08 February 2013

♥ Dont jugde a book by its cover ♥

Assalamualaikum

Haaa. kali ni sesi nak cerita pengalaman sendiri sepanjang berkawan dengan bermacam macam orang kat luar tu...
Bukan ape saya teringat zaman zaman belajar dulu...
Sampai sekarang masih terngiang ngiang di gegendang telinga ni (ear canal dalam bahasa saintis),
Orang tu cakap macam ni, tak payah la kot saya nak mention kan siapa orang nya kan, nanti jadi haru biru plak..hehehe

Dia berbual sesama mereka, mereka sedang mengata seorang hamba Allah ni (kesian hamba Allah ni sampai sekarang tak tahu)

Jangan putih muka je, tapi tangan hitam legam??? erkkk apakah itu dan kepada siapakah ayat itu sedang di tujukan

Tapi dengan kuasa Allah, Allah tunjukkan..pada suatu hari tu kami semua datang kelas macam biasa, tapi kami pakai baju ikut suka hati je, nama pun kelas tambahan kan...dalam beberapa minit kemudian orang yang mengata tangan orang hitam tu pun sampai dengan memakai baju sejuk di luar dan t-shirt lengan pendek di dalam nya...


tiba tiba

..........................



dia tanggalkan baju sejuk yang dipakainya itu..mungkin dia nak tunjukkan kulit dia yang putih gebus sangat tu kotttt (putih ke??? tak la putih sangat pon) lagipun sebelum ni tak pernah pulak nampak si pengata orang tu mendedahkan auratnya walau seinci (bayangkan baju kurung yang dipakainya pun tangannya ada butang ala ala macam ustazah2 yang selalu pakai tu, inikan pula nak tunjuk lengan mahupun betis memang tak la kan, tapi sebelum kejadian itu saya antara orang orang yang kagum juga la dengan cara dia menjaga auratnya ) 

lalu saya pun terpandangkan sesuatu ....

terus saya tersenyum sinis sendiri...

automatik dalam hati berkata (jahat kan saya)

Ermmmm ingat kan cantik sangat la kulit tu siap nak mengata orang bagai...rupa rupanya lagi teruk, biar hitam si hitam manis tapi kulit gebusss, ini tak putih je tapi kulit berkurap dan berparut (pedaskan...maafla kalau ada yang tak puas hati)

Sebab tu orang cakap kalau nak kata orang tu pi cermin diri sendiri dulu, tengok kita ada tak cacat cela, kalau ada mulut tu tutup bagi rapat rapat dan duduk diam diam, tak payah nak tambah dosa yang dah tentu tentu makin bertambah. Betulkan apa yang saya cakap???

Cuba fikir fikir kan

My own opinion la kan, zaman sekarang ni rasa dah tak boleh sangat dah kot nak tau orang tu putih semulajadi ataupun putih buatan, tak payah nak mengata 
kulit muka orang tu tak sama ngan tangan la, 
kenapa muka ko putih tapi tangan ko hitam la...
semua tu dah tak menggambar kan sama ada orang tu putih atau tak ok...Cuma satu cara je..nak tau orang tu putih, kalau korang berani la kan, pi la selak kain dia tengok betis putih o tak...kalau putih, memang putih la orang tu k, 
tapi kalau tangan hitam kaki putih, putih juga la orang tu...
mungkin zaman zaman dia susah dulu yang membuatkan kulit tangan dia hitam..ye la dia pergi sekolah naik motor je, orang yang mengata tu naik keta...memang la tangan dengan muka akan sama sebab tak berapa nak terdedah kepada pancaran matahari..

MORAL OF THE STORY
jangan kita hanya melihat @ menilai sesuatu benda@orang tu pada luaran nya saja...tak semesti nya di luaran buruk, yang dalam tu pun akan buruk kan...mungkin lebih suci dari apa yang kamu sangka kan.

  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥

8 comments:

sakurasue said...

wooww great post. sgt setujuu ^_^
kalau nk mengata orang tu, cuba tgk diri kita balik, sempurna sgt ke kita nak menilai orang..

Nur Afridayati said...

Kannn, tapi tu la mulut orang ni kita memang tak boleh nak control, tambah tambah lagi kalau bab bab orang lain lebih dari dia, ada saja la yang tak kena di mata orang orang macam ni.

Z A T Y N U R said...

sangat setuju. zaman sekarang orang memang tak pandai nak jaga attitude. suka je menilai sesama sendiri. btw nice entry. sy dah follow awk :)

http://zaty-ytaz.blogspot.com/

do follow me back !

Hidayatul Afzam said...

YUp. betul tu. Org duk suka mengata yg lain, diri sendiri pun ntah ke mana. Hmmm.. Ragam Manusia :')

Anonymous said...

What's up, its good post regarding media print, we all be aware of media is a enormous source of information.

Feel free to visit my site loans for bad credit

Nur Afridayati said...

Dia org ni bkn tak pandai sebenarnya,tp da terlebih pandai,sebab tu serba tak kena kalau tgk org lain tu.huhu

Nur Afridayati said...

Dia org ni bkn tak pandai sebenarnya,tp da terlebih pandai,sebab tu serba tak kena kalau tgk org lain tu.huhu

Nur Afridayati said...

Hidayah >Thanks for reading this entry.klau nak ikut semua ragam depa ni,mau pusing kepala kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog

Designed by UMIESUEstudio 2014 : ELVINA ELZANDRA