Tips untuk bakal pengantin memilih photografer yang hebat


Apa agaknya tips untuk bakal pengantin memilih fotografer yang tepat bagi majlis bersejarah mereka? Berikut disenaraikan beberapa tips yang berguna untuk anda.



1. Sila cari beberapa fotografer untuk dilakukan perbandingan, mana yang terbaik.

2. Client perlu mengetahui citarasa gaya fotografi mereka sendiri, dan sila pilih fotografer yang menepati citarasa anda.

3. Pastikan anda mendapat fotografer yang anda kehendaki, bukannya dihantar fotografer lain ke majlis anda. Mana mungkin hasil kerja tangan setiap orang sama. Elakkan menyesal kemudian hari apabila hasil gambar tidak menepati seperti mana anda lihat di website fotografer.

4. Client boleh bersikap cerewet dalam mencari fotografer yang sesuai dengan citarasa, TETAPI elakkan cerewet semasa deal dengan fotografer yang sudah dipilih. Kebebasan berkarya perlu diberikan kerana anda sudah memilih mereka.

5. Client sila minta galeri gambar yang banyak daripada fotografer. Ini kerana lumrah untuk fotografer hanya meletakkan 2-3 keping sahaja gambar terbaik mereka, dan pastikan hasil kerja mereka sentiasa berubah dan tidak gaya foto yang sama sahaja setiap masa. Awas! gambar yang selebihnya kita tidak tahu kualitinya. Jikalau boleh, sila dapatkan galeri lebih 30 keping gambar untuk contoh 1 pasangan pengantin.

6. Sila berusaha untuk melihat album sample. Majoriti fotografer hanya menempah album yang paling murah dan paling rendah kualiti, dengan alasan untuk menjimatkan kos. Berlainan di Joelaily Photography, kami hanya menawarkan album antara paling tinggi kualiti di pasaran negara. Kami sanggup menyerap kos pengeluaran yang tinggi semata-mata untuk memberikan album yang bermutu tinggi sahaja kepada pelanggan kami.

7. Pilihlah fotografer yang sesuai, yang serasi dengan anda. Juga adalah penting untuk TIDAK terpengaruh dengan mana-mana fotografer yang suka memburukkan fotografer-fotografer lain. Sebelum termakan hasutan, adalah tidak rugi untuk anda cuba deal dan dengar consultation daripada pelbagai fotografer. Sebab itu, adalah tidak menjadi masalah untuk Joelaily Photography berunding secara bersemuka dengan client dan menunjukkan sendiri kualiti hasil kerja dan album kami.

8. Pilihlah fotografer yang friendly dan boleh berkomunikasi serta bergaul dengan family anda, terutama untuk majlis-majlis besar dan meriah.

Contoh-contohnya











@copyright by Nur Afridayati

Comments

Popular posts from this blog

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Nama dalam tulisan JAWI ♥