♥ Kehilangan ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

Al Fatihah.
Kehilangan satu2nya permata yg tiada tolok nilainya didunia ni.
Ibu menghembuskan nafas terakhir beliau pada hari raya haji kedua 6/10/14 (genap 44hari selepas majlis sambut menantu adik) jam 10.20pg. Bagaikan tidak percaya dugaan seberat ini yg harus kami hadapi 9beradik tinggallah kami yatim piatu yang tiada ayah tiada ibu. 

Tiada lagi tempat mengadu. Tiada lg tempat bercerita itu dan ini. Tiada lg teman berbicara sehingga ke lewat pagi bila aku sesekali pulang ke kampung halamanku taiping, terlalu byk yg ingin ibu cerita dari perkembangan adik2, saudara mara beliau, kawan2, risik khabar keluarga suamiku hingga la ke jiran tetangga. Rindukan bebelan ibu dan semuanya tentangmu ibu.

Kali terakhir aku berjumpa dgn beliau pada majlis perkahwinan adik lelakiku pada 23/08/14. Itulah kali terakhir aku melihatnya memeluknya dan menciumnya. Rindunya aku saat saat itu. Kalau diberikan peluang kali kedua akan ku gunakan masa yang ada bersama ibu sebaik baiknya.

Ya Allah.
Beratnya ujianmu ini Ya Allah.
Tak sanggup rasanya hadapi dugaan ini.
Aku harus kuat setiap ujian itu adalah HADIAH dari ALLAH.

Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka. Sebagaimana firmannya yang bermaksud :
Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)


"setiap yang berlaku ada hikmahnya"

disebalik ujian ini , aku harus bersyukur. kerana aku yakin , tatkala aku diuji begini ,ada lagi di luar sana yang diuji lebih maha dahsyatnya daripada aku, yang kehilangan ibu bapa sejak kecil , yang tidak pernah merasa pun belai kasih seorang ibu. 


Menjadi seorang yang baru kehilangan ibu , baru kini aku faham apa yang dirasai rakan-rakan yang senasib.

Aku memang jarang balik ke taiping boleh dikira beberapa kali saja setahun sejak aku mendirikan rumah tangga. Maklumla aku duk jauh di johor bahru, ibu pula di perak.
Hanya melalui telepon saja kami berhubung tak aku yang telipon, ibu akan telipon.


Ya aku bukanlah anak yang senang melafazkan "along sayang ibu" , "along rindu ibu" dan "selamat hari lahir ibu" macam anak-anak lain, bukan bermaksud aku tidak menyayangi , aku lebih selesa melafazkannya dalam hati dan doa.aku bukanlah seorang anak yang senang melafazkan dengan zahir perkara-perkara itu.

Allahuakbar!!!
Sebaik menerima perkabaran dari adikku bahawa ibu sudah tiada. Terasa jantung bagai ditusuk tusuk sekuat kuatnya dan beribu sesalan hadir pada tika itu.
Terkilan kerana tidak berada di sisi beliau sewaktu menghembuskan nafasnya yg terakhir. Terkilan sangat sangat yg teramat sangat kerana tidak melaksanakan kewajipanku sebagai anak memandikan dan kafankan arwah ibu buat kali terakhir.
 Rasa seperti anak durhakanya aku kerana tidak berkesempatan memohon ampun darinya. 

Ibu,
Maafkan along kerana masih menangisi pemergian ibu.
Along sayang ibu.
Tapi along sedar Allah lebih sayangkan ibu.
Memang along sedih sangat sangat tambah2 lagi along sorang je yang xde masa ibu pergi.
Terkilan sangat2 yg teramat sangat.
Tapi along kena kuat, xnak nangis depan adik2.
Xnak nampak  along lemah depan adik2.
Kalau along nangis mesti diorang pon akan nangis.
Tapi along tak kuat.
Ibu.
Along redha pemergian ibu.
Separuh jiwa along pergi bersama ibu.
Yang tinggal hanyalah kenangan dan gambar sebagai pengubat rindu.
Ibu.
Terima kasih kerana menjadi ibu kami.
Terima kasih kerana susah payah ibu besarkan kami 9 beradik.
Terima kasih juga kerana menjadi bidadari dihati kami.
In shaa Allah.
Along akan tgkkan adik2 selagi along hidup.
Apa yang along mampu dan terdaya along cuba tolong adik2.

Ya Allah
Berikanlah aku kekuatan.
Berikanlah kami ketabahan.
Untuk kami meneruskan kehidupan di dunia yang hanya pinjaman.
Ya Allah.
Ampunilah dosa2 ibubapaku.
Tempatkanlah mereka dikalangan kekasihMU ya Allah.


Tinggal kenangan
Berpisahnya kekasih ini hanya dimuka bumi. Tidakkan terpisah di dalam hati. :( (konvokesyen 2006)

 Gambar semasa majlis pertunanganku 25.12.10


Masa majlis resepsiku 28.05.11



Majlis sambut menantu 11.06.11

Arwah ibu sakit seminggu sebelum birthday aku (20 mei 2014) , seingat aku masa tu aku dpt advance birthday present dr suami kelam kabut dia beli sbb kami nak balik taiping nak tgk ibu. Mungkin dia takut terlupa wish kot. Siap cakap lagi ni hadiah birthday u i bagi awal.

Sebenarnya ibu jarang sakit. Kalau ada pon demam biasa.
Ibu pon pentingkan kesihatan. Ada juga cek kesihatan, amalkan minum susu dan ambil diet seimbang.
Tapi pada hari tu.
Adik cal bagitahu ibu masuk hospital.
Ibu demam panas n perot ibu membesar n mengeras.
Seminggu jg ibu dekat Hospital Taiping.
Sebab tak tahan tgk ibu.
Adik bawa pergi hospital swasta Columbia Hospital Taiping.
Lagipon tgk kerja hospital kerajaan lambat dan makan masa.
Dekat Columbia doctor terus buat ct scan.
Dan hasil ct scan tu mmg memeranjatkan kami semua. Memang tak sangka ibu mengidap kanser usus peringkat akhir (stage 4)

Allahurabbi
Doc terus decide untuk buat major operation masa tu sebab keadaan ibu da kritikal.

Alhamdulliah operation berjaya dan ibu stabil. (Icu)
Masa ni tak sanggup tengok keadaan ibu yang penuh dengan bermacam2 jenis wayar, ubat dan mesin.
Arwah ibu kehilangan banyak darah (A+) sehingga 6paket darah  di masukkan.
Lebih kurang seminggu jg ibu di Colombia Hospital. ( kos perubatan dan operation hampir 70k)
Hasil dari operation tu kami berjumpa dgn doc yg merawat ibu. Doc tu bagi tau kanser tu dia dah buang tapi dia dah kacau organ lain seperti hati. Tapi tompok2 kuman tu xbanyak.Seminggu jg ibu ulang alik Columbia sbb ada daily ubat yg perlu dimasukkan.( kos rawatan ulang alik seminggu hampir 8k)
Selepas tu bawa ibu buat rawatan susulan di PPUM Petaling Jaya atas nasihat doctor yang merawat ibu di Columbia tu.. Sbb nak kurangkan kos perubatan lagipon PPUM separa kerajaan berbanding dengan Columbia. Seminggu jg ibu kat sini sebab nak tebuk lubang untuk air kencing tu ambil masa dan tgk kondisi ibu stabil baru boleh buat. Sejak operation tu ibu on off demamnye. Dalam masa tu ibu amalkan ubat traditional seperti minum pati belalai gajah, minum air rebusan mahkotadewa serta mengamalkan ubat hospital.
Alhamdulillah dengan amalkan ubat traditional tu kanser ibu 100% hilang.
Tapi 3minggu sebelum ibu pergi ibu kurang makan, kurang minum n ubat2 yang ada pon ibu da xnak makan termasuk ubat traditional tu. Lama lama ibu makin lemah dan menyebabkan kuman tu semakin merebak dan bermaharajalela di hati. Semakin hari kulit ibu makin kering, kaki membengkak, mata dan kulit kekuningan.
Kami redha sebab doktor cakap dah tak boleh tolong dah. :(
Hanya berdoa dan berserah saja pada Illahi.
Sehingga la ibu pergi mengadap illahi.
Innallillah...


 Subhanallah...Sesungguhnya tidak lah ada yang lebih berkuasa ATAS sesuatu melainkan yang SATU  :( 
(Arwah ibu dikebumikan di Tanah Perkuburan di Masjid Assam Kumbang Taiping dekat dgn pusara arwah ayah)


Suasana yassin dan tahlil di Bukittinggi Indonesia. Terima kasih ya om dan nenek adakan yassin di sana.


Tinggal kenangan ibu dan nenek ( satu2nya anak perempuan nenek)


Terima kasih Allah.
Kerana menyayangi insan yang kami sayang.
Jagalah dia, peliharalah dia.
Ibu pergi tiada pesan... tiada kata2 terakhir... Ibu pergi dengan tenang dan senang.. semoga ibu tenang di SANA..
Selamat jalan ibu.
Sehingga bertemu lagi.
Tunggu kami di pintu syurga.

" Setiap orang pasti mengalami sakit .. Rasulullah SAW sendiri mengalami sakit demam berat . Namun begitu Nabi tetap sabar dan tabah . Beliau mengatakan kepada Ibnu Mas'ud ra bahawa penyakit yang datang ke dalam tubuh seseorang Muslim dapat mengugurkan dosa sebagaimana pohon yang mengugurkan daunnya.. " 

Speechless :(
Tak dapat balik raya haji sebab buat akikah anak kat segamat.




Kepada rakan-rakan yang masih punya kedua ibu dan bapa. jangan lepaskan masa yang masih Allah beri ini , jangan bazirkan walau sesaat pun ,gunakanlah dan jagalah dengan sebaiknya harta yang tiada tolok nilainya kurniaan Ilahi , yang digelar ibu dan bapa. kita tidak tahu bila kita akan kehilangan mereka , mungkin dalam sedar , dan mungkin juga ketika kita sedang lunak tidur.jadi , muhasabah lah diri kita semua , menghargai apa yang tuhan beri , yang pada satu masa dia akan pinta kembali.






p/s: Aku bersyukur dikurniakan rakan-rakan yang sangat prihatin. Terima kasih kawan-kawan ,rasa sebak dalam hati bila mengingatkan nasihat-nasihat kalian.tetapi tidak aku zahirkan.

    ♥ King and Queen Story ♥

  Photobucket

Comments

Mshukrimat said…
Assalamualaikum. Takziah & Al Fatihah untuk arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.
IzzaFza said…
Along..fza baru ada kesempatan bukak blog..luahan yang sangat menyentuh hati..Moga along sabar dan tabah dengan dugaan ini..moga arwah senang dan tenang di sana..
Afri Ismail said…
Terima kasih En Sukri.
In Shaa Allah. Semoga semua amalan arwah ibu saya diterima Allah
Afri Ismail said…
Terima kasih. In shaa Allah xdapat berbakti sepenuhnya semasa arwah ibu masih ada. Kita cuba cara lain utk tlg n bantu arwah. Semoga apa saja kami adik beradik lakukan utk arwah. Akan diberikan pahalanya kepada Arwah Ibu
Unknown said…
Salam takziah. Semoga arwah tenang di sana.
Afri Ismail said…
In shaa Allah. Terima kasih

Popular posts from this blog

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Nama dalam tulisan JAWI ♥