♥ Special Review ~ On My Wedding Day ♥

Assalamualaikum

Tinggal 4 hari genap la 2 tahun kami suami isteri (28 mei 2011/sabtu), dah jadi parenthood pon kepada seorang cahaya mata...plan nak tambah lagi..InsyaALLAH akan diusahakan mengikut faktor keselamatan antarabangsa (ceaser kan, so take time to recover...taknak kena marah dengan doc) 
Heeee
Saja nak publish dalam blog ni memandangkan saya tak pernah buat review lagi pasal pernikahan saya tempoh hari, dalam FB pon tak da...ehhh ada sebenarnya tapi saya private kan bermakna orang orang yang tertentu je yang boleh lihat photo photo sepanjang majlis...
Kenapa?
Malu nak publish kat semua orang.
Sebab majlis pon biasa biasa ja.
Tarikh nikah n sanding adalah tarikh yang sama, di mana sebelah pagi akad nikah dan lepas akad je terus bersiap untuk bersanding.
Memandangkan calon suami nun jauh di selatan sana tu (johor darul takzim ler)...jadi nak cut cost n jimat masa kami buat satu hari dua majlis skali gus...itu pon rombongan dari johor dah stay kat homestay 2 hari 1 malam...mereka datang dengan satu bas dan 1 kereta.
Majlis pernikahan ni simple je, buat di 

Tempat : Masjid Al-Taufiqiatul Khairiah Pokok Assam Taiping Perak
Tema : Gold Keemasan

di make up oleh adik sendiri..mahukan se simple yang mungkin..sebab saya lebih sukakan 
'natural is better'

sedang menyiapkan diri, my outfit from top to toe adalah milik saya sendiri...memang buat khas untuk majlis pernikahan ni...

betulkan apa yang saya cakap tadi, tengok tahi lalat kat hidung tu pon still nampak lagi kan, siap ada extra tahi lalat siti nur haliza lagi kat dagu tu...haha..itu jerawat gatai namanya..time2 nak menikah la dia menyibok nak singgah.

ok...siap da...tapi sebelum tu bergambar famili dulu...terharu rasa nenek sanggup turun dari indonesia

ni namanya senyum lebaq sebelum bergelar isteri orang

 ok ready nak gerak ke masjid da, jam masa ni tepat 8.30am

masa ni da stat berdebar da...takuttttt (rasa macam nak pi haji plak..sebab yang hantakan saya ke masjid baik adik atau pakcik semua pakai ketayap tuuuuu)

dah sampai masjid, ni cover dari perasaan gementar..tengah tunggu rombongan pengantin lelaki

majlis pon bermula..ini antara famili saya dan sebelah lelaki je (masa ni famili sebelah laki belum sampai lagi...ohh ibu mertuaku..)..majlis tertutup...sebab yang lain semua tengah standby apa yang patut di dewan untuk majlis persandingan selepas ini.

ehh, kenapa semua orang nampak serius dan lebih takut dari saya ni...mana satu pengantin sebenarnya ni? saya ke dia orang...hahaha

rombongan pengatin lelaki dah sampai..itu pon x semua, sebab ada yang bersiap terus untuk ke majlis bersanding

 Alhamdulillah, sekali lafaz. Mas kawin RM101..(duit tu saya tukarkan ke dalam bentuk emas, saya belikan sebentuk cincin berbatu, sebagai kenang kenangan..tapi tambah la skit duit tu)

kami batalkan air sembahyang dengan seutas rantai tangan (perempuan) dan sebentuk cincin suasa (lelaki)

masa ni maluuuuu, tak tau nak sorok muka kat mana...sebab semua orang tengok!!!

 selesai majlis akad nikah..terus bergambar di depan masjid (keluarga sebelah lelaki)

ini keluarga di sebelah saya

masa ni terus rush ambil gambar shoot selepas nikah, memang tak sempat tak posing sangat la..gampar pose nikah ni sebenarnya termasuk dalam pakej photografer kami

shoot ala kadar je

baru belajar belajar pose...maaf ler kaku gila...tak macam suami saya...maklumla beliau pernah jadi model..so bab2 posing tu beliau memang handal !!! sehandal sabun ekonomi handalan..hehe

 kan saya dah cakap, saya kurang pandai nak bagi pose pose menggoda ni...tengok sampai terpejam pejam mata lagi...adoiiiii

 ni lagi satu, memang selalu macam ni...background cantik da...pejam lagi...tido je la kat sini...hahaha

last picture
doakan kami kekal bersama sehingga hujung nyawa kami
Amin
InsyaALLAH










  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥

Comments

Unknown said…
tapi kalau saya..saya nak simple2 tapi biar yg dekat2 o saudara mara tahu tentang wedding kita..huhu.. tak nak bersanding..nikah ja..ahha (*gatal) agaknya kalau saya kat tempat akak boleh pengsan..sebab berdebar2 kot..huhu
Afri Ismail said…
@Nana Liena
dah dapat orang jauh dik...rezeki jgn ditolak...memang sedara semua tau pon dik non...Bagusss akak sokong itu yang lebih afdal...akad tu yang penting...hahaha...yeke pengsan...ntah2 teros nak peluk cium kat situ jg....hehehe ^_^

Popular posts from this blog

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Nama dalam tulisan JAWI ♥