♥ Yahoo!!! Hari berpantang is over ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

Merdeka!!!
Merdeka!!!
Merdeka!!!
Selamat sudah dari tempoh berkurung.

Jom melantak makanan kegemaran balik.
Dah cukup 44 hari berpantang semalam.
Macam macam yang di pantangkan semasa berpantang.
Sekarang semua pon da blh share.
Terutamanya
Dah boleh share pic latest baby kepada umum jg. (dah share pon sebenarnya kat fb n ig)
Hihihi

Berat baby ngam sebulan tempoh hari 4.6 kg dari 3.7 masa lahir. Makin meningkat dan terus meningkat.
Berat mak plak dari 81kg ke 71kg cukup baby sebulan hari tu 26/8/14.
Dan turun lagi 1kg jadi 70kg masa timbang 7/9/14 dua hari lepas kat klinik.
Makin menurun dan menurun dgn jayanya.
Harap mencapai ke berat idea 55kg-60kg.

Tapi tak tahu la boleh turun ke x.
Sebab da disuruh amik pil perancang norriday yang boleh susukan baby. Salah satu keburukan yang ditakuti terhadap pil ni berat badan akan naik mencanak canak dengan jayanya.
Tapi lagi, its depend pada kebolehan badan masing2 dan yg paling penting kena kawal nafsu makan. Takut ta kuad nak kawal. Dan mungkin akan ada tinda balas dan kesan sampingan yang lain.
In shaa Allah.
Kite cuba dulu, klu xngam 6bulan lepas tu rujuk balik dgn doc n  kita tukar kepada pil yasmin ke, diane 35 ke, mercilon ke, marvilon ke? X kesah la yang mana asal yg boleh turunkan berat ni.
Huihui

Eh
Kelaut da ni.
Masa berpantang saya berpantang macam  biasa macam org lain, mungkin ada lebih tang situ o terkurang kat lain. 1weeks di umah mak mertua.
1weeks di rumah sendiri (suami jaga)
Dan weeks seterusnya sendiri di rumah sendiri.
Problem tang luka czer tu lambat nak kering mungkin sebab kali kedua czer skin jadi xcantik n ambil masa nak recover balik. Buruk da perut den.
Huhuhu.
Sedih tengok. :-(
Kalau bab makan lebihkan makan sayur, buah oren, lada hitam, pati haruan, dan ikan2 yang dah di cop utk org berpantang.

Ok la tu je dulu.
Bye anak dah nangis. Yang no 2 ni manja lebih lagi dari kakak dia. Asal bangun angkat bontot je, xkesah la nak ke mana memasak ke membasuh ke, memandi ke sedar je dia terus merengek.


Nama di beri Puteri Elzandra Ailani.
Anugerah pinjaman amanah Allah
Masa ni umo baru 2hari.
Xda gambar dia yang nmpk rambut penuh sbb masa ada rambut  semua yang dtg lawat kata lebatnyeee rambut baby.


Semoga mereka berdua menjadi anak yang solehah. Dan titipkanlah selalu doa buat ayah dan ummi sewaktu hidup dan sesudah ketiadaan kami nanti





  ♥ King and Queen Story ♥
  Photobucket

Comments

Popular posts from this blog

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Nama dalam tulisan JAWI ♥