Assalamualaikum
Sujud syukur kepadaMU ya ALLAH.
Alhamdulillah 12.03.12 adalah tarikh yang paling bermakna dalam hidup kami. Pada hari itu lahirnya puteri sulong kami ke dunia dengan selamat nya.
Malam sebelum puteri dilahirkan (11.03.12)
> lebih krang 5ptg, saya dan suami serta bertemankan mak mertua ke hospital sultan ismail (hsi) untuk daftar masuk wad sebelum bersalin esok harinya (sebenarnya kami dari kg atok)
> selesai sahaja segala urusan pendaftaran saya terus ke WAD 4A, saya di beri sepasang baju PINK yang dipakai semua pesakit disitu..
> terus saya mandi (shower gel yang misi bagi tu adalah antibiotik)
> selesai mandi saya dipanggil oleh nurse untuk memantau jantung baby dengan alat yang di sediakan, maka di sini lah bermula segala gala
> selesai sahaja sekali lg nurse memanggil saya untuk membersihkan dibahagian bawah (nurse tu tolong men shave kan dari bawah pusat sampai la di bahagian sensitif )
> selepas shave nurse tu memasukkan paip getah ke dalam pundi kencing
> selepas tu barulah saya dapat berehat di katil saya, tapi dalam masa yang sama selang dlm 2-3 jam nurse akan datang pantau dan bagi vitamin (malam tu saya memang tak boleh tidor hati berdebar-debar)
> tepat pukul 12malam saya da stat berpuasa dari makan sebarang makanan
> lebih kurang dalam pukul 6.30 pagi nurse menyuruh saya bersiap siap mandi dan mengemas kan diri, supaya dia da nak mula masuk kan air ke dalam tubuh saya (lebih kurang 1 1/2 beg juga la air da masuk dlm badan)
> dalam pukul 8 pagi doctor datang untuk memantau semua patient yang ade di situ.
> lepas doctor tu dtg pantau, saya da mula terasa lama sangat nak tunggu giliran saya untuk masuk ke bilik pembedahan..dalam bilik saya tu ada 4katil, dari 3 katil tu da silih berganti orang kuar masuk, x jg tiba giliran saya, bila di tanya kepada nurse rupanya banyak kes emergency, klu di ikutkan jadual saya adalah orang ke-4 yang akan dibedah hari ini..
KRONOLOGI BERMULA
> lebih kurang dlm pukul 7malam..sedang asyik berbual dengan mak mertua dan suami, tiba² nama saya di panggil..ha!!! tak cuak pulak kan...xda angin xda ribut tiba² je nama saya dipetik..maka di sini la bermula
> datangla seorang hamba ALLAH dengan katil bergerak yang di tolak nya...waktu ni betapa lajunya denyutan jantung saya.di suruhnya saya berbaring di atas katil itu...setelah saya baring, saya terus di usung ke bilik pembedahan, suami dan ibu mertua mengiringi saya dari belakang. Kala itu pemandangan saya adalah cahaya dari lampu² neon di atas siling, sepanjang perjalanan tu saya selawat sebanyak yang mungkin, dan baca apa saja surah yang saya igt.
dalam hati berkata
laila ha illa anta subha naka inni kumtu minazalimin
(tak silap saya doa ini untuk mempermudahkan segala urusan saya)
> Sampai saja di bilik pembedahan, maka terpisahla saya dengan suami dan ibu mertua buat seketika, waktu tu saya sempat peluk cium suami dan ibu mertua.
> lalu katil saya beralih arah, di sambut oleh nurse yang berada di situ.
> sambil saya di bawa masuk ke dalam ruang utama di dalam bilik bedah tu, saya terdengar nurse tu turut mendoakan yang terbaik untuk saya dan baby..
> katil saya di parkingkan sementara berhampiran dengan kaunter, nurse yang bawa saya tu minta izin untuk solat maghrib.
> selang beberapa minti kemudian saya didatangkan dengan 2orang doktor lelaki, mereka soal selidik history saya.
> setelah soal selidik selesai, saya terus di bawa masuk ke bilik sebenar pembedahan yang akan di jalankan, sempat saya curi² pandang...wahhhh sungguh berteknologi bilik bedah itu...(walaupun pada masa tu saya da cukup takut yang teramat sangat)
> kemudian saya disuruh duduk dan membongkokkan badan ke depan sambil berpelukkan bantal, supaya senang kerja doktor untuk memasukkan bius dibelakang tulang badan.
> setelah di bius selang beberapa minit kemudian, saya hilang deria rasa dari bahagian perut hinggalah ke kaki.
SESI BELAH MEMBELAH
> apa yang saya rasa pada waktu itu seperti ada tangan yang main keluar masuk dan tarik menarik dari perut saya...yang langsung tak rasa sakit..
> beberapa minit kemudian...saya panjatkan kesyukuran ke atas NYA sambil berlinangan airmata gembira, terdengar suara puteri yang menangis setelah dikeluarkan dari perut.
> sempat saya terdengar dari suara nurse yang memuji puteri saya
ALHAMDULILLAH
elvina yang baru dua hari
masih boleh tersenyum kambing, waktu ni sangat panas walaupun ada aircond (malam lepas bedah je selang beberapa jam saya terus dapat baby dan terus lakukan breastfeeding..alhamdulillah )
muka masih sembab (serabai nya rambut saya)
inilah si comel ku
p/s = elvina dilahirkan secara pembedahan kerana kedudukan kepala nya di atas (songsang)
♥ Princess and Prince Story ♥
♥ Kalau anda suka boleh ♥
Comments
Kannn, sekarang da jadi pengalaman manis...tapi sampai bila bila pon tak akan dapat lupakan pengalaman tu...TQVM dear