♥ Make up class by MARY KAY ♥

Assalamualaikum

3 weeks ago
Saya pergi kelas belajar makeup by Mary Kay 
Woooooowwwwww 
( that's the word came out of my mouth )
saya share ye ilmu apa yang saya dapat kat sini ye
My 1st impression
Banyak sangat ilmu yang saya dapat..
Dan banyak sangat benda yang saya tak tahu rupanya mengenai penjagaan diri,skincare n makeup.
Patutla hati meronta ronta nak pi blaja class make up tempoh hari..bila nengok iklan dekat fb.
Rupanya sangat banyak yang saya tak tahu lagi..
Dalam kelas makeup tu ada 5peserta ja...so senang pada kami dan beauty consultant nak manage kami.
Rasa dalam ramai2 tu saya la paling banyak sebut perkataan

Ohhh baru saya tahu...
Ohhhh macam tu rupanya
Ohhhh begini
Ohhh begitu..

(ha...tu semua saya la)

Teknik pemakaian penjagaan muka yang betul

1. cuci muka

2. masker (sebolehnya seminggu 2x)

3. pelembab/toner (kulit berminyak pon kena ye, tapi dalam kuantit sedikit)

4. concelear (untuk bawah mata)

5. primer foundation (kelopak mata for long lasting)

6. foundation (kena lihat betul2 ye, klu foundation tu SPF15 bermakna foundation tu boleh bertahan selama 150minit dari matahari, klu dia SPF30 bermakna 300minit la..formulanya tambahkan 0 dibelakangnya untuk tahu berapa lama foundation tu boleh bertahan dibawah pancaran matahari)
7. mineral powder / loose powder (untuk kesan yang lebih cantik better pakai loose powder terutama kulit yang berminyak macam saya)

8. eye brown / eye liner / eye shadow

9. blusher 

10. moisturiser maskara (untuk maskara tu tahan lebih lama dan nampak lebih panjang)

11. maskara

12. finishing spray (untuk make up tahan lama, juga boleh digunakan utk muka nampak fresh)


Tahukah anda???

> setiap facial wash yang kita guna tu lagi banyak buih adalah sebenar lagi tak bagus untuk kulit?padahal hakikatnya selagi takda buih tu la kita duk sibuk cuci lagi muka ni..sebab rasa macam tak bersihkan?
> kebanyakkan produk tempatan sebenarnya banyak menghakis kulit? contoh bml,nv,sendayu tinggi dan etc
> baby oil, veseline, babywipe adalah tidak bagus digunakan sebagai makeup remover
> makeup remover biore dan produk  lain2 yang ada tulis makeup remover adalah adalah yang terbaik
> lelaki bila mengjangkau umo 35-40 akan mengeluarkan sejenis hormon yang menampakkan mereka nampak muda dan bertambah hensem??? hahaha ini kena jaga2 ye kaum hawa....bahaya
> sebenarnya wanita yang berkulit kering lebih cepat  nampak tua berbanding kulit normal dan berminyak?
> wanita yang mempunyai pipi tembab sebenarnya awet muda? what the fact kah ini...bila dengar beauty consultant cakap macam tu..wahhhh kembang semangkuk kejap..bukan apa sebab sibuk duk cari nak kuruhkan pipi ni skit..so lepas da xpayah cari...biarkan aja yang asli...kuikuikui

 inilah 1st time...seumo hidup den makeup sendiri dari A sampai Z yo, banyak lagi yang kurang dan kena belajar...terutama tang kening tuh..sebab kening tak cukur..dan nak pakai eyeliner punya la susah...siap ada getaran lagi..tak pa keep it to me...cuba lagi












p dot s = sesiapa yang tahu ada kelas macam ni lagi di johor bahru sila beritahu saya ye





  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥

Comments

oya zihanee said…
best gilerrr.... thnks for the info..

selama ni makeup hentam je.. asalkan Nampak flawless, simple dan tak pondan sgt, okey lah!! hehehehe...
Afri Ismail said…
@oya zihanee

hahaha..tahu xpe..sama la ni...asal nampak gebuss je..ha? pondan? cer describe skit, nampak pondan tu yang macam mn?

Popular posts from this blog

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Nama dalam tulisan JAWI ♥