♥ Family trip to Penang ♥

Assalamualaikum

Cuti seminggu sempena raya cina dihabiskan dengan bermanfaatnya bersama keluarga tercinta.
Lepas MAJLIS KENDURI DOA SELAMAT di rumah makcik keesokkan nya kami ke Penang, planning asal kami nak pusing satu penang la konon.
Dalam pukul 9 pagi kami sekeluarga gerak dari rumah, kami konvoi dengan 2 kereta je pon, dua adik saya tak dapat join, sorang kat pasir gudang tengah siapkan thesis dia sebab this year is her final year, sorang lagi baru kerja tempat baru di Columbia Hospital jadi chef kat sana, memang tak dapat cuti la kan, kalau cuti mau meroyan pesakit , sebab tak dapat makan sedap sedap. (sedih juga la, tapi nak buat macam mana kan, kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang dah tentukan)

Kami memang tak prepare awal pon lepas ke tempat ni nak ke mana pulak, semua on the spot punya planning. Pergi ke sana kami ikut jalan laut dengan menaiki Ferry Penang tak silap saya kena bayar RM7/car (nak naik ferry pon kereta kena beratur ok,).sebelum tu bayar tol Butterworth RM8.50 dari tol kamunting Masuk je dalam perut ferry tu, kami apa lagi amek kesempatan bergambar kenangan konon ala ala filem Titanic tu..Lebih kurang 1jam kami sampai la di Bandar Georgetown, turun je dari ferry kami terus ke Bukit Bendera, terus parking kereta, park kereta kat bawah bukit tu RM5/car.
Dah sampai tempat nak beli tiket nak naik atas Bukit Bendera tuh, uihhhh punya la ramai nya umat...berpeluh la tunggu giliran sampai nak beli tiket, ingat macam mudah juga la, rupanya nak beli tiket kena pulak collect ic memasing pulak baru dapat beli tiket, yang budak2 dikecualikan..memang waktu nih dah terasa macam dah nak give up dah..rasa macam nak balik pon ada dah masa ni.yela dah la saya bawa baby n ibu, sesak lagi, panas lagi semua ada la..tapi fikir balik bila lagi nak pi kalau bukan masa ni..so teruskan juga suh adik beratur dan beli tiket..harga tiket dewasa RM8 x 6 orang, kanak kanak RM4 x 4 orang (termasuk baby)...ingat dah dapat beli tiket da lega la rasa, rupanya kena beratur pulak nak tunggu keretapi (lebih kurang macam LRT juga la) datang bawa kami naik atas bukit bendera tu..dekat sini pengalaman paling best la, terasa macam dekat genting highland atau pon time square masa ni sebab macam naik roller coaster..gayat tak payah cakap la, masa naik ni memang terasa jantung tu tertinggal kat atas ...Uihhhh gerun gerun kalau orang utara cakap.

Tinggi 712 meter di atas paras laut Bukit Bendera Penang Hill ni, dah sampai atas tu amek la gambar puas puas n sedut udara segar di pagi hari yang tak berapa nak pagi dah..dekat atas tu ada teropong yang boleh teropong satu penang ni kena bayar RM1, ada SKY TERACCE tak silap boleh lepak minum minum juga, ada Foodcourt juga, paling atas sekali tak silap ada kuil (kami tak pi pon sebab nak kena panjat tangga), nak pusing pusing atas tu pon boleh sewa BUGGY RIDE kalau rasa malas nak jalan la, dia boleh bawa pusing2 dalam 20minit, tak silap RM20/buggy ride, siapa yang suka bergambar dengan ular boleh bergambar kat atas tu, lepas tu ada la jual barang barang cenderamata, rasa nak beli boleh la beli. Lupa pulak dekat atas ni ada taman burung tapi kami tak masuk pun (sebab plan nak masuk taman rama rama) harga tiket dewasa RM5, kanak kanak RM3 Ok da rasa macam da boring kat atas kami pon turun la...sekali lagi kena beratur tunggu keretapi.

Cepat cepat turun dari keretapi untuk terus ke destinasi yang seterusnya iaitu mencari pot strategi untuk makan tengah hari di Padang Kota Lama, kami bawa bekal k dari rumah, jimat dan boleh makan banyak banyak sambil mengimbau kenangan lama bersama arwah ayah tercinta, masa kecil kecil dulu arwah rajin bawa kami adik beradik ke sini.

Habis makan dan bergambar, kami terus singgah di Bazaar Chowrasta Penang, kat sini la tempat nak beli jeruk, orang cakap kalau pi penang tak singgah sini memang tak penang la...ehh yeke..jeruk kat sini tak de la murah sangat cuma pilihan jeruk tu memang banyak la..saya perabis duit kat sini dalam RM20 (tak termasuk ibu dan adik saya ye, itu pun tak cukup ) dapat la 2 packets besar RM10, dan 3 packets kecil RM10
Sebelum balik kami singgah kejap di persiaran gurney (di tepi laut) depan dia plaza gurney..cantik pemandangan kat sini sebab condo n mall betul betul mengadap laut...lepak kejap kat situ dan tawaf Plaza Gurney yang tujuh tingkat siap solat asar di situ..tak beli apa pon, saja datang lawat..hihihi..kata percutian budget..
Ingat lepas makan tengah hari tu nak masuk la Taman Rama Rama, tapi tak jadi sebab tiket mahal tak beragak...member yang dok penang pon tak sarankan kami masuk, sebab dia cakap tak berbaloi harga tiket...So abis pusing di persiaran gurney tu, kami pon gerak pulang...kali ni kami ikut jalan darat pula ye...ikut jambatan pulau pinang..behenti kejap dekat tengah jambatan tu..ambil gambar..hihihi..nasib tak ada polis yang kacau...sebab kat sini dah tak boleh behenti ambil gambar macam dulu da..huhuhu

Hangpa layan la semua picca kami ni..kot berkenan nanti hangpa boleh la planning pi sana pulak..

we are happy family


 bergambar kenangan bersama keluarga tersayang

mengamati keindahan alam

ayah!!! kami nampak comel di sini

 berbakat besar rupanya anak saya dalam bergambar

ayah cakap bertuah elvina, kecik kecik dah sampai penang, ayah baru 1st time sampai sini.

memang nampak betul si kecik ni kaki jaln, kemain happy

bergambar dengan uncle, aunty dan nenek...elvina sayang semuaaaa nya

konon konon jadi cover magazine memasing muka...bhahaha

jangan tengok muka saya yang senyum lebaq tu, nak tunjuk betapa ramai nya orang beratur nak beli tiket kat belakang tuh, tempat dia dah la teruk sebab underconstruction lagi..

duduk la dulu mana mana sementara tunggu adik siap beli tiket untuk kami

 bergambar bersama ibu tercinta, susah betul la nak jumpa gambar ibu yang betul betul bersedia

ambil gambar sebelum nak berebut naik keretapi

yeayyyy..tiket ke Los Angelas da kat tangan

ambikkk..bukan main senyum da ni ibu, terus ketawa besar

ada macam angelina jolie dengan brad pitt tak? hihi

 candid!!! kalau muka serius macam ni...memang la nampak garang

belum dapat naik keretapi lagi, baru dapat duduk sambil tunggu lagi keretapi sampai

elvina da boring menunggu keretapi yang tak kunjung tiba, terpaksa mencari aktiviti supaya dia tak nangis lagi, so bergambar la jawab nya...hihi

haaaaa...akhirnya di dalam perot train dah..tapi terpaksa tahan nafas sebab kat belakang tu terlalu kuat bau perfume bawang putih tengit dia...omg...saya sangat stress kalau dikelilingi dengan orang orang macam ni..

kini kami berada di 712meter di atas paras laut..

wowwww....ayah orang yang paling happy sebab sampai juga kat sini..siap angkat dua dua tangan tanda kemenangan (erkkk..menang pasai pa plak dah)

nice view

when my daughter happy, terpaksa beratur lagi untuk turun balik

ramai yang geram ngan elvina masa ni, cuma dia je yang tak nak ngan orang sebab dia dah pandai mengenal orang

bergambar lagi sambil tunggu keretapi sampai untuk bawa kami turun

yesss, kali ni kami pula yang kongker keretapi ni, dapat tempat paling best skali..tak silap masa ni kedudukan keretapi condong dalam 45darjah...(ada video masa ni, nanti saya bagi link dia k)

Alhamdulillah, kami selamat turun, sekarang nak pi padang kota lama, nak isi perut dulu...lapaq dah aihh

memang berselera sungguh masa ni memasing, tengok apa yang kami tak angkut bawa mai, semua ada siap kuali pun ada...orang yang lalu lalang kat sini jeling dan terliuq ja tengok kami melantak...

kami sibuk makan , elvina sibuk posing dengan nenek..sekarang kalau kita suruh dia senyum dia akan senyum macam ni..ni bukan senyum nak,,tu sengehhhh la

ni baru betul sayang senyum kalau ayah umi suruh senyum..macam ni la

saya nampak comel dalam gambar ni..hihi

dah siap makan kami singgah beli jeruk sat kat sini

ni gambar sekitar depan plaza gurney...saya nampak bertambah bulat kalau saya lipat tudung

masa ni baru lepas nangis, ajak bergambar terus ok mood dia

dah macam macam gaya dah saya gayakan mendukung anak, inilah akibatnya kalau jalan tak bawa stroller...huhu..tapi tak pe, kalau saya penat, ayah pula yang take over

pusing seround dalam plaza gurney dulu, sementara gerak pulang

sila jangan tiru aksi melambung anak ini..saya tak mau femes percuma macam amah yang lambung anak tu. Euwwww

yeayyy ayah dah take over....ini gaya seorang ayah mendukung anaknye (berminat sila tiru aksi ini)

muka kepenatan masing masing...penat tawaf satu plaza gurney...huhu

last but not least, bergambar di jambatan pujaan sejak kecil..

yeayyyy..last piccas for this entry... bye bye penang..ada rezeki kami datang lagi..

p/s = kongker tu makna bolot sorang la.
nice trip, walaupun percutian singkat sebab tak bermalam di sana sebab dekat ja pon taiping dengan penang..insyAllah akan ada lebih banyak lagi family vacation selepas ni, cuma doakan kami dimewahkan rezeki, supaya berkesempatan bawaadik adik dan ibu yang semakin berusia dan doakan kesihatannya baik (sebab ibu la ayah kami, dan ibu la ibu kepada kami sembilan beradik sekarang ni..besar pengorbanan seorang ibu tunggal macam my beautiful mum ni)







  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥

Comments

fatin aziz said…
penang best! tambah2 jalan2 kat batu ferigghi..shopping kat queensbay pun best..hehe
Afri Ismail said…
Ala yeke, nak pi batu feringgi tapi ibu saya seram, sbb dulu penah pi anta adik masuk mrsm balik pulau, sbb jalannya mengerikan.euwwww, napi tak ckp awal2 tidak boleh singgah queensbay. Takpe next time kami dtg lg.thanks ya for the info
IMA SALSUZAIMA said…
Best kalau masa cuti dimenfaatkan sebaiknya lbih2 lagi bersama keluarga. Tak perlu jauh2 ke luar negara.dalam negara sendiri pun ok ape.hihi
Razil Tahir said…
haritu sempat singgah penang lepas baik dari langkawi...
tapi sehari setengah jer... huhuhuhu

folow sini.. :)
Afri Ismail said…
Itu la, byak lg tempat tempat yg kita belum pergi,ade jg yg kita xpernah tau ade tempat tempat mcm ni dlm negara kita. Thanks atas kunjungan ke blog saya
Afri Ismail said…
@RAZIL TAHIR Yeke? Ok la tu, kami semua pi tak sampai satu hari.huhu.xpa nanti boleh pi lg.hihi
Aida the Pinky said…
bestnyer jenjalan penang..dulu mase study kat perai pon xsempat pusing penang abis..
Afri Ismail said…
This comment has been removed by the author.
Afri Ismail said…
Hihi,memang perkara biasa mcm tu,saya pon dulu study kat melaka tak abis pusing pon. ^_^

Popular posts from this blog

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Nama dalam tulisan JAWI ♥