♥ Zoo Taiping & Night Safari ♥

Assalamualaikum



Masa cuti hari tu kami sempat juga bawa el dan adik adik  masuk zoo taiping. 
Kali ni tuan blog ajak anak dan adik adiknya dalam
Segmen Mari Mengenal Binatang 
Tiket masuk rm12/dewasa
rm8/kanak kanak (tidak termasuk baby sbb percuma)
boleh tahan juga harga tiket tu, tapi ok la sebab kami masuk siang, kalau masuk malam susah sikit la nak belajar mengenal binatang kebanyakkan binatang waktu malam da tido, sebab tu saya prefer masuk di siang hari, kalau malam gelap dan seram..hutan kot..
kot la ada binatang buas yang sesat terlepas..
eeeeeeeee
Nauzubillah..
Dah masuk dalam zoo ni,
di beri dua pilihan sama ada nak jalan kaki atau naik train, we have chosen to walk away.
Best sikit kot kalau jalan dapat lihat haiwan dengan lebih dekat dan mendalam..
Bhahaha..
tak payah nak mendalam sangat la...nanti ada yang kena ngap pulak.
^_^
Dari pukul 6 petang sampai la pukul 7.30 malam dekat dalam ZOO tu, tu pun da kelam kabut juga..elok kami sampai hujan dah mula renya renyai.
Dalam banyak banyak binatang yang paling saya tertarik adalah signboard (eh tapi ni bukan binatang la ni benda..hehehe, berkenan sangat tengok papan tanda zoo tu, mungkin warna dan cara dia present kot yang buat saya termagnet ke arah nya)

jom mengembara bersama elvina (di ruang legar tempat beli tiket dan cenderamata)

 tengok kemain siap angkat tangan lagi..MERDEKA...MERDEKA

hahaha..memang terbaik el ni..pandai betoi dia pose..ala ala nak nyanyi lagu k-pop lagi

 comel masa ni, silap mata el tak pandang camera je

 see!!! kan saya da cakap..memang pandai posing

 ni uncles dan aunty el yang masih sekolah (uncle man paling seksi)

budak kecik pipi tembam berbulu mata lentik

 el say `Halooo to orang utan'

 kemain suka depa ni, kalau ajak jalan memang ligat la

masa ni hujan da nak mula lebat balik lepas benti dari renyai renyai

dalam banyak banyak haiwan yang ini rasa yang paling jinak, tak silap ni kanggaro tu yang el lagi suka
(sebenarnya dah nampak da el suka haiwan apa, el sangat sangat suka dengan cat, kalau cat lalu depan dia tu punya la riuh siap melompat lompat, tak tau la sama ada takut , suka atau geram sebab kami tak bagi dia pegang takut dia tarik bulu kucing tu sampai licin)


Ini antara jenis jenis binatang yang ada dalam zoo ni, ada banyak juga sangkar atau bilik berkaca tu kosong yang memisahkan manusia dengan haiwan ..mungkin ada yang da pupus terus dari dunia dan ada sesetengah haiwan ni juga ada jangka hayat yang boleh hidup dalam beberapa tahun sahaja.

Di bawah ni gambar gambar haiwan yang sempat kami snap.



rupanya ada yang lagi menarik perhatian saya, iaitu bumbung tempat istirehat ni..(tengok benda ni teringat zaman zaman belajar architecture dulu..uihhh memang memeningkan dan paling boring nak tawan hati lecture, sebab saya tak pandai bodek lecture..sebab tu pointer sikit...huhuhu)



mana yang agak agak susah nak snap gambar tu, saya amik gambar signboard je.

SEKIAN






  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥

Comments

comelnye anak akak!! geram tengok!!comel sgt, :)
NURUL FILZAH said…
geram tgok pipi el.. elvina, meh sini .. akak nk cubit pipi awk.. hehehe XD

Thanks sbb komen dkt entri kita.
Afri Ismail said…
@sharifah >>> hiii, thanks
Afri Ismail said…
@nurul >>> hahaha tau xpe...memang ramai pon yang geram ngan si kecik tu, kalau orang pegang pipi dia marah, walaupun umi dia nak tempek bedak kat pipi dia..

Ehhhh...kena panggil akak ke? bukan aunty? hihihi
Unknown said…
masyaAllah..comelnya si El..hehe..last p zoo taiping dlm umoq 6 tahun macam tu..uhuhu.night safari tak penah lg merasa..
Afri Ismail said…
hihi TQVM...tapi night safari tak berapa nak best la..seram ada kot..
Ramizah Rahman said…
Bestnya..rasanya dah lama x g zoo taiping...tapi, best kalo bawak budak2 kan..baru fun :-)

Btw, nive ur blog..done follow u :-)
sarahhernyzar said…
comelnya elvina... geram je tgk dia.. pp pau.. nyum nyumnyum.. eh.. hehe :)

kak.. lagu tu tajuk Indaynya Cintaku.. hehehe :)
Afri Ismail said…
@ramizah rahman
tau xpe..btw thanks atas kunjungan ^_^
Afri Ismail said…
@sarahhernyzar
hahaha..pipi EL mmg da macam pau pun..thanks ye dik tajuk lagu tuh..^_^

Popular posts from this blog

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Nama dalam tulisan JAWI ♥