20 April 2016

♥ Dugaan pertengahan 2016 ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

Elok lepas pantang 60hari...
Hari ke 4 start kerja benda ni berlaku..
Kebetulan 4.4.16.
Kalau masyarakat china...memang pantang no 4 ni...maksud 4 tu pada dia orang mati...

Kejadian berlaku masa lepas balik kerja...
Kereta da parking macam biasa dalam pagar tapi enggine kereta saya tak matikan seperti hari2 yang selalu saya buat...rumah kami tempat parking kereta membukit skit...apa yang saya buat hari tu...kebetulan suami ade kat rumah..dengan enggine kereta belum dimatikan...saya keluarkan anak anak dulu...lepas tu saya keluarkan beg baju dan bakul susu mereka...kemudian saya keluarkan pula carseat anak yang baby tu...last sekali saya ambil beg tangan disebelah driver dan baru matikan enggine...tak macam selalu saya buat...kali ni saya matikan enggine dalam keadaan berdiri diluar...

Elok saya mati kan enggine kereta...tiba2 kereta mengundur ke belakang dengan sendiri...masa tu saya da cemas da...cuba untuk tahan kereta dengan berdiri sambil berjalan mengundur kebelakang...lepas tu mata melilau cari apa yang tak kena..lihat gear memang didalam P...lihat handbrake...
Allahuakbar...
saya lupa tarik handbrake...dalam keadaan kereta mengundur dan saya pula berjalan mengundur kebelakang dengan pintu driver terbuka memang pasrah da...saya tak daya nak selamatkan kereta supaya berhenti..rasa berat yang amat untuk tahan kereta...hampir terjatuh...dan kereta terus mengundur melanggar pagar jiran depan rumah...

Dangggg!!!

Alhamdulillah...masa kejadian tu...tak ada kenderaan lalu lalang atau budak budak sedang bermain...
Dan Alhamdulillah juga kereta jiran (Indian) dekat dalam pagar tak kena...Kalau tak, tak tahu la berapa kos kerugian yang perlu saya ganti...

Kos kerugian yang perlu ditanggung

1) Pagar (ganti baru 1set) RM 1200...saya tak beli baru...sebab sebelah je yang rosak...lagipon ada contractor yang pandai repair and welding balik...

2) Pagar (repair tak termasuk cat) RM 300

3) Morzek saiz 2kaki x 2kaki kena beli sekali 4keping sebab datang dalam set...sekeping 38x4= RM 152

4) Upah hack morzek yang pecah siap pasang RM 100

5) Cat tak survey lagi harga...standby RM100 tak tahu nak cat semua sekali atau tempat yang kena welding je ke...

6) Pintu kereta sendiri RM 380 beli dekat halfcut (tak termasuk upah pasang sebab suami yang tolong tukarkan...mujur dia pandai)

Total cost cecah juga 1k +++
Dushhhh ketuk dahi sendiri lagi...


Muhasabah diri balik...suami masa ni dalam rumah tengah tidur...dia sedar sedar benda da settle jadi macam gambar kat atas tu...masa kejadian tu saya sempat jerit minta dia tolong...dia bangun bangun je tepuk dahi...nasib dia memang jenis tak bebel bebel macam saya...kejadian berlaku waktu maghrib...dapat pula jiran yang fussy serabut alam benda belum siap dah kecoh itu ini...contractor tu tahu la kerja dia...errr sabar je la...kalau saya jenis tak sabar mau makan penampar ni...

Apa yang saya hairan sampai sekarang ni...bukan ke kalau gear dalam P dan kereta park atas bukit tak akan mengundur ke belakang even kita lupa tarik handbrake...ntah..confius saya...

Lillah cakap...selama pakai lesen dari umur 17tahun ni sampai la sekarang umur 32tahun ni...ini lah kali pertama eksiden sendiri yang langgar...sebelum ni 2kali orang yang langgar...
Satu masa parking dekat Giant Kelana Jaya...satu lagi tak ingat orang langgar kat mana...
Ok itu je.
Selamat malam.


 ♥ King and Queen Story ♥
Thank you for reading this entry !  
  Photobucket

15 April 2016

♥ Tips puting susu anak lebih tahan lama ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

Amboi..
Asyik bagi tips ja sejak beranak 3 ni...
Kali ni nak bagi tips macam mana puting botol susu tak berkulat@atau melekat sisa susu@puting koyak


Saya kongsi sebab ada kawan yang tanya...

Cara saya mudah je...

 1) hari hari lepas anak habis minum susu...botol susu tu akan saya rendam dengan air panas yang baru masak, kalau tak sempat cukup sekadar rendamkan dalam air dulu.

2) biasanya 2 atau 3 kali dalam seminggu saya akan rendam semua botol susu termasuk putingnya dengan air panas bersama garam. Ataupon kalau malas sangat...seminggu sekali pon ok...

3) biasakan diri jangan malas...lepas anak habis minum cepat cepat ambil dan rendam terus dalam air...jangan biar botol tu kering sampai berbau masam...bila anak minta lagi baru nak cuci...perangai macam tu akan buat puting botol cepat berkulat dan tak tahan lama...

4) pelbagaikan atau perbanyakkan botol susu...boleh selang seli pakai maka puting susu akan lambat rosak sebelum 6 bulan, dengan cara ini juga boleh biasakan anak dengan pelbagai jenis jenama botol. Jadi anak tak de la stick pada satu satu jenama botol je...pengsan kalau nak beli bila tak de sales nanti...at least dengan pelbagaikan jenama...boleh la grab dulu mana yang tengah ada offer kan...

Ini cara saya...mungkin anda ada tips lain...boleh la share...tak salah berkongsi tips kan... macam saya bila anak dah 6bulan ke atas...setiap kali bancuh susu saya akan letak nestum skali bersamaan 1:1... jadi saya memang kena kerap rendam botol susu supaya tak cepat berkulat...

Botol favorite saya tommie tippie, avent and tupperware...harga pon tak mahal sangat...





 ♥ King and Queen Story ♥
Thank you for reading this entry !  
  Photobucket

13 April 2016

♥Pengorbanan Seorang Isteri♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

Menyentuh hati....

Untukmu Wahai Nisa...

Demi cinta pada suami, pada zuriat, pada Ilahi..
Wanita....Engkau sanggup menanggung...

• Alahan 4-6bulan...pening, mual, hilang selera...
• 7-9bulan nikmat tidurmu ditarik, hilang nikmat tidur..
• Sakit2 badan..kerja hakiki, kerja rumah..tetap kena buat...
• Cukup bulan, semuanya serba tak kena, 
• Tuhan saja yang tahu, gelisah..mengeluh tiada guna kerna tiada yang benar2 mengerti..

SAAT GETIR

• Contractions demi contraction berlaku 
• Tegangnya semua tulang, urat..
• Subhanallah saat paling perit dalam hidup...
• 3jam, 5jam malah berbelas jam..contraction..

Proses meneran mengeluarkan manusia dari tubuh...
Allah..nyawa dihujung tanduk..segala kudrat dikerah...
Digunting..boleh bayangkan tak...

Alhamdulillah..selamat melahirkan setelah bertarung nyawa..

Sekali lagi terasa sakit...untuk keluarkan uri...
.
• Disambung pula dengan proses menjahit..
• Perut ditekan2, diselup dengan keadaan luka baru..untuk keluarkan segala baki dan darah kotor...hanya redha jalan yang tinggal..
• Berminggu menanggung luka dan berbulan merawat diri...
• Berjaga malam dan menyusu...ditnggung lagi dengan bengkak susu..dan sakit batu meriyan..

Semua ini, 
Proses yang memakan masa setahun dan bertahun2...
Adakah anda sedar...

Tapi....

Wanita tak pernah serik..Tahniah wanita..
Saat aku genting dia yang paling gelisah menandingi kegelisahan suami, kerana hanya dia yang tahu perit dan sukarnya...
Dialah keramat hidup..I love u mom...
Allah itu Maha Adil, sebab tu syurga di bawah tapak kaki ibu..

Bukan senang nak luruh dosa..Tq Allah...
Takda yang mudah..nak sesuatu pasti sanggup memberi dan melalui sesuatu dulu...

Mabruk menjadi Nisa yg Sabar...

"Copy paste "

 ♥ King and Queen Story ♥
Thank you for reading this entry !  
  Photobucket

06 April 2016

♥ Bercinta sehidup semati ~ ustaz Ebit Lew ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

Saya pergi bank tadi. Jumpa seorang lelaki kerja dekat situ. Dia kata pada saya ustaz. Saya hormat dan kenal ustaz.

Saya bergaduh dengan isteri dan 3 hari saya tak balik rumah. Isteri saya tak hormat saya. Saya tak faham perangai perempuan ni ustaz. Langsung tak faham. Pening kepala saya.

Dia sibuk kerja dan urus anak-anak. 
Dia tak pedulikan saya. 
Kuat marah jer. Jerit-jerit. 
Dia asyik menolak jika ajak bersama. 
Dia macam tak suka untuk bersama. 
Dia suka minta yang bukan-bukan. 
Dia kuat merajuk 24 jam. 
Tak reti urus diri..

akhirnya dia minta bukan-bukan dan ingin bercerai bila marah..

Nak jumpa perempuan yang baik susah ustaz. Tiada macam zaman mak kita dulu-dulu. Kenapa perempuan hari ini tak macam mak kita dulu-dulu.

Saya diam...dia tanya lagi kenapa ya ustaz?

Allah sayang abang. Bila sebut wanita saya suka ingat ibu yang tercinta dan bidadari saya. Jika abang nak perkara ini selesai. Cuba fahami apa saya nak katakan ini. Kerana Allah dengarkan yer..

Sebab wanita hari ini diuji lebih besar dan berat. Suasana hari ini terlampau sibuk sama ada wanita bekerja atau suri rumah sepenuh masa. Keduanya tiada rehat. 24 jam kerja dan urus rumahtangga 24 jam tanpa rehat. Sekolah anak jauh.

Kita sebagai suami kerap tiada di rumah. Sibuk tuntuan kerja rezeki halal dan tanggungjawab luar.

Di rumah sekejap tapi macam terpisah sebab masing-masing sibuk kerja dengan hp atau gadget. 

Isteri tak sempat urus diri pun. Isteri kita pergi tandas pun lari-lari tengok anak. Kemas rumah 50x sehari. Anak sepahkan lagi. Kekangan tempat kerja. 

Tiada istilah tidur sempurna. Tidak makan dengan sempurna. Tidak berjalan dengan sempurna. Mereka cuma hidup buat suami dan anak-anak kerana Allah..

Kita tak faham mereka sebab tu mereka tidak hormat pada kita. 

Kita nak mereka layan kita. Kenapa tidak kita yang layan mereka. Cari kesukaan mereka. Kegembiraan mereka. 

Mereka salah dan berdosa. Kita ketua keluarga 2 kali salah dan berdosa jika tak bimbing mereka. Mereka ialah amanah Allah buat kita lelaki.

Mereka tidak minta lebih. Cuma suami yang mendengar dengan rasa. Bila dah suka semuanya mereka korbankan. Dah sakit hati semua jadi tak kena. Hati ni raja. Tawan disitu segalanya jadi manis. 

Maafkan saya, bila seseorang cuma sebut buruk pasangan itu maknanya kita yang tak baik. Orang baik selalu nampak dirinya salah. Itulah Islam. Bila kita rasa diri kita betul dan orang lain salah itu tandanya hati kita kena barah.

Itu hati yang bersih. Ini semua salah saya. 

Masa bila mereka nak layan atau cantikkan diri. Masa ke tandas pun tak sempat-sempat. Urus diri pun takde masa. 

Kita bantu beri mereka rehat dan waktu berjalan. Kita tolong jaga anak. Sekali sekala berdating berdua.

Kita harap mereka senyum dan sambut kita. Kita tak pernah beri kejutan hadiah dan lafazkan kata cinta pada mereka.

Kita tak bahagiakan hati mereka dengan Nur Al-Quran dan hadis Nabi saw. 

Tidak bawa ke majlis Ta'lim. 

Tidak bawa berdakwah dan belajar iman. 

Bagaimana mereka nak bahagia dan sentiasa senyum tanpa hati tenang. Jaga solat bersama. Buat Ta'lim bersama.

Jaga solat awal waktu berjemaah. Minta pertolongan Allah. Kita perlu bantuannya dalam membimbing isteri dan anak-anak.

Malam-malam ada tak sebut nama pasangan kita. Menangis doakan keampunan buat mereka. Itu cara bercinta sehidup semati

Mereka perlukan rehat dan diisi rohani dengan Islam. 

Abang tadi sebak kata bagaimana ustaz boleh sebut semua ini dengan banyak.

Kata saya sebab mak saya selalu pesan sayangi wanita dalam hidup ini. Kerana dengan itu kita disayangi di langit. Kita disayangi oleh Allah..

Abang tadi sebak dan kata betul kata ustaz. InsyaAllah saya akan berusaha menjadi lebih baik. Saya rasa nak balik sekarang dan menjadi suami yang baik.

Copy paste dari ustaz Ebit Lew



 ♥ King and Queen Story ♥ 
Thank you for reading this entry !  
  Photobucket

♥ Happy Birthday Mom 's♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum
Happy Birthday Ibu...
Kalau ibu ade lagi esok 7 April genap umur ibu 53 tahun.
Tapi masuk tahun ni adalah tahun ke 2 ketiadaan ibu (06.10.14) bersama kami.
Sekejap sangat masa berlalu...rasa macam baru semalam ibu tinggalkan kami buat selama lamanya.

Al fatihah buat bunda dan ayahanda tercinta.

Ya Allah, 
ampunilah dosa dan kesalahan mereka, 
serta berilah kasih sayang kepada mereka
Ya Allah, 
terimalah amal mereka dan jadikanlah mereka syahid di jalanMu
Ya Allah,
 terangilah kubur mereka dan luaskanlah. jadikanlah kubur mereka bahagian dari nikmat syurga. 
Dan janganlah engkau jadikan liang kubur mereka sebagai liang neraka
Ya Allah,
kuatkanlah kaum muslimin sepeninggal mereka, bangkitkanlah ruh jihad di antara kaum muslimin, dan menangkanlah Islam serta hancurkanlah kekuatan kaum kafirin…

Ameen… ameen… ameen, ya rabbal ‘alamin


 ♥ King and Queen Story ♥
Thank you for reading this entry !  
  Photobucket

01 April 2016

♥ Cara rawat anak yang Eczema ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

Mula mula...kita kena tahu dulu ciri ciri baby yang ade eczema ni...

a) kulit sensitif, baby yang kulit sensitif ni...kalau gatal dia menggaru je...mesti akan luka atau bengkak merah merah nanti...

b) baby tak boleh berpeluh...kalau berpeluh senang naik ruam ruam merah pada kulit...terutamanya leher, kepala sampai berkuping dan tempat tempat yang berlipat yang senang berpeluh...

c) baby ni pon rajin sgt...rajin menggaru...aktif sgt tangan dia...klu boleh 24jam nak menggaru je...sampai berdarah darah...sebab xtahan gatal rasanya...kadang kesian..smpi tak tau dah nak tolong mcm mn...paling paling pon anak minta tolong garukan tempat yang gatal tu...

d) makan dia pon kena jaga...tak boleh makan yang boleh buat kulit dia jadi gatal...terutamanya seafood...

Sebenarnya...
dah macam macam cara da saya dengan suami pi bawa berubat...dari pi klinik swasta...klinik kerajaan...beli plak lagi dekat farmasi atas nasihat kawan kawan...sampaila bawa berubat cara kampung...dan dah macam macam ubat da anak try...dari pil untuk makan, krim untuk sapu dan antibiotik untuk makan...pon tak jalan jg...

Sampai la kelmarin...anak ade appointment dengan doktor pakar kulit di Hospital Sultanah Aminah Johor. Doktor tu bagi ubat...
Alhamdulillah
 balik dari hospital tu terus pakai, esok tu terus nampak perubahan positif...nampak la da kering luka luka tu...

Ada 4 jenis ubat doctor bagi...

a) ELOMET CREAM...ubat ni aku buat sapu kat muka dia kalau ade ruam ruam tebal merah merah naik...pakai bila perlu

b) HYDROCORTISONE 1%...yang ni pon ubat sapu...tapi aku sapu dekat badan anak...pakai bila perlu

c) CETRIMIDE LOTION 2%...yang ni pengganti shampoo rambut...pakai satu hari sekali je

d) WINA AQUEOUS CREAM...yang ni pengganti bodywash anak...pakai 3kali sehari

Doktor suruh istiqamah pakai ubat yang dia bagi tu...ubat ubat yang lain sebelum ni dia suruh stop jangan pakai da...lama da sebenarnya nak bawa anak refer pada pakar...cuma masa tu tak mengizinkan...ni pon cari masa yang sesuai...sebab tak tahan da tengok anak macam tu...lagipon kakak  Elvina dia dulu masa baby pon ade jg...tapi xde la seteruk adiknya Elzandra...ubat ubat yang doktor bagi tu aku tak pasti ade jual dekat farmasi ke tak...mungkin ade...sebab ELOMET CREAM tu dulu pernah bagi anak pakai...memang bagus...beli dekat farmasi...



 ♥ King and Queen Story ♥
Thank you for reading this entry !  
  Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog

Designed by UMIESUEstudio 2014 : ELVINA ELZANDRA