30 December 2014

♥ Wedding Anak Boss ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

Date : 27th December 2014
Time : 7.30pm sharp - 11pm
Venue : Restoran PEKIN SUTERA S/B Johor Bahru ( SUTERA MALL )
Photography and Videography : Destino Bridal Gallery
Event and Decoration : Alivia Event & Gifts


Menu for Halal food


Meh,  ni i tunjuk satu satu nama nama makanan ni seperti menu kat atas tu,

1) pineapple fried rice
2) pekin cold dish
3) japanese shark's fin broth ( antara dish yg mahal selain ABALON)
4) cereal prawns
5) roasted chicken
6) sauteed gluten with mushroom
7) nyonya style red snapper
8) dessert buah longan n kelapa laut

gigihkan i snap pic satu satu semata mata nak bgtau kat uolls semua

Ootd malam tu i pakai jubah seluar. Next time da tau blh la pakai ala ala retis blink2 gittew.
2nd time sebenarnya attend chinese wedding ni, before this attend wedding engineer i tp majlis biasa2 je. Tak macam kali ni memang mewah gila uolls ade 100k over kot utk majlis tu, anak boss yang kawin kan. Opkos la gempaq. Tengok dia punya photography n videography pon dah cukup tuk bayangkan betapa mewahnya wedding mereka. Antara yang paling i suka selain video n photography ialah decoration mereka. Fuhhhh memang wallah, sgt cantik. Dulu2 before kawin ade jg berangan nak hire chinese photography, sbb hasil kerja dia orang memang pro, kreatif, cantik dan tiptop. Tapi harga pon cantik sgt. Mampu berangan je la.Hehehe



Tetiba rasa macam badan gemsss balik je ni. Hahaha walhal mmg belum kurus sgt pon.

 
 ♥ King and Queen Story ♥ 
  Photobucket

26 December 2014

♥ Annual Dinner & Dance 2014 ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

Date : 20th December 2014
Time : 6.00-10.30pm
Venue : Grand Paragon Hotel Johor Bahru
Theme : " A GO GO  NIGHT"

I pakai tak ikut tema pon. I pakai ikut apa yang i rasa selesa je. Boleh gittew. And tak kuar duit sesen pon, semua pakai recycle yang sedia ada. Mix and match je.
Jimat
Hahaha.
Ofcoz i makeup malam tu. Giler tak makeup.
Lama dah kot x makeup tetebal cenggitu. Last makeup masa kawin dulu dulu je. (2011)
Sesekali makeup memang akan nampak vogue and gorgeous gittew, gojes ke menyampah plak nnt org tuh.
Hahaha
 Lupa plak nak pakai LOFALENS.

Tetiba je pagi td laki tya kat wassup mana pic dinner smlm, boleh je kot tya direct semalam. Ego sangat. Sengaja xnak bg. Biar dia. Sakit pulak hati kittew





I xcukur kening ye, guna teknik makeup yg betul je. 1st n last i cukur masa wedding i dulu. Sbb jahil xtau benda tu haram klu cukur.
Wallahualam
 My luckynumber 7 for my husband and 9 for me
  
♥ King and Queen Story ♥
 
Photobucket

23 December 2014

♥ Al Fatihah buat Nenda (belum cukup 100 hari pemergian bunda tercinta) ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

Al-fatihah.
Buat nenda tersayang AJISAH BINTI MANAN yang berada di Bukittinggi Indonesia (bunda kepada arwah ibu kami)
menghembuskan nafas terakhir beliau pada 20/12/14 Sabtu
Belum pon cukup 100 hari nenda pula pergi mengadap Ilahi.
Allahuakbar.
Bertimpa timpa dugaan untuk penghujung tahun 2014.

 Subhanallah.
Dari DIA kita datang, pada DIA kita kembali.
Sampai masa kita pulang. Kematian itu pasti.
Marilah sama sama kita sedekahkan Alfatihah buat mereka mereka yang kita sayangi.

Renungan bersama:


Andai hati terasa sedih,resah & gelisah..mohonlah pada Allah jalan yang terbaik.Amalkan doa Nabi Yunus as di dalam Surah Al-Anbiya' ayat 87. Nabi saw bersabda :

دَعْوَةُ ذِى النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِى بَطْنِ الْحُوتِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ. فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِى شَىْءٍ قَطُّ إِلاَّ اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ

“Doa Dzun Nuun (Nabi Yunus) ketika ia berdoa dalam perut ikan paus adalah :

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk di antara orang-orang yang berbuat aniaya.
Sesungguhnya tidaklah seorang muslim berdoa dengannya dalam suatu masalah melainkan Allah kabulkan baginya.” (HR : Tirmidzi)


 Moga diberkati Allah..amin.



Kampung Halaman (Rumah PUSAKO)
Tilatang Kamang Bukittinggi Indonesia




 ♥ King and Queen Story ♥ 
  Photobucket

15 December 2014

♥ Surprise birthday for HIM ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum


Happy birthday to the most wonderful husband in the world, a father to our princess, my one and only love of my life.
(kemain panjang tajuk entri...hahaha)

Semoga terus diberkati Allah, dimewahkan rezeki dipermudahkan urusan ibadah dunia akhirat dan bahagia hendaknya dengan family kecil kita.

Semoga apa yang you cita cita kan dan usahakan untuk family kita menjadi kenyataan.

Perjalanan nak buat surprise birthday party ni. Mula mula igt nak buat surprise kengkonon nak suh org tu anto kat opis suami je siap bunga n card. How sweet nye klu jadi kannnn. Kira dia celebrate dgn kengkawan je la. Nnt ngan kitorg kuar makan je. Tapi fikir blk macam xbest plak klu xde anak, tmbh2 elvina yang petah tu mesti xmeriah nnt. So tukar biar kami 3beranak je yang anta kek tu sampai ke opis siap ngan home made coklat la kengkonon, last sampai kesudah xde masa nak buat coklat
tu...heee. Tapi macam leceh plak nnt. Sbb ade elzandra yg br 5bulan tu dgn kakak dia lagi, pastu nak pegang kek lagi, coklat lg. Huh pening huru hara nnt.
Last fikir cengini je la. Make it simple dan bermakna. Haha
Penyudah nye. Celebrate je kat cafe. Cafe yg nk booking plak xbuka siang sbb malam je dia buka utk western food siap ade life band u. Adooiii. Acaner ni. Cair jg nnt kek nye. Last kaw team dgn cafe lg satu ni. Tgh hari pi amek kek n trus drop by kejap kat cafe tu, minta diaorg simpankan kek tu before cair dgn kehangatan dlm kete. Letak deposit rm50 utk booking tempat. Lepas maghrib nnt ajak la en suami makan kat sini cuma dia xtau ade kek je.
Nampak simple je kan. Tapi nk make it happen mmg berbagai cobaan. Bayangkan la nak amek kek tu pon jenuh. Mana tak nye sambil drive ank yg kecik kat sebelah nangis la, nak susu la. Si kakak dia pula tetiba nk shishi la. Huhhh...sabar...sabar...klu en suami tau mesti dia terharu dgr jln cite ni..ehhh nk terharu ke dia. Ermmm.

Ok ini kejadian nak ajak dia pi makan kat tmpt tu, punya la susah oitttt. Banyak plak songeh dia. Dah janji dgn diorg lepas maghrib sampai. Adoiii. Macam macam soklan plak ditanya.
 Kenapa nak makan kat area sana? Bukan ada apa pon. Nak makan kat umah pon boleh makan. Sampai geram jg la. Org nak blanja makan pon susah. Ishhhh, memang boleh gaduh kalau tahap kesabaran nipis.




 Very very recomended sangat kalau sesiapa nak buat surprise birthday dekat CUPCHAI CAFE & RESTO. Memang sporting abis. Dengan saya skali di suprise nya. Siap pasang lagu birthday versi chipmunk tu lagi...cute giler kan..tetiba besday boy tu rasa budak budak sgt kam... and semua customer yang ade masa tu pon turut serta nyanyi lagu birthday boy kite ni. Hahaha. Tanjat boboy nmpk sgt muka terkejut. Supportive habis diorg ni. Terima kasih team cupchai, kerana kejutan yg menjadi. Terbaikkkkkk akak bagi 10bintang!!!


The BEST HUSBAND EVER. IN SHAA ALLAH


Sepatutnya nk tempah cenggini kek nye. Tapi area jb ni xde yg sanggup n terror yg boleh buat. Ade pon mahal giler berbanding kat kl yg dah tentu sedap n famous

 ♥ King and Queen Story ♥ 
  Photobucket

14 December 2014

♥ Cupchai Cafe & Resto ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 Assalamualaikum

Lama x bagi review pasal makan makan ni kan.
Ha itu tandanya memang tak makan la. Means makan kat luar. 
Sejak ade si putih (lekat plak pggl elzandra ni siputih)  mmg belum pernah kuar makan even jalan jalan atau window shoping. Kali ni nak bg review makan kat cupchai. Best jg makan kat sni. Saya pi lps waktu kerja. Itu pon pi dgn officemate kebetulan memasing nak cari baju utk dinner yg kononnya tema retro n agogo. Lepas pusing2 cari baju nyinggah la ker cupchai ni. 1st time makan kat sini sejak diorg buka, tapi mmg sedap yg amat kacang pool dia. Dulu saya pernah cuba jaga kacang pool tempat lain tp mmg xsedap n sejak tu saya xpernah lagi makan kacang pool tu sampai la jumpa kedai ni.

Harga pon boleh tahan. Tak mahal sangat. Mampu makan.Menu pon boleh tahan sedap. Hari tu saya makan abc n kacang pool. Rakan office makan mee rebus. Sedap jg.
Environment pon cantik jg, cuma lighthing je kurang, sbb saya mmg suka bergambar dan amek gambar. Hehehe



Maaf la ye pic kacang pool xde. Dah selamat simpan dalam perut.Hewhew. Ha kat sini specialnye selfservice tick order dlm ruang order then anta ke kaunter. Then da siap diorg buat apa yg di order, kita juga kena bangun n amek order tu. Paling best setiap menu yg di order akan di tulis nama kita mcm abc tu. Tapi igt ye. Klu nak nama uolls di tulis pastikan borang order tu jgn dikongsi. Tidak nnt semua ditulisnya nama ikut borang order tu.Sweet x? Sweet kan.








 ♥ King and Queen Story ♥ 
  Photobucket

11 December 2014

♥ Gelaran baru ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

Gara gara si adik da transform.
Memasing anak ummi ada gelaran baru.
Pengasuh yang jaga mereka yang bagi gelaran tu.


 Yang ni SI GEBU Elvina

Yang ni SI PUTIH Elzandra

When you are a mother, you are never really alone in your thoughts. A mother always has to think twice, once for herself and once for her child.

♥ King and Queen Story ♥ 
  Photobucket

10 December 2014

♥ Ruam Susu ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

Ruam susu ni selalu jadi kat baby yg kulit sensitif yg amat.
Macam macam da try sebenarnya dari krim yg doc bagi tiap kali monthly check up, pastu pegi plak klinik swasta di baginye krim khas utk ruam , cuba plak ikut petua org dulo2 letak gincu la, tak juga try la pulak letak krim safi yg uollss pakai buat foundation tu. Macam macam dah haihhh.

Dari segi mandian pon sama.
Ada yang suruh pakai sebamed atau cetaphil.
Tapi saya try yang jenis sapu ni dulu. Klu tak ok jg baru saya cuba jenis mandian plak

Sebab kawan cite mujarab.
Nak cari krim tu dugaan jg. Puas pusing cari krim tu punya la susah nak jumpa. Tanya dekat abg watsons dia kata xde jual kat sini. Di suruhnya pegi tanya kakak guardians pon sama xde jg. 
Last jumpa dekat farmasi.
Fuhhhh.
Lap keringat jap, da letih cari baru berjumpa yang berkenan kat hati.
Bile da jumpa tya harga berapa satu ni. 
Glupp rm28.
Tanjat gegurl sebab da set dlm mind belas2 ringgit je. Nasib duit cash mmg ngam2 je dlm purse. Kalau nak swap mmg confirm la xboleh selalunye rm50 ke atas baru boleh. Tu pon nasib ade kedai rm30 da blh swap.


Alhamdulillah tak sia2 pusing sna sni cari benda baik ni. Balik tu terus apply kat muka anak. Esok pagi tgk 
Wahhhh da licin
Dah xde merah2 sgt da.
Anak pon tdo nyenyak xde merenyam malam2 sampai terbabas ummi dia bangun pagi  semalam tersedar jam da pkl 6.30 pg. Kelam kabut jadinya nak bersiap.
Slalu pkl 5.30 anak da bgn jd alarm minta susu.

Perbandingan sebelum dan selepas

Tinggal skit je lagi tu. Tidak kiri kanan pipi dia penuh n tebal ruam tu. 

 ♥ King and Queen Story ♥ 
  Photobucket

06 December 2014

♥ Resepi Roti Lapis Cheese Daging ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

#dapurummiafrina

See, 1st time tau i cuba. Tgn ni boleh je masak cuma rajin ngan tak je. 

Biasa nye , klu pertama kali buat In shaa Allah jadi.
Bukan nak riak, klu riak idak ler teman nak share resepi kat sni ye dak

Ok!!

Bahan bahan nye

○ bawang merah
○ bawang putih
○ roti
○ fresh milk
○ telur
○ slice cheese
○ rempah black paper
○ cili api
○ daging cincang atau daging burger


☆ sukatan terpulang ikut la nak hidang utk bape org

Cara cara senang jerk, yg malas masak pon pandai buat ni.

1. Panaskan minyak, tumiskan bawah putih dan bawang merah n cili potong. Kemudian masuk kan daging yang da dihancurkan. Goreng hingga daging empuk. Masukkan pula perencah black paper dengan sedikit air. Masak sehingga daging masak dan kering. Ketepikan dan biarkan sejuk.

2. Sapukan mentega @ butter di dalam bekas tahan panas. Gaulkan fresh milk dan telor sehingga sebati. Kemudian celop roti di dalamnya dan susun berselang seli @ ber layer dengan cheese dan inti daging tadi.

3. Kemudian sedia untuk di bakar. Jika ade lebihan telur tadi siram je ke atas lapisan yang terakhir tadi. Bakar dlm 20minit.

 ♥ King and Queen Story ♥ 
  Photobucket

05 December 2014

♥ Teringat ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum


" tak ada kasih sayang yang menandingi miliknya, tak ada kepedulian yang melebihi miliknya"


Al Fatihah.

Teringat kan MEREKA.

Teringatkan zaman2 childhood kami adik beradik.

Rindunya YA ALLAH.

Hanya engkau yang maha mengetahui.
Apa yang terbaik untuk setiap hamba hamba Mu.

Ya Allah, 
May you grant my parents your Jannah , 
Ya Allah..
May you place them with those who are righteous and pious…

Please be soft and gentle with them Ya Allah…

Please forgive them and please be kind towards them…
Amin Amin Ya Rabbal Alamin

Al-fatihah~your loving daughter…. 😢😢😢

#alfatihah #lillahitaala #beautifulmemories #bidadariku #anugerahterindah #553 #1212 #090809 #061014 #myparents #mybelovedfather #mybelovedmother



No love is greater than MOM's love.
No care is greater than DAD's care




  ♥ King and Queen Story ♥
  Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog

Designed by UMIESUEstudio 2014 : ELVINA ELZANDRA