14 November 2015

♥ Terpilih untuk menghadiri temuduga tertutup ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

Pertama kali menghadiri interview goverment untuk jawatan Penolong Pegawai Senibina di MBJB hari selasa bersamaan 27/10/2015. Calon seramai 37 tapi 7 org tak hadir tinggal 30org calon.

Kalau ikut kiraan saya ada lebih 10thn kot dah tak hadiri mana2 temuduga kerajaan. Mohon tu ada la 2 3 kali pastu malas da nak mohon sebab tak pernah dipanggil untuk interview.
Kali ni ada pulak rezeki temuduga terperanjat juga sebenarnya. Siap boleh tanya balik dekat puan yg call tu. Biasa temuduga tanya apa ye. Hahaha. Bila igt balik rasa kelakar plak. Nasib puan tu melayan siap suh baca pasal MBJB senang kata buka je website dia.

Terima panggilan tu pada hari jumaat sebelum tu. Jadi saya ada 4hari je utk ulangkaji serba sedikit apa yg patut. Banyak juga la input yang saya dapat dan hafal. Sampai isu semasa johor pon saya tau. Kebetulan sabtu  minggu tu ada perlawanan akhir piala AFC JDT vs ISTIKLOL. Siap hafal tau dia org final kat mn n stadium mn. Cerita balik kat budak2 opis dia org pon gelak tau. Dasyat kau aku yg laki ni pon xtau stadium n negara mn dia org akan bertanding.
Hahaha.
Paling best n sadis satu pon tak di tanya. Baik dari latar belakang Sultan Johor termasuk kerabat2 n anak beranak tunku. Akta2 Arkitek. Organisasi MPJB sekoq pon x keluar soklan tu. Banyak lg la yg saya study tp.....Rasa kecewa jg la. Penat tau study pasal semua benda2 tu. Igt senang ke nak hafal semua2 tu dgn umo yg da lanjut ni.

Giliran saya lepas lunch tengah hari. Memang da lemau la calon memasing. Memandangkan giliran ikut abjad nama jd kami yang pompuan2 semua lps lunch.

Apa yg ahli panel tanya.
1) ceritakan latar belakang anda
2) apa visi MPJB
3)  pastu dia bg satu key plan dia suruh kira meter square kawasan satu bilik yg ada dlm tu.
4) pastu dia suh terangkan apa yang anda faham tentang green building.
5) pastu soklan saiko kenapa nak kerja kerajaan sedangkan gaji awk besar dari jawatan yg awk mohon.
5) suami awk kan dah keje goverment kenapa awk nk keje goverment jg.

Rasa tak sampai 15minit sy dah kuar mcm tu jg la calon gegurl yg lain ada yg xsampai 10minit da siap. Kejap giler nmpk sgt beza nya sesi pagi n petang. Klu pagi tadi yg lelaki semua hampir setengah jam ditemuduga.
Kami yg gegurl semua redho je la. Mungkin dia org dah jumpa calon. Kami yg petang ni sebagai cukupkan korum n syarat je kot.

Wassap husband cakap da siap. Hahaha.
Dia pon pelik aik kejapnye kata setengah jam sorang. Saya selamber je jawap. Ade rezeki ada la. Husband wasap lagi. Macam kecewa ja bunyi nya.

Hahaha.



Bilik menunggu



Notakaki: feeling2 jadi pemaisuri plak sbb pemaisuri sultan johor pon anak sultan perak tau. Macam sama je iols ngan habibi iols
JB vs PERAK

♥ King and Queen Story ♥
 Thank you for reading this entry !  
  Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog

Designed by UMIESUEstudio 2014 : ELVINA ELZANDRA