Posts

Showing posts with the label Raya

♥ Burberry Day ♥

Image
Assalamualaikum L afaz bismillah pembuka kata, saya seperti hari hari sebelumnya, sihat dan semakin sihat dan semakin runsing rasa macam badan da nak naik balik, al maklum la raya baru berlalu pergi meninggalkan kita, dan InsyaAllah jika di izinkan oleh MAHA PENCIPTA tahun depan akan diketemukan kita lagi. Tahun  ni raya saya sekeluarga memang raya sakan juga la..eh yeke??? (ada kami tanya ke).  O f couse la sebab tahun ni kami raya paling banyak terima undangan menghadirkan diri ke rumah saudara mara, rakan rakan yang buat open house...memang melimpah ruah la tahun ni dengan rezeki makan kami, terasa dah macam dalam syurga makanan..hehe..dari mulanya ramadhan sehinggalah hujungnya syawal (2bulan kot...ish kalau makan je kerjanya boleh obesiti la macam ni). Cuma rumah kami je yang belum nak open open untuk jamu saudara mara dan rakan rakan datang makan...(alasan yang selalu diberikan, rumah kami kecil, tak da apa apa pun, kosong perabot pun kurang sbb nak luaskan ruang yang sem

♥ Raya 2012 ♥

Image
Assalamualaikum Tahun ni tahun kedua kami beraya suami isteri, dan yang paling best tahun ni kami sudah bertiga, kali ni giliran raya di kampung sebelah suami pula. Lepas habis kerja jumaat yang lepas kami terus gerak balik ke kota .  Ada la saya tolong kemas rumah sikit dan tolong apa yang patut. Raya pertama jatuh pada hari ahad, kami semua tak ke mana, pagi raya tu lepas salam raya dan bermaaf maafan kami terus sibuk menyediakan makanan untuk orang marhaban yang datang rumah ke rumah, marhaban dilakukan dua peringkat raya pertama marhaban dari pihak lelaki, raya kedua marhaban dari pihak perempuan.  Dekat johor ni memang sudah menjadi tradisi tiap tiap tahun marhaban akan di lakukan. Memang meriah la, sebab kat kampung saya tak ada semua ni. Masuk hari kedua raya, kali ni giliran pihak perempuan bermarhaban rumah ke rumah, rumah ibu mertua saya adalah rumah nombor dua yang akan di marhabankan, tapi tak sesibuk macam raya pertama, kami hidangkan kuih muih dan buah buahan je untuk p