♥ My baby Elzandra Admitted ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

For the 1st time merasa anak amitted. 
Before this tgk anak orang keluar masuk Hospital.
Nauzubillah..
Mohon anak anakku dijauhkan dari segala penyakit.

Khamis pagi tu Elzandra da stat demam. Macam biasa pagi tu pukul 7.30 keluar rumah n hanta anak2 ke babysitter before pergi kerja.
Balik dari kerja pukul 6ptg ambil anak2.

Sebelum ni ada juga dia demam tapi xde la pelik sgt mcm hari tu. Dia tak seaktif dan riang seperti selalu bila saya dtg jemput balik. Biasanya bila saya panggil nama dia atau nama manja dia terus toleh atau merangkak mengejar saya ke muka pintu, tapi hari tu tak seperti selalu.
Saya dukung dia, tgk air muka dia takde senyuman dan nampak lemah. Pegang badan dia memang panas sgt. Rasa tak sedap hati, terus minta husband hantarkan kami terus ke Hospital.

En Husband tolong drop je kami kat hospital, sbb dia ade hal yg perlu diuruskan.
Maka tinggal la kami dua beranak. Kebetulan kakaknya Elvina di kampung yoyot teman nenek kemas rumah yoyot sebab tak lama lagi kan nak raya.

Lepas register tunggu la giliran sampai dipanggil. Faham2 la kalau goverment proses agak perlahan dan kucar kacir. Lepas settle register, jumpa doktor, xray n ambil darah. Baru la dapat masuk wad. Dalam pukul 12mlm jg masa tu. Masa xray tu la doc ckp kena tahan wad. Sebab dekat lung dia ada kahak, kemungkinan doc akan masuk air and antibiotik. Bab paling sedih bila doc nak cari urat dia. Kesiannya tgk dia tahan sakit meraung raung. Tiga kali cucuk baru jumpa uratnya faham faham la baby lagi pastu kategori semangat jg badan mmg payah la nak cari urat yg comel tu.

Semalaman kami di sna. Biasa la klu anak sakit kita nk tdo pon xberapa nk lena walaupon badan ni penat sebenarnya, balik dari kerja terus pi hospital dengan xmandi nya lagi.ermmm

Keesokkan paginya tgk doc takde buat apa2 pon lagi xde pon tanda2 nk masuk air o antibiotik. Dia cuma pantau baby mcm mn dari semalam adakah lebih baik. Itu je. Tgk demamnye da kebah tggl batuk n selsema je lagi. Saya cuba minta dischange sbb tak selesa. Lagipon masuk sna anak pon bukan boleh rehat o tidor sbb bising bunyi baby lain nangis siap bersahut sahut sorang da diam sorang lagi sambung....lepas tu panas sampai berpeluh peluh my baby dan tempat yg agak sempit (katil baby mmg xselesa skit la klu nak baring susukan anak). Saya fikir dari macam ni baiklah saya bawa dia balik rumah kurang2 dia boleh tidur nyenyak skit.

Exceli husband ade tanya pada nurse situ nak tukar wad, yela laki keje goverment boleh minta tukar klas satu. Paling2 pon 1bilik kongsi 4org ok la kan. Tapi utk baby xde yg mcm tu, nurse cakap utk kanak2 je yg ade. Ermm kecewa skit kat situ.

K itu je dah lama xbebel panjang mcm ni.

Pada yg berkemampuan saya lebih sarankan pergi ke Private Hospital je, klu ada insurans lagi bagus xde la rasa beban sgt sbb insurans cover semua dari admit sampai la dischange siap ubat ubatan. Hari tu ada survey2 pasal insurans utk anak2 ni, rm110 (before gst)  tak silap paling rendah bsn prudential tapi belum ada rezeki lagi sbb hutang maknye lebih besar dari gajinya. Maka niat tu diketepikan la dahulu. In shaa Allah tahun depan clear la segala hutang piutang maknye.
Amin.

Nak bagi anak ceria maka maknye kena la pura2 ceria dulu.

Tapi xjalan lagi nangis ada la :(



Kesian tgk berpeluh peluh jadi saya tanggalkan je baju dia

 Nampak x rambut basah tido dlm keadaan berpeluh peluh

Erm.

 
 ♥ King and Queen Story ♥ 
  Photobucket

Comments

Popular posts from this blog

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Nama dalam tulisan JAWI ♥