23 March 2013

♥ Birthday Celebration ♥

Assalamualaikum


Hari ini berkesempatan celebrate birthday anak untuk 1tahun kelahirannya. Al maklum la parents yang bekerjaya, terlalu sibuk sampai kadang kadang anak terabai...hahaha..baru anak sorang kot, belum 10 lagi...(suami ada bg hint gaya macam nak anak ramai, apa beliau fikir ini saya ni kilang buat anak ka???)..tak de la terabai mana pon sebenarnya..masih cukup lagi kasih sayang yang kami curahkan pada puteri kesayangan kami ni...ayah je sejak kebelakangan ni agak busy..ke buat buat busy..hehehe..tak la memang busy pon sampai kami dua beranak terpaksa follow je montot ayah..kesian ayah..penat cari rezeki untuk anak bini.

Saya pulak 2 minggu kebelakangan ni mood down terus sampai cecah 50 darjah celcius, wah macam dekat Yakutsk Rusia pulak sejuk gila sampai tahap petrol boleh beku kalau tak hidupkan enjin kereta kalau dekat sana... ambil masa untuk recover balik...
beristighfar dan muhasabah diri adalah jalan yang terbaik buat saya.
maybe right ada hikmah di sebalik semua yang terjadi..

betul la cakap orang, 

what we give, we get back
(walaupun kita tak bermaksud nak tujukan pada orang tu sebenarnya, tapi percaya la, itu biarlah urusan saya dengan Allah, hanya dia yang lebih mengetahui segala galanya)

Life must go on Afri!!!
(ok emo sikit je, sekarang da ok) 

So sorry pada blogger yang nanti nanti kan entri baru dari saya...
hahaha ade ke???..
Of couse ada!!!

Tadi balik keje je suami da kalut ajak siap siap mandi, kuar and cari kek birthday untuk anak..
Eeeeeee, memang tak suka betul la kalau buat benda last minit macam ni..
memang tak boleh nak cerewet dan pilih sangat la..apa ada beli je la.
Lepas beli kek, singgah kejap beli ikan, hotdog  untuk BBQ then terus pergi rumah kakak ipar yang baru kawin tu, ada buat majlis makan makan @ senang cakap majlis salam perkenalan kepada abang ipar baru kami..Majlis tu juga merangkap birthday kak as dan abg ajan (suami isteri) dan birthday Elvina saja tumpang sekaki, alang alang da berkumpul semua kan, buat je terus skali senang. Hahaha, modal pon dah jimat...lagipon saje suka suka je pon nak bagi anak buah makan kek...

Majlis birthday Elvina yang kedua akan dibuat di rumah mak (pengasuh yang jaga elvina dari umo 3bulan, InsyaAllah hujung bulan ni..)



masa ni anak buah yang lain da stat nyanyi `happy birthday to my princess`
tengok la muka El tu, happy gila..macam faham je yang semua orang sedang meraikan dia, siap goyangkan badan depan belakang depan belakang lagi masa nyanyi, sambil buat senyum kiut dia..
(maaf la mata ummi dia bengkak, sebab nangis yang melampau nasib tak buta je macam cite p ramlee tu..hehehe)

hahaha, bila dah upload gambar dalam instagram baru perasan, ayah salah tulis tarikh sepatutnya 
12 - 03 - 13, tu la asyik ingat tarikh cantik je..tau la anak lahir pada tarikh yang boleh kata cantik juga la... 12 - 03 - 12

 ayah kalau amek gambar kami, suka boikot...selalu sangat seeking

 tengok anak buah, majoriti memang ramai yang semangat semangat badan nya..taf taf la katakan, baik lelaki mahupun perempuan

el nak tiup lilin tu...alih alih belum sempat el tiup pon

 at last si wafik sufian tu yang tiupkan lilin tu, semangat betoiiii


 hahaha, masing masing da tak sabar nak berebutkan stawberi yang dua biji tu..

pandai el potong kek, dengar kata pon..

Ok selamat menjamu mata








  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥

4 comments:

Nana Liena said...

hehe..happy birthday Elvina..dah besar mesti cantik mata dia..hehe..moga membesar dgn sihat..amin..hehe

akubiomed said...

Sambutan hari lahir dirumah pengasuh dapat disertai kawan anak yang lain. Selamat menyambut hari lahir 1 tahun. :-)

Nur Afridayati said...

@Nana Liena
hehe tq...InsyaALLAH..maaf ler...dah lama menyepi..busy yang melampaui batas..haha

Nur Afridayati said...

@akubiomed
Betul tu..lagi meriah!!! terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog

Designed by UMIESUEstudio 2014 : ELVINA ELZANDRA