26 February 2016

♥ Simptom mengandungkan Elysia ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

Trimester 1

• macam yg diceritakan dalam entry sebelum ni. Senang cite tak tahu mengandung. Dah 3bulan mengandung baru sedar.
• masa tak tahu mengandung tu saya ade pergi HSA temankan anak no 2 buat xray utk cek paru2. Sbb masa tu dia demam panas. Masa pegang anak waktu nak xray tu. Berdetik ..sbb doc ade tya awak mengandung x. Pastu sy ckp saya x mengandung. Lagipon period baru sudah. Tp saya ada tya doc...klu mengandung tapi tak tahu macam mn doc.. doc cakap sebab tu kite sediakan baju halangan (xtau org panggil apa sebenarnya baju tebal tu) utk ibu yang pegang anak masa nak xray. Klu xpakai baju tu kebarangkalian ank dlm kandungan tu akn ade komplikasi.
Tapi dalam hati berdetik...naluri seorang ibu..cuma menidakkan sebab xde bukti kukuh..lagipon period still dtg every month.
•morning sickness cuma 2weeks yang saya bleeding teruk tu je.
Selepas tu Alhamdulillah.Lancar seperti biasa dan boleh bekerja tak macam anak sulong dgn no 2...tau ja pregnant terus morning sickness yg terok pastu xtahan asal makan ja muntah..terus benti keje
•baby Elysia nak suh ummi keje baru boleh bayar hutang.
• selera makan biasa2 je.

Trismester 2 & 3

•selera makan makin menjadi jadi. Bila dah makan banyak tak ingat dunia...mula la lepas tu mengah n sesak semacam...hahaha...klu da duduk kat kerusi tempat kerja tu mmg susah n jarang la nampak saya bangun balik...paling2 pon sebab da xtahan sangat sama ada nak shishi atau poo poo...solat tu wajibla kan...kadang tu sanggup tahan sampai waktu solat masuk baru settle segala benda yg nak dibuang tu sekali jalan...hahaha...nampak x punya malas naik turun naik tangga.
• hb masa ni kejap naik kejap turun masa ni.
• tak boleh makan ubat yang klinik 4serangkai tu..bau je da rasa nak muntah.
• makan supplement lain beli kat farmasi neurogain, obimin..last skali lagi 2minggu nak beranak terpaksa amik iberet folic...sebab darah makin menurun...makan ubat tu dalam seminggu darah da naik normal.
• suka minum ais pagi2 sebelum mula kerja....boleh kata hari hari beli teh ais, milo ais, kopi ais, sirap bandung... holick pon nak holick ais masa tu.
•berat naik mencanak canak pernah naik dlm  5kg sebulan.
• minum air gula sekali je..klu dulu 2 kali jg.
• berat last sebelum beranak 79kg kecik sikit masa elzandra 80.5kg! Berat plg berjaya
• xmakan ikan keli...lebih suka nasi kukus ayam berempah...dapat mkn hari2 pon xkesah.
• suka minum susu, makan buah delima, pati buah delima,kismis n madu
•kurma memang xsuka makan sejak dari ngandung anak 1st lg.
• masa ni memang banyak sangat makan daging..yela org kata klu nak anak lelaki...makanla daging kita ikhtiar je..tapi tu semua kerja Allah.. siapa la kita nak pilih2...dia dah bagi yang terbaik untuk setiap hambanya..Alhamdulillah syukur sangat ada 3kuntum bunga yang sedang mekar...masa ni pon ramai yang cakap boy...sebab....satu...perut n bontot tak sebesarnya macam ngandung sebelum ni..dua.. dorang cakap asik nak melaram je...hahaha..tiga..yela blum ade anak lelaki lg mesti la semua cakap ini kali boy...lagipon ini peluang terakhir kan.
• anak last ni la merasa cuti gaji jalan...Alhamdulillah...
• merasa makan luban @ kemenyan arab

Salah satu kelebihan luban ni ialah...

Khasiat Luban/Kemenyan Arab

Imam Ali Ridha (sa) berkata:“Berilah makanan dari luban kepada isterimu yang sedang hamil. Jika bayi didalam perut isterimu itu laki-laki ia akan menjadi orang yang alim lagi pemberani. Jika ia perempuan ia akan bagus fisiknya dan besar pinggulnya sehingga kelak menjadi bahagian yang baik bagi suaminya”.- Muhammad Bin Ya’qub (Al-Wasail 15:136, hadis ke 2)Imam Ali bin Musa Ridha a.s. berkata,Artinya: Berikanlah luban kepada isteri kalian yang sedang mengandung. Jika bayi yang dikandungnya itu laki-laki, maka anak tersebut akan menjadi anak yang cerdas, pandai, dan pemberani. Dan jika bayi yang kandungnya itu perempuan, maka anak itu akan menjadi cantik paras dan budi pekertinya, serta akan dihormati oleh suaminya.
IN SHAA ALLAH.


Banyak lagi kelebihan makan luban.. nanti kamu semua search la ye...

My last edition (the unexpected one)

 ♥ King and Queen Story ♥
Thank you for reading this entry !  
  Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog

Designed by UMIESUEstudio 2014 : ELVINA ELZANDRA