana nak sihat dan bertambah cantik. Lagi satu salah satu penyebab nye juga adalah kerana saya dengki bahasa kasar tengok orang lain yang kurus berbentuk (bukan kurus leper yang tak ada shape ok, sila fahamkan ayat saya ) boleh pakai baju yang lawa lawa, jadi saya pun nak jadi macam kamu kamu semua di luar sana juga.

Eh kenapa badan kau makin membesar je aku tengok, bukan dalam pantang tu aku tengok kau dah kurus cantik berbentuk je ke?
Badan saya semakin naik adalah sejak saya sudah kurang breastfeeding kan si manja saya Puteri Nur Elvina, dah tak kerap seperti selalu, lagi pun my baby ni cerdik sikit, dia pandai hisap botol dan tahu mana yang senang dia hisap dan deras menyedut yang tak perlukan tenaga yang banyak.

Apa rahsianya kau boleh kurus dan makin cantik ni?
Rahsianya saya tak ambil segala jenis makanan yang ada karbohidrat yang tinggi dan jangan lebih dari 20gram (bukan 30gram nanti ade yang marah aku sebab kenapa tak kurus kurus) karbohidrat dalam sehari, terutamanya nasi, nanti saya akan bagi menu apa yang boleh makan dan apa yang pantang di makan (tapi bukan senang nak senang kan, macam tu jugalah, bukan senang nak kurus, terlalu banyak dugaan nya, dan banyak kali juga saya tewas dengan godaan makanan terutama nya coklat, sebab itu memang favorite saya sejak azali lagi).
Paling penting korang jangan ambil nasi dan minum banyak air masak selagi korang tak dapat berat yang korang nak tu k...selamat maju jaya..Klu nak tahu apa menu berdiet sepanjang ber diet ni korang boleh google je, sebab da ramai yang preview pasal diet atkins ni salah satu contoh

saya nak kurus

Sampai bila kau tak nak makan nasi ni?
Selama lamanya saya tak akan makan nasi, eh gila apa kalau tak makan nasi selama lamanya .Saya tidak akan makan nasi selagi saya tidak berpuas ati dan tidak dapat berat yang di sarankan mengikut ketinggian saya.

Berapa target berat yang sepatutnya kau boleh dapat?
Berat idea saya dalam lingkungan 52kg~55kg if im not mistaken

Berapa lama nak dapat berat tu?
Bagi saya masa dalam bulan 5 tahun ni (2013) bermakna lima bulan dari sekarang la...ok senang cakap kita ambil masa birthday saya pada 20.05.13 macam mana ok tak? tak pun masa anniversary saya yang ke 2 pada 28.05.13.

Lepas kurus nanti apa nak buat? 
Eh tanya lagi apa nak buat tentu la nak nak pakai baju cantik yang teringin nak di pakai. tambah tambah sekarang ni, banyak sangat baju lelawa semuanya..nak beli sekarang rasa segan dan buang duit je takut takut la tak muat pula kan, so better tunggu da dapat bentuk badan yang di idamkan dulu baru pasang angan angan nak pakai baju lelawa macam tuan dia.(perasannye kau ni, ni gara gara ikut perangai seorang officemate la ni)

Eh lupa tanya, kenapa tak kurus dengan ambil sebarang pil untuk langsing?
Sebab saya sayangkan badan saya, saya tak nak badan ni di cemari dengan barang chemical yang macam cendawan tumbuh sekarang ni, terutamanya pil untuk kurus..Eeeee da serik la nak ambil semua benda benda tu, pernah juga la ambil macam NH detox, teh orang kampung and etc, tapi yang ini ok, cuma duit je tak ok. Sebab tu saya nak kurus secara percuma, dah jimat tak payah keluar duit beratusan ringgit semata mata nak kurus yang belum pasti ending nya kurus ke? Tak pe biar saya cuba cara yang ini pula.

Apa dugaan dugaan sepanjang kau berdiet?
Tak payah cakap la, dugaan tu memang banyak sangat, terutamanya bab makan la, tambah tambah lagi kalau benda tu jadi one of part my favorite seperti coklat, gila kau kalau tengok coklat depan mata mau tak makan, konfem saya makan walaupun sikit, dan macam ketagih pulak. Yang kedua nya ialah pandangan masyarakat sekeliling terutama yang berdekatan dengan kita seperti contoh officemate,adik beradik belah suami dan seangkatan dengan nya. Orang johor ni tidak keterlaluan la saya cakap, kebanyakkan mereka ni mulut agak jahat dan lepas je cakap nya. Jadi anggap je la sebenarnya dia orang iri hati atau dengki tengok kita yang semakin kurus...tak apa yang penting kita fikirkan benda yang positif positif je lepas ni.



gambar ini di ambil pada 8/11/12 anggaran berat dlm 72kg ~ 75 kg ada kot..sebab dah lama tak timbang...takut nak timbang dan takut nak terima kenyataan kalau da naik (waktu ni  ambil gambar sorok sorok takut officemate yang lain nampak, nanti kena perli dengan mereka pula, sebab ade yang mulut lazer...thanks to kak Y coz snap this cute pictures walaupun nampak bam bam...hukhuk)


gambar ini di ambil pada 09/12/12 berat masa ni da tinggal 66kg, memang kamu kamu semua tengok tak berapa nak nampak sangat sebab memang tak berapa nak nampak, tapi percaya la , saya sebagai tuan badan ada rasa kekecilan sedikit di bahagian bahagian tertentu, berbeza kan wajah saya nampak sedikit cenkung di situ, tengok da tak cantik..tak pe sabar biar saya kurus dulu, nanti baru fikir macam mana nak nampak gorgeous macam gambar kat atas tu (waktu ini gambar di ambil di jusco tebrau city, credit to my lil sis yang snap this pictures)


gambar ni pulak di ambil pada 27/12/12 yang lalu, kira da sebulan lebih masa ni. Masa ni berat saya da tinggal 64kg ok..Nampak tak beza dari gambar yang mula mula kat atas...nak lg tepat sepatutnya saya kena pakai baju yang sm balik macam gambar 1st tu kan...baru nampak real sikit kan perbezaannya

Ok la, kat bawah ni saya letak sebelah sebelah gambar 1st n gambar yang latest. Boleh la tengok gambar tu..real ok no edit ok. Kira ok la kan dalam sebulan lebih 8kg yang hilang

yang nampak ketara bahagian lengan dan pinggul ke paha kan...Siapa setuju sila komen (perasan lagi macam ada je yang baca blog saya ni kan..hukhuk)

ni gambar pada hari jumaat 18/01/13 di ambil dekat bilik solat yang under renovation, berat skrg 62.8, maaf ler berat turun agak perlahan sebabnye saya da start makan benda benda yang tak boleh di makan. tapi kira ok la sebab saya dah boleh pakai seluar giordano lama saya size 28 masa zaman zaman gilang gemilang dulu (eh sekarang pun gilang gemilang dan terbilang lagi ok)

Saya akan teruskan MISI saya mendapat berat ideal..doakan saya berjaya sebelum bulan 5 nanti...huhuhu..takutttt!!!!!




  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥

Comments

Farah said…
good luck kak afri!
hehe



yangikhlas,
dietgroupmember ECharis
Afri Ismail said…
Tq tq,mari kita capai target berat ideal kite reramai
Salwati Sapei said…
wahhh...gud luck afri..tak pernh dngar diet atkins..tpi pernh dengr org diet x mkn nasik langsung..akak rase pun nak try lah diet camni..sbb lum terpikir nk berhabis wet beli pil diet/susu diet yg berlambak kt pasaran skrg..

btw congrats dh bnyk loose weight;)
Afri Ismail said…
hai kak @salwatie sapei , anyway thanks coz sudi follow n baca blog picisan saya ni, saya pon da follow blog akak balik..hihi malu pulak akak jumpa n baca blog saya....jom kak berdiet secara sihat n jimat duit..duit tuh boleh buat benda lain selain dari makan pil pil yang tgh banyak bersepah sekarang di pasaran..nak lagi best akak kena ajak kawan diet skali..sebab nanti ade geng bile latah lauk je kat kedai makan.
Salwati Sapei said…
tulah..diet karbo kan..mesty agak susah..tpi bile bce belog Dzul tu..rase cam boleh nak follow..hehe..rasenyer time keje je boleh diet camni..haha, in sha allah boleh kot..sbb berat afri ngan akak lebih kurang je bfore afri kurus cam skrg kan..teruja gak nengok;)
Afri Ismail said…
Memang mula mula tu ya allah susah byk betul dugaan,tmbh tmbh lg klu kita xkeje,sikit lebih kurang mesti nk kantoi jg. Tp xpe yg penting jgn kantoi amek nasi,sbb karbo dia tggi.ambik benda lain tu xpe,yg plg penting masa induction 2weeks jgn kantoi..kena kuat iman. Huhu.cyaiyok kak. ;-) klu dah cuba bgth blh kita blumba secara sihat.hihi
Umieyull said…
Cayok2.. Semangat betul.. Saya pon tgh wat atkins diet. Target nk turunkn 20kg
Umieyull said…
Cayok2.. Semangat betul.. Saya pon tgh wat atkins diet. Target nk turunkn 20kg
Afri Ismail said…
Of cos la, untuk suami dan diri sendiri.chaiyok utk awak jg.cepat klau blh raya tahun pkai baju cantik
Unknown said…
salam akak nk tanye bleh k xlu nk mkn rumpai smbil diet ni??
Afri Ismail said…
@nor syafiqah
Wsalam...akak tak sure la dik, yang akak tau asalkan carbo yang kita amek tu tak lebih dari 30gram sehari..tapi kena research rumpai laut tu ada carbo tak? kalau ada maybe boleh ambil jgn lebih dari 30gram sehari..
eqa_nadirah said…
tahniah kak sebab berjaya turunkan berat badan secara sihat.... insyallah sy pn akan menyusul nk kurus cm akak juga dgn cara sihat... doakan ye...
Ziana Eunos said…
gud luck sis :)
nice blog.. hihi
terjumpa blog ni time google cara kurus dengan sihat,
jemput singgah http://zianahealthcare.blogspot.com/
Anonymous said…
izan said…
samala kita...
izan said…
samalah kita. sy start atkin pun 70kg gak.. skrg ni 62.4 kg.. hrp dpt turun lagi smpai 56 - 58kg.. InshaAllah..
Unknown said…
Kalau tibe2 terasa macam nak makan tu, jangan terus makan. Cuba buat benda yang melekakan korang, macam main game ke, tengok youtube ke. nanti tau2 je dah tak jadi nak makan. Boleh baca pasal teknik ni kat Sado Street

Popular posts from this blog

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Nama dalam tulisan JAWI ♥