♥ Sahabat dunia akhirat ♥

Assalamualaikum

Dah berbuih saya nak jawab soalan soalan yang sama macam ni berulang kali

Afri ko ade kawan baik tak?

Nur siapa teman rapat awak?

Nuraf arini awak keluar dengan kawan baik awak ke?

Manja ayah tak pernah nampak pun manja ada kawan rapat?

Yet siapa kawan bermain awak sejak kecil?

Kak long kawan baik kak long ke yang nak kawin tu?

Aivi u memang tak ade kawan rapat ke?

Puteri betul ke kawan baik awak yang accident?

Afrina saya tak percaya la awak tak de kawan baik?

Semua nama di atas itu adalah orang yang sama iaitu saya sendiri, memang banyak gelaran nama yang dipanggil sejak kecil.
.
Ya memang betul saya akui,
saya memang tak ada kawan baik langsung...
semua saya layan sama rata..ntah saya pun tak tahu mungkin saya dilahirkan untuk tidak ada seorang sahabat yang betul betul ngam atau kamching dengan saya..
bukan tak de yang sudi nak angkat saya sebagai kawan baik...
ade je..
ada yang siap bagi surat lagi..
takut nak cakap face to face...
maybe sebab 1st time siapa yang lihat saya semua akan cakap saya ni nampak garang..
takuttt
hihihi
Tak pun saya yang takut nak ada kawan baik, 
sebab saya belajar melalui observation, 
kebanyakkan nye akan terjadi kawan makan kawan la, 
gaduh yang sangat teruk la dan macam macam lagi, 
ade tu putus kawan baik sebab boyfriend dia suka dekat kawan baik dia pulak..
uihhhh memang seramm
Macam kes saya pula..
saya memang tengah rapat dengan seorang kawan ni...
lama kelamaan kawan tu makin jauh dengan saya sebab ada kawan lain yang da cucuk dia supaya jangan kawan dengan saya..kecian kan saya..sebab tu sampai sekarang saya takde kawan baik yang betul betul baik dan jujur...
ada pulak kita anggap dia kawan..
tapi dia nak lebih dari kawan...
itu selalu terjadi bila berkawan baik dengan berlainan jantina..
Sebenarnya ada je kawan yang betul betul boleh jadi kawan baik..cuma saya je yang belum jumpa lagi kan..ayat sedapkan hati..

Ini yang kita cari

a) Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah kita bersama2 merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin- Imam Ghazali ini.

b) dalam sebuah hadith ada disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Perumpamaan dua org saudara adalah seperti dua tangan yang satu membersihkan yang lainnya…… H.R dailami. Hadith ini menyebutkan bahawa dalam persahabatan itu perlu ade saling bantu membantu dalam menunaikan tujuan yang satu.tujuan yang utama itu ialah bahawa kita sebagai sahabat perlu memberikan sahamnya secara bersama2 baik dalam keadaan suka dan duka ,gembira dan sengsara.

c) seorang ulama pernah berkata: Perhatikanlah saudara-saudaramu itu dalam 3 persoalan iaitu jikalau ada yg sakit, tinjaulah dan jikalau ada yang dalam kesibukan, berikanlah pertolongan dan jika ada yang dalam kealphaan, maka peringatkanlah ia………
Dalam hal ini Allah taala ade berfirman:
“Orang2 mukmin ialah yang saling kasih-mengasihi antara sesama mereka itu” ayatullah ini menunjukkan supaya kita saling sayang menyayangi dan kasih mengasihi dengan sahabat2 kita.

d) Ada dua perkara iaitu berdiam diri dan berkata-kata. Berdiam diri maksudnya, sebagai seorang sahabat yang baik..seharusnya kita tidak boleh bercakap2 tentang keaiban sahabat..bahkan perintah menutup aib org lain juga..perlu dipraktikkan kepada seluruh umat manusia..Tidak menyebarkan keburukan sahabat baik semasa sahabat berada di depan ataupun tidak. Dan jika sahabat itu bercerita kepada kita tentang rahsianya, tidak wajarlah kita menceritakan kepada sahabat2 yang lain pula.

e) “Barangsiapa yang menutup cela saudaranya, maka Allah ta’ala akan menutupi celanya di dunia dan akhirat” Riwayat Ibnu Majah. Dalam riwayat lain ada menyebutkan:
Sabda Rasulullah: “dua org yang duduk bercakap2 itu harus disertai dengan amanat.Tidak halal salah seorang di antara keduanya itu menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak disenangi  olehnya
” H.R Hakim”

f) Memaafkan saudara adalah satu perbuatan mulia..baik kesalahan itu dilakukan secara sengaja ataupun tidak.Jika kesalahan sahabat itu bertentangan dengan agama, wajiblah menasihatinya dengan ramah dan lemah lembut. Seorang ulama pernah berkata: “Kemuliaan hati ialah dengan jalan memberi maaf kepada kesalahan2 sahabat2mu”

g) Mendoakan sahabat baik semasa hayatnya ataupun matinya.Doakanlah kesejahteraan dan kejayaan saudara2 sebagaimana kita mendoakan untuk diri kita sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah malaikat:Kamu pun menerima sebagaimana doamu itu”
H.R Muslim.

Sekarang dah tak payah risau, ini la kawan baik saya dunia akhirat
merangkap sebagai mylove, myhubby, myhero, my soulmate, my bestfriend
(gambar ni di ambil masa kami ada event di MARRIOTT PUTRAJAYA, lawa gila hotel ni..abis semua kami pusing)



  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥

Comments

Unknown said…
sama la dengan me..huhu..tak ada lagi best friend..yg ada pun kawan biasa2.. sama rata layan.. maybe satu hari nnti akan muncul.. (*ayat nk sedapkn hati..) hehe
Afri Ismail said…
@Nana Liena
No worries dear, suatu hari nanti kamu akan jumpa juga kawan baik kamu tu.. ^_^
MIS said…
samala kita...
nak cari fwen senang je...tapi
nak cari best fwen sangat susah..


Jom ke sini :

Bestt : monumen terbesar afrika
Update : Keretapi Ferrari
Menarik : Garaj Di Ruang Tamu Condo
Popular : Gua Ais Terbesar Dunia
Pelik : Ombak Membeku Secara Tiba-tiba
Seram : Kuasa Air Membelah Jalan
Confius : Tasik Garam Warna-warni
Meletup : Kolam Terapung Di Tingkat 24
Meriah : Studio animasi PIXAR
Mewah : Tower Bridge London Diciplak
Lawa : Eskalator Gergasi Di Spanyol

Dan Banyak lagi di Green Life..

Popular posts from this blog

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Nama dalam tulisan JAWI ♥