31 October 2013

♥ Family Vacation Bandung 4D3N (part 1) ♥

Assalamualaikum
PART 1 ( di Bandung )
Alhamdulillah 

Percutian sederhana kali ni dikira berjaya juga (24~27/10/13)
Rezeki kami berpeluang bercuti di tempat orang.
Walaupon tak semewah mana kami ke sana..
Shopping pon tak kaw2 punya shopping..sbb kerja ditempat sekarang basic kecik bergantung pada komisen, klu komisen besar maka besarla gaji untuk bulan tu.
Sebab percutian kali ni saya yang seponsor sepenuhnya ya (secara kasar)

Tiket flight Air Asia  pergi balik untuk 3orang termasuk infant RM350 (tiket ni beli bulan 12 tahun lepas)
Kami ke Bandung pakai Agensi Travel RM1300 untuk dua orang (baby free)
Pakej siap makan 3 kali sehari, Hotel, Transport dan Pak Supir (Wahyu namanya)

Saya akan cuba sebaik mungkin untuk berkongsi pengalaman saya sepanjang berada di sana ya.
Terutama kepada pembaca yang teringin nak bercuti ke sana.
Nak memulakan cerita ni pon nak kena ada mood yang baik untuk menaip dan idea yang mencurah curah.
Jadi hargai lah segala perkongsian saya nanti ya.
Punya la semangat nak kongsikan pengalaman ni dengan uollllls saya siap catit dalam memo semua isi2 penting sepanjang saya berada di sana tau.

Hangpa tau daq???

Day 1
Ok memandangkan saya dari Johor, kami gerak ke Kuala Lumpur Khamis pagi lebih kurang jam 3pagi.
Hubby saya memang suka gerak malam..katanya sejuk dan tayar akan lambat botaknya.

Sampai di KL kami terus ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk park kereta di sana selama 4hari. Di sana park kereta lebih selamat, terjamin, berbumbung dan kereta tak kepanasan tersidai selama 4hari ..kan...lagipon parking change per entry RM3x4days RM12, berbanding park di LCCT lagi mahal dari itu. Macam percutian sebelum ni juga..ayah ummi xsempat mandi..cuma sempat siapkan anak manja kami ni je, siap mandi dan makeup kan dia.
Dari TBS tu kami terus ambil bas khas yang terus ke LCCT RM8/perway/person (baby free)

muka gumbira si kecik ni dapat naik bas..dia ingat ni bas sekolah..yang dia selalu tgk lalu depan rumah..siap cakap lagi klu bas sekolah lalu depan rumah je..nak naik bas solah...nak naik bas solah mimi..alahai

Sampai di LCCT dlm pukul 9pagi....kami terus breakfirst di MarryBrown LCCT, belanja makan secara kasar dalam RM30 (suami bayar).

Puteri Nur Elvina time manja manja dengan ayah

Lepas makan lepak lepak kejap sementara tunggu rakan dengan family dia sampai..Kami ke bandung 2 family bermaksud 6orang je. Lepas tu kami terus check in.

sempat bergambar di ruang lega menuggu flight
Pintu GATE kami T4

Puteri Nur Elvina dengan Abg Nawfal
Dah nak naik pesawat da..kami ni degil dia orang tak bagi kami snap picture masa kat sini...tapi kami buat donno je..haha




sempat lagi bergambar dengan pramugara ala ala shah ruh khan
Yeay da dalam perut pesawat da...muka berkilat akibat tak mandi seharian...hahaha
Terpengaruh nak try benda alah ni..gara gara bau harum dan perut serta merta jadi lapar giler sampai tahap senak oiiii..tengok semua orang pakat order menu masing2..kalau nak murah di sarankan beli siap2 masa beli tiket k..jangan tiru macam kami na. RM30 ( anggaran kos termasuk air )

Syukur sangat kami selamat sampai di destinasi yang di tuju, penerbangan mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam..kali ni lama skit..sampai boring pon ada
Alhamdulillah Our plane landed safely at Saekarno Hatta International Airport.

Turun je dari flight, kami di sambut dengan bas merah tu..kebetulan masa touch down ni hujan rintik rintik...hujan rahmat katanya...hujan menyambut kedatangan kami..hee
nampak tak apa yang kat tangan tu..Roti Boy IDR18000 = RM5.40..perasmian menggunakan note rupiah

Mak pandang camera..anak pandang pesawat lagi...maybe dia pelik kot...apesal benda tu besar giler (pesawat)..haha..siap tanya mimi tu ape? jenuh nak explain kat si kecik nih ha..

Tengah tunggu pak supir ambil kereta

menyempat kan diri bergambar di depan Airport

ok saya dah dalam kereta yang dipandu oleh pak supir kami untuk 4hari di sini, sekarang kami langsung ke Bandung. Perjalanan mengambil masa 3jam lebih kalau jalan ngak macet (terus bertukar bahasa..hahaha)
Sudah separuh jalan kami berhenti singgah makan tengah hari jam menunjukkan pukul 5 waktu di Indonesia, ikutkan makan tengah hari dah lambat sebenarnya (jam di sana lewat sejam dari Malaysia ya).
Kami makan Di Restoran Simpang Raya RNR daerah Pekan Rawang

Dekat sini memang tradisi makan macam ni..
Lepas makan kami meneruskan perjalanan lagi. Jam masa ni menunjukkan pukul 7 malam, kami sempat singgah Rumah Mode di Cipaganti..dah tak jauh dari hotel yang bakal kami bermalam nanti

permandangan malam

exceli nak cari seluar buat elvina sbb pampers da bocor sampai terkena seluar..nak amek dalam bagasi..macam susah sbb banyak bagasi lain yg bertindih...ingat nak beli dekat Rumah Mode ni, tapi pak supir dah pesan sini harga mahal sedikit berbanding di tempat lain. jadi sampai ke bilik hotel la elvina xberseluar...nasib da malam..orang tak hiraukan sangat..tidak dah macam apa dah..huhu



Selepas tu kami singgah makan malam di Sangkuriang 


Menu kami malam ni..
saya sempat beli beg tangan IDR 10000 = RM30 utk 13 pasang 

dan fridge magnet  30biji IDR 10000 = RM30 untuk sourvenier

Ok inilah bilik tidur kami untuk dua hari di Bandung, Andelir Hotel. Bilik no 331

Goodnight..nantikan update sepenuhnya esok ya..Klu saya rajin and ada mood..hehe..doa in aja saya rajin.



  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥

3 comments:

Azlealee Bashir said...

Bestnya bercuti ke Bandung.Saya follow di sini ye.

Afrina Ismail said...

@Azlealee Bashir

memang best awk..rasa semua nak dibelinye...nasib duit je tak bertingket tingket ^_^..hehehe saya da follow blk

primera trans said...

Jom...jom...
Cuti cuti Bandung with family
And get our amazing tour package for 4 Days 3 Night..
▪ 4 pax price about 940K/94sgd/284RM

▪ 5 Pax Price about 870K/87sgd/264 RM

▪ 6 Pax price about 820K/82Sgd/246 RM

▪7 Pax price about 785K/78.5Sgd/238 RM
👠👓👞👟👒👗👜👢💰

Note : Package included
▪ Daily transport included driver, fuel, tol, parking, driver meals
▪ New car with 7 seater, full Aircon
▪ Daily mineral water
▪ Breakfast daily from hotel
▪ Daily tour (as costumer request)
▪ Hotel 3 star with 2 person inside
▪ Airport pickup and drop
▪ Tax and service
Hotel choice 🏤🏣🏢
▪ Tebu hotel ( riau street )
▪ Fave braga (inside shoping mall)
▪ Kembang hotel (cihampelas jeans street, cihampelas walk shoping mall )
▪ Citra dream hotel (walking distance to pasar baru)
▪ Dbest hotel pasar baru (with pool)

More detail you can contact us
Primera Trans Bandung
Whatsapp : +6285 318 49 0001
Gmail : primeratrans@gmail.com
Path : Primera trans
Facebook : Primera Trans Bandung

Happy holiday all🎶🎵📍📍🎉
Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog

Designed by UMIESUEstudio 2014 : ELVINA ELZANDRA