♥ Resepi Soto Nasi bersama Begedil Udang ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum


Sesuai dijadikan juadah berbuka puasa juga siap buat sahur lagi. Kihkih

1st time buat begedil udang. Thanks kak ema utk idea yg bernas. Hihi

Bahan bahan untuk sup ayam

Tumis dahulu semua bahan bahan seperti di bawah sehingga naik bau

bawang merah (yang diblend)
bawang putih (yang dihiris nipis)
bawang merah (yang dipotong nipis)
tomato 1biji
kayu manis
bunga lawang
buah pala
1 ketul kiub ayam
rempah sup cap adabi

kemudian masukkan

air
carrot
ayam (ikut la nk buat byk mn) sehingga masak

Bahan bahan untuk begedil udang

kentang ( potong macam wedges ) kemudian di goreng. Saya memilih untuk menggoreng sbb tak perlu nak tos bagai, jadi dah jimat masa kat situ kan. Elok keluar dari kuali dah boleh terus lenyek pakai buntut cawan ye. Tapi make sure cawan tu bersih k.

Kemudian masukkan semua bahan seperti dibawah, gaul sehingga sekata bersama kentang yg da dilenyek tadi

daun bawang (dipotong halus)
bawang goreng
udang kering (versi gemok ye bukan yang kurus kering tu)
garam
serbuk lada sulah (tapi saya letak serbuk lada hitam)
garam

Lepas tu bentukkan bulat bulat

Kemudian pecahkan telur ayam sebiji, celupkan begedil yg da dibentuk tadi ke dalam telur dan terus goreng. Pakai garpu ye masa nk amik bergedil yg da celup telur tadi, supaya lebihan telur tak terikut sekali.



Bahan bahan untuk sambal kicap

cili api
bawang putih
kicap manis

blend ke semuanya

Bahan bahan lain

nasi impit rebus siap siap ye (cap adabi yg ade 30paket kecik tu)
tetiba teringat kat arwah ibu, klu arwah dulu nasi impit ni pon buat sendiri.
toge sebagai sayur. Xnk letak pon xpe

notakaki: siapa kata suri rumah yang bekerja xsempat nk masak untuk berbuka. Boleh je sebenarnya asalkan kena gaya dan pandai set time kan lebih jimat dan lebih sedap dan lebih banyak berbanding kat luar.  Setakat semalam masih berjaya tidak membeli juadah berbuka puasa diluar. Mmg niat dihati xmo beli juadah buka puasa untuk tahun ni. Semoga istiqomah. Husband iols ada juga beli tapi kuih je la dlm singgit dua buat pemanis mulut.



 ♥ King and Queen Story ♥
Thank you for reading this entry !  
  Photobucket

Comments

Popular posts from this blog

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Nama dalam tulisan JAWI ♥