♥ Pembayaran balik PTPTN melalui KWSP ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

Alhamdulillah settle lagi satu hutang besar dalam hidup.In shaa Allah satu satu saya cuba leraikan dan selesaikan selagi bernyawa.
Macam yang saya cakap masa awal tahun hari tu. Salah satu azam tahun 2015 ni nak settle segala hutang piutang yang membebankan serta senak di fikiran.
Amboiii
Kemainnn waktu belajar hari tu tak ingat doniaaa shopping kemain dengan duit ptptn tu. Hahaha.
Bila da kerja punya la liat nak membayar. Walhal kalau di ikutkan xde la besar mana klu bayar tiap tiap bulan plus minus dlm 180/month. Macam saya on off bayar nye. Kadang bayar online, kadang pergi ke kaunter, kadang bayar xcukup syarat means byr dlm rm50-100 senang cite janji bayar je. Pernah juga buat pembayaran melalui potongan gaji. Tapi separuh jalan sebab berpindah ke tempat kerja baru.
Bayar sekadar tak mo nama di senarai hitamkan takut tak leh pi oversea uols. Malu siut kalau dah kat boarding pass alih2 tak leh masuk sebab blacklist ptptn jerk.
Bergaya semua dah, last nak check in xleh masuk. Tapi pakai branded from top to toe. Tak ke tebal muka jadinya.
Choiii. Semoga dijauhkan.
Setelah ditimbang tara dan berbincang dgn suami, maka saya decide untuk bayar lumpsum melalui potongan account 2 kwsp.

Syarat syaratnya

1) pergi dahulu kaunter ptptn untuk semak baki dan pegawai PTPTN akan buat satu surat rasmi kepada KWSP untuk bayar melalui potongan kwsp

2) jangan lupa ya bawa sekali surat aku janji dgn ptptn tu masa mula mula uols mohon waktu belajar dulu. Klu dah x ada atau hilang ptptn akan reprint kan surat perjanjian tu dengan bayaran sebanyak rm90..rugikan xpasal2 je. Nasib iols jenis suka simpan. Sentimental value la kata kan. Hahaha

3) Selingan bagi sesiapa yang dah ada anak eloklah bukakan mereka akaun simpanan SSPN sebanyak rm10 utk masa depan diorg. Sebab tak silap saya masa akan dtg sape ank2 yg xde akaun SSPN tak boleh nk apply loan PTPTN. Wallahualm betulkan saya jika saya salah. Kalau yg jenis parents kaya raya xbuat pon xde hal kot.

4) Dah settle segala urusan, tggu la selama 14hari waktu bekerja untuk datang balik ke PTPTN. Datang ambil surat yang PTPTN buat untuk pembayaran melalui kwsp tu. Tunggu sampai pegawai ptptn tu CALL ye baru datang ambil surat tu. Selagi dia tak call jangan dok gatai nak datang.

5) Dah dapat surat dari PTPTN tu, uols da boleh pergi ke pejabat KWSP bawa surat tu skali  bersama 
a) 1salinan photostat aku janji & 
b) 1salinan photostat diploma atau ijazah anda.
Jangan lupa bawa bersama yg ORIGINAL untuk kedua dua salinan tu sebagai bukti.

6) Borang anda akan diproses dan seminggu selepas tu anda akan dapat surat/email/msg bagitahu tentang permohonan anda berjaya. 

7) lepas tu anda da boleh la check online baki terkini akaun 2 anda dan belajar terima hakikat yg account 2 kwsp anda da berkurang. Sob...sob...sob

8) Bermimpilah anda siapa tahu account 2 tu boleh beranak pinak dan lebih byk nilainya dari sebelum dikeluarkan.

Take note!!!
Anda juga boleh buat pilihan berapa jumlah yg ingin anda keluarkan. Contoh hutang ptptn 15k, tapi nak byr 5k je dulu melalui potongan kwsp pon boleh ye. No Offence!!!

Lagi satu, urusan dengan PTPTN juga boleh di buat di bangunan UTC ye untuk yg bekerja macam saya yang xde masa nk pergi di siang hari. UTC tutup pukul 10malam.

Sekian

 ♥ King and Queen Story ♥ 
  Photobucket

Comments

Syahida Ali said…
Salam..tq for info..syida pun nak langsai hutang ptptn ni gak..n nk try guna kwsp..harap2 dpt la kurangkan..hehe
Afri Ismail said…
In shaa Allah. Semoga dipermudahkan
Syazwani Mazlan said…
sgt2 membantu..tq :)
Unknown said…
Salam. nk tmpang tnye klu baki ptptn 7k lbih tp kwsp ade 5k je. blh ke pkai 5kntu hbs kn n tmbh Asben nye kwsp? sb dh xkje xde la akaun 2 tu btmbah lg rse nye. cmne ye. n blh ke Asben pnye kwsp? haha
Afri Ismail said…
Terima kasih (:
Afri Ismail said…
Boleh rase saya. Mungkin blh tya lebih lanjut pada kwsp. Klu nk bayar ptptn pakai kwsp husband. Rasa susah nk jawap soklan tu. Hahaha. Klu boleh saya pon nk juga. Hihi
Unknown said…
Dah submit seminggu ,tiap tiap hari call pun belum ada news lagi...
Unknown said…
Dah submit seminggu ,tiap tiap hari call pun belum ada news lagi...
Afri Ismail said…
Amboiii...semangatnya u...hari hari cal...hope everything going smooth
zatieliciouse said…
baru je bercadang nak melaksanakan niat murni ni..
Afri Ismail said…
Good luck...semoga dipermudahkan urusan anda!
Unknown said…
Hello, Bila cik dapat sms selepas pemohonan?
Unknown said…
Bila cik dapat sms daripada kwsp selepas pemohonan?
Afri Ismail said…
tak sampai seminggu selepas apply
Unknown said…
Bagi yang nak bayar hutang ptptn ..tapi x habis bljr..sekerat jalan je..dapat ke bayar melalui kwsp..diharapa mendapat maklum balas dari yang berpengalaman
Unknown said…
Nak keluar duit KWSP boleh buat kat utc x??
Unknown said…
Nak keluar duit KWSP boleh buat kat UTC tak??

Popular posts from this blog

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Nama dalam tulisan JAWI ♥