31 January 2015

♥ Attention!!! Pada yang planning nak bercuti ke Langkawi ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

Hi you all.. 

kalo ade sesape ade plan nk pegi langkawi raya cina ni dgn adik beradik  or family, xde homestay n keta sewa lg boleh tanya saya. 

Tarikh : 19-21 Feb 2015 (3D2N)
Homestay : 1 rumah 2 bilik. (Homestay Rabiatul)
pengangkutan: kereta sewa (Innova Auto) utk 2hari/48 jam. akan amik di jeti. boleh muat 7-8 org.
Harga: Homestay (rm400) + kereta (rm500) = rm900. all in. 

*xtipu ni.. saya yg deal sendiri. cuma last minute cancel. coz ade yg xavailable. xcukup transport nk pegi sana. terpaksa cancel. sayang nk cancel sbb mmg susah nk cari homestay time cuti raya cina ni dgn harga yg reasonable mcm ni. kalo xde yg nak, baru saya cancel. xde masalah pun sbnrnyer nk cancel. cuma nk memudahkan org shj.

Berminat boleh terus contact saya ye.
013.459.4769 Afrina
Dah siap listdown kan tau. Tempat2 best kat sana

♥ King and Queen Story ♥ 

  Photobucket

29 January 2015

♥ Sayur Campur untuk diet Atkins ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum

Diet ke??? Hahaha


Bahan-bahannya ialah
- tao miaw @ tiauw miauw  @ snow pea sprouts
- kacang peas
- cendawan
- carrot
- jagung muda @ putren
- sawi jepun
- tauhu jepun
- daun saderi
- kacang buncis
- daun sup sikit
- cili merah sikit sebagai penyeri

bahan pemanis
- ayam
- udang

bahan tumis
- olive oil
- bawang merah
- bawang putih
- garam

 tumis semua bahan tumis..kendian masukkan bahan pemanis pehtu sayur-sayur yang keras @ lambat masak dulu...pehtu barulah masuk sayur2 yang berasaskan daun yang cepat layu tu...
 ♥ King and Queen Story ♥ 
  Photobucket

28 January 2015

♥ Siakap Steam Bunga Kantan ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum

Bahan bahannya ialah

1) Siakap
2) Bunga Kantan sukatan ikut tekak memasing lagi banyak lagi sedap boleh buat sayur
3) Serai 2batang
4) Halia
5) Daun Ketumbar
6) Bawang Merah 2 ulas
7) Bawang Putih 3ulas
8) Cili merah dipotong nipis nak pedas skit letak la cili padi
9) Carrot
10) Lemon
11) Garam
12) Olive Oil @ Sesame Oil
13) Sedikit lada hitam

Additional ikut kekreatifan memasing uolls
1) cendawan
2) daun saleri
3)  tomato

Cara caranya ialah 
* dah siap potong semua bahan yang patut dipotong mengikut saiz, campak je semua bahan bahan tu bersama ikan ke dalam satu bekas untuk dikukus

Okai itu je antara resepi memasak paling mudah dan simple.
Selamat mencuba uolls
Bye

 ♥ King and Queen Story ♥ 
  Photobucket

27 January 2015

♥ Angry Bird Park at Komtar JBCC ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

Plan asal hari sabtu lepas sebenarnye nak ke R&F Tanjung Puteri.
Saja jalan jalan sementara duduk kat jb ni.
In shaa Allah 
Kalau jadi suami ajak balik KL.
Bila suami cakap nak ajak dok kl balik je. Terus spontan mulut saya ucap.
Alhamdulillah!!!
(Doa doa kan la semoga termakbul.
Boleh pi IKEA hari hari.
hahaha xde kena mengena pon.)

Hati melompat lompat tanda keriangan.
Giler tak melompat kan di situ tempat jatuh bangun saya masa mula mula belajar hidup di perantauan. Hahaha perantauan la sangat uolls. Lagi satu baru fair n lovely sebab kg saya dgn kg en hubby da jadi tengah2.

Okaii tu je, sambung cite balik

Dalam pukul 3 macam tu siap siapkan anak anak, mandikan pakaikan baju depa n siap make up kan. Pastu terus singgah umah baby sitter ajak dia orang skali. Elok da sampai dekat R&F da x boleh masuk pula.
Sedih je diorang suruh u-turn balik. Tak tau pasai apa diorg xbagi masuk tgk macam ada keramaian je.
Ok la sementara u-turn tu otak ligat fikir nak pi mana plak ni. Dah la ajak diorg xkan nak patah balik pulak. Memang rasa bersalah nanti kalau saya terus balik ni.
Ok terlintas di fikiran memandangkan aritu kejap je pi jbcc xdan pusing2, so saya ajak la diorg ke sana. Kebetulan memasing tak pernah pergi lagi. Maka bermula sesi bergonjeng kami ber5.
Hahaha

Haru biru dibuatnya masuk dalam bangunan ni. Dah 2nd time masuk pon masih boleh sesat, lagi la yg 1st time masuk 100% pasti akan sesat sebab xjumpa kat mana angry bird.

Berpusing pusing jg la kami kat dalam tu dari parking tingkat 5. Peninggg malas cite.



 Pic elvina la paling banyak. Posing sakan dia

Alololo comelnye dia dalam gmbr ni

 Macam shooting untuk magazine da gayanya. Hahaha


Peace yo

Memang sengaja je letak diorg kat situ. Kengkonon ala ala bollywood boleh guling guling kat rumput pelesu tu. Saja xnak manja kan. Biar badan tu tahan lasak skit macam ummi dia. Luaran bandar jiwa kampung uollss,  makan sambal belacan cencaluk budu petai jering jenuak segala yg seangkatan dgn nya. Eh eh eh kelaut dah ni.
Aduhhh ruginya lunch tadi xamik petai gaul ikan bilis, sehingga ke saat ini masih terbayang. Ngences sudah.
Hahaha

Suka gila gambar ni dengan yang kat atas. Ini memang real candid tau tak.

Haha si kecik kemain serius mukanya. Penat ja ummi suh enyum enyum

Exceli memang xde dalam anganan pon nak masuk tempat ni. Ni pon kebetulan lalu je. Kengkonon nak acah acah survey ticket masuk je. Sekali kauuuu terpandang,  telan ayaq liur. Bagi saya rasa rugi masuk waktu usia anak anak sekarang sebab diorang kecik sgt lagi. Belum berapa reti lagi nak main, kot ye pon satu hari nanti depa besaq request nak masuk jg...maybe la maybe la bagi chance masuk skali..tapi ummi tak janji tau...kena tengok kemuliaan hati ayah uolls dulu, sebab
 ayah yang kena beli tiket k. Hahaha.

Nasib kami posing sakan diorg x change pulak. Sebab ade je org masuk posing2 amik gambar then blah.

Tiket dia uollls boleh je beli online

My Kad / My Kid Holders (single entry) RM60
My Kad / My Kid (family pass for 4 persons) RM 218

Rege boleh refer link bawah ni k

Ticket Online

Ok sampai sini dulu ye. Esok sambung lagi kesinambungan dari cite sightseeing di hujung minggu ni.
Bye
Xoxo

 ♥ King and Queen Story ♥ 
  Photobucket

26 January 2015

♥ Bubur nasi pertama elzandra ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum



Resepi pertama 

Beras+sawi+ayam

Cara caranya:

1) beras tu di cuci terlebih dahulu sebelum dikeringkan.
2) bila da betul2 kering barulah kita blend kan beras tu dengan menggunakan blender kering ye sampai betul betul hancur.
3) potong sayur sawi dan ayam saiz sedang sedang supaya senang nak blend nanti
4) kemudian masukkan beras yang da di blend bersama sawi+ayam ke dalam blender besar, blend sehingga hancur.
5) kemudian  masak di atas dapur semua bahan bahan yang da di blender kan tadi tu.
6) jangan lupa letak sedikit minyak zaiton dan biarkan dia betul betul masak sehingga rasa sawi dan ayamnye sebati dengan bubur tu. Dia akan ada rasa lemak lemak bila betul betul masak.

* korang boleh tukar apa2 sayur yang korang suka. Ayam tu jg boleh tukar pada ikan. Tgk sama ada baby kita ada elergic ke tak. Macam elzandra kulit jadi gatal2 bila saya bagi ikan. Maybe kena tgk ikan jg kot.

 ♥ King and Queen Story ♥ 
  Photobucket

24 January 2015

♥ Sandwich Bar at Taman Melodies ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

Semalam after work terus ke sini.
Mulanya macam malas je nak joint officemate.
Tapi fikior balik bila lagi kan nak jalan jalan cari makan tempat yang best and awesome sangat tu.

Sebenarnya tak tahu ade kedai yang ala ala retro kat jb. Officemate juga yg bg tau. Diaorang 3 orang tu memamg pakar cari tempat makan best. Sebab nanti boleh la selfie termasuk la i ni memang hantu selfie bila jumpa yang sebulu memang berbulu bulu la jadinya. Hahaha

Paling penting menu dia memang ada umpp!!! Sesuai dengan harga tak mahal sangat dan kuantiti yang banyak memang kenyang tak dan nak cuit rasa yang kawan punya.



Thanks pada staff kat situ yang amek order siap tawarkan diri nak tolong amekkan pic kitaorg bebanyak. 
Sementara menu memasing siap, staff tu ajak bergambor. Siap bagi idea lagi suruh amek kat sana, suruh amek kat sini.


3 org tu gegadis lagi. I je mak gadis uollss
Memasing sporting









Ni ha menu kami. Tapi lupa apa nama menu yang lain. I punya roti yang ada garis garis hitam kat atas roti tu ' classic sandwich egg & beef RM10.

Kalau tengok dari luar memang tak sangkakan ada kedai makan best n cantik kat dalam. Nampak dari luar old school habis mcm tak percaya eh betul ke ini kedai nyee. Hahaha


SANDWICH BAR
NO 8 JALAN BEDARA 
TAMAN MELODIES
JOHOR BAHRU 
(berdekatan dengan holiday plaza)

Jangan risau pakai google map pasti jumpa kedai ni.





 ♥ King and Queen Story ♥ 
  Photobucket

21 January 2015

♥ Group Khatam Al Quran ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

Ilmu itu bukan yang di hafal, tetapi yang memberi manfaat~imam as syafie

Menuntut ilmu adalah taqwa, menyampaikan ilmu adalah ibadah, mengulang ulang ilmu adalah zikir, mencari ilmu adalah jihad~al ghazali

Kadang kadang Allah hantar orang yang baik dekat kita, sebab kita tak cukup baik.
Dan kadang kadang Allah tarik balik mereka semua, sebab Allah nak tengok kita jadi baik sebab Allah atau sebab manusia

Barang siapa yang menempuh satu jalan untuk mendalami ilmu , 
Maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan ke syurga~riwayatmuslim

Dalam zaman yang serba berteknologi ini, marilah kita sama sama memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan

Ilmu yang bermanfaat adalah investasi dunia dan akhirat.
In shaa Allah


Sedikit perkongsian untuk semua.

Example : Pengguna Laman Sosial Whatapps

Create satu Group Khatam Al-Quran untuk bantu orang orang yang kita sayang yang telah tiada untuk sedekahkan mereka senaskah Alquran.
In shaa Allah segala pahala yang kita baca akan sampai pada mereka.

Caranya:

1) Setiap orang hendaklah install terlebih dahulu software Alquran yang sama ye, supaya senang nak refer muka surat yang mana yang uolss perlu baca untuk setiap juzuk

2) Tetapkan 1juzuk tu bila boleh abis baca, macam group yang saya create 2juzuk 1week (2J1W). Terpulang pada group masing2 nak 1juzuk 1day pon boleh..yang penting istiqamah

3) Tetapkan tarikh dan masa bila perlu abis supaya senang untuk teruskan juzuk yg seterusnya contoh 19/01/15~26/01/15 | Isnin~Isnin | 6 pagi~11malam

4) Buat target contoh Menuju Khatam Kali = 1

5) Senaraikan semua nama beserta muka surat yang perlu dibaca,agih agihkan. Admin kena main peranan penting dan perlu update setiap muka surat yg uolls perlu baca. Lagi ramai yang baca lagi cepatlah la kita abiskan khatam alquran tu. Ajak semua adik adik termasuk ipar duai kalau yang dah berkahwin

6) Senaraikan semua nama nama arwah untuk disedekahkan pahala bacaan kita tu.

Insan teristimewa

Ismail bin Abdullah (ayahanda)
Nelwati binti Bakar (ibunda)
Bakar bin Unus (mother side)
Ajisah binti Manan (mother side)
Nenek n Atok (father side)
Haji Kamali bin Suradi ( FIL)
Hajah Sapiah binti Asnan (MIL side)
Hajah Kamsinah bt Haji Yasin (FIL side)
Haji Suradi bin Abd Sama (FIL side)
Haji Ahmad (SIL side)
Hajah Umi Kalsom (SIL side)
Haji Md Saad (SIL side)

7) Lastly

Selepas selesai baca doa di bawah

 صدق الله
 ﺑﺴﻢ ﺍلله الرحمن الرحيم

ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺍﺭﺣﻤﻨﺎ ﺑﺎﻟﻘﺮءاﻥ ﻭﺍﺟﻌﻠﻪ ﻟﻨﺎ اماما ونورا ﻭﻫﺪﻯ ﻭﺭﺣﻤvﺔ, ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺫﻛﺮﻧﺎ ﻣﻨﻪ ﻣﺎﻧﺴﻴﻨﺎ ﻭﻋﻠﻤﻨﺎ ﻣﻨﻪ ﻣﺎﺟﻬﻠﻨﺎ, ﻭﺍﺭﺯﻗﻨﺎ ﺗﻠﺎﻭﺗﻪ ﺍﻧﺎء ﺍﻟﻴﻞ ﻭﺃﻃﺮﺍﻑ ﺍﻟﻨﻬﺎﺭ,

 ﻭﺍﺟﻌﻠﻪ ﻟﻨﺎ ﺣﺠﺔ  يارب العلمين

Ya Allah kasih sayangilah kami
Dengan sebab Al-qur'an ini
Dan jadikanlah Al-Qur'an ini
Sebagai pemimpin
Sebagai cahaya
Sebagai petunjuk
Dan sebagai rahmat bagi kami
Ya Allah ingatkanlah kami
Apa-apa yang kami lupa dalam AlQur'an
Dan ajarilah apa-apa yang kami belum mengetahui
Dan karuniakanlah kami
Selalu sempat membaca AlQur'an
Pada malam dan siang hari
Dan jadikanlah Al-Qur'an ini
Sebagai hujjah bagi kami
Ya Allah Tuhan Semesta alam.
Aamiin, ya Rabbal aalamiin.


Diharap dengan perkongsian ini, dapat memberikan manfaat pada yang membacanya.
Wallahualam 

Saya sarankan install yang ini. Sebab senang ada muka surat/juzuk/surah

Siapa yang dah baca tu akan update yg bertanda pangkah menjadi tanda right macam gambar dibawah

Paling penting kena seia sekata sehati sejiwa. Kena ada sifat tolenransi dan bekerjasama. Misalnya perempuan kan ada penyakit uzur tiap2 bulan, yg lain boleh sama sama tolong bacakan.






 ♥ King and Queen Story ♥ 
  Photobucket

04 January 2015

♥ Welcome 2015 Goodbye 2014 ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

Setiap orang mesti ade azam masing masing jg kan. Hah sama la macam saya ni ha.

Azam 2015

♡ ign menjadi muslimah yg sejati, mendekatkan diri padaNYA
♡ berjimat cermat selagi yang boleh, beli ikut keperluan dan kemampuan bukan ikut  orang @trend@nafsu ye kawan2
♡ melunaskan segala hutang piutang yang ade
♡ in shaa Allah hujung tahun ni dapat la masuk rumah baru ittew, doakan semoga dipermudahkan
♡ da ade rumah sendiri semangat skit la nak mendeco ikut kesukaan hati bagai.
♡ start saving untuk anak anak. Exceli da stat saving dari elvina lg. Tp skrg da dua anak makanya peruntukkan tu dilebihkan.
♡ kurangkan aktiviti bercuti diluar negara, hahaha hat ni tak tau la boleh ke idak azam ni. Sebab skrg tgh teringin nak pi bercuti kat oversea.
♡ igt nak bercuti kat dalam mesia dulu, memandangkan ekonomi tgh teruk belum kira gst bagai lagi kan
♡ turunkan berat badan
♡ dan lain lain ada banyak lagi azam sebenarnya

01 01 2015 berjubah kurti

 ♥ King and Queen Story ♥ 
  Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog

Designed by UMIESUEstudio 2014 : ELVINA ELZANDRA