♥ Diari bersalin Puteri Elzandra Ailani (secara normal pada awalnya) ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

Due date 18/7/14 jumaat tapi still xde tanda nk melahirkan. Xde rasa sakit, xde rasa construction. Sampai kengkawan opis ckp agaknye ko jenis yg memang xde rasa sakit kot. Jenis terus beranak je nanti. Sbb my 1st baby pon tak de rasa sakit sbb tggu due date utk operate je sbb baby breech.

19/7/14   
Sengaja pergi hsi (hospital sultan ismail) nk cek sbb da overdue 1 hari.
Doc cek xbuka jln lg. Then dia bg tarikh 28/7/14  jth pd 1syawal utk induce klu xde sakit jg. Hsi (Hospital Sultan Ismail)  klu overdue dr tarikh duedate kena dtg 9hari lps tu 28/7/14. Hsa  (hospital sultanah aminah) plak 6hari lps duedate 24/7/14 bersamaan 28 ramadhan 1435 Hijrah

Then Bincang2
  Suami tukar fikiran nk bersalin kat hsa sbb bln ramadhan bln baik.
24/7 pergi la hsa . Alhamdulillah dpt ward 1st class katil no 9. Merasa la kejap masuk wad biasa  sblm tkr wad
Kena thn wad
25/7 pukul 8.30pg doc masuk ubat supaya bk jalan (induce) . Ms nk masuk ubat tu doc cek still xbk lg.
Lps masuk ubat tu dlm 1jam xblh jalan2. ada la tanda darah n lendir kluar  lps tu.
 6.30 ptg da stat sakit 10mnt skali smpi la ke pagi esoknye.
26/7 dlm pukul 7lbh misi dtg bgtahu nnt dtg ke bilik rawatan doc nak cek jln da buka ke blum.
Dlm pkl 7.30 pg mcm tu sy dtg blk rawatan then doc pon dtg cek then bgth da buka 4cm.
Mmg dkt sini asik kena seluk je la keje doc. Bila da buka 4cm doc terus pecahkan air ketuban.
Masa dia pecahkan tu xrasa sakit pon.
Tetiba je rasa basah air mengalir. Bila bangun dari katil tu tgk banyaknya darah bercampur dgn air. Doc sempat tya awak nak mandi dulu ke before ke labour room. Sy pon selamba jwb. Ye sy nak mandi dulu. Masih selamba berjalan sampai ke bilik n terus ambil pakaian n mandi. Mula2 nurse nak suh naik wheelchair tp doc kata dia boleh jalan, bg cepat jalan buka skit. Walaupon darah memang asik keluar je lepas pecah air ketuban tu.
Lepas mandi n breakfast baru turun ke labour room dlm pkl 8.30pg masa ni mmg da pakai wheelchair dah.
Sampai ke labour room terus masuk bilik no 7. Masa ni berdebar da sgt2. Mula doc masuk ubat tahan sakit, lepas tu dia cek jalan lg. Still 4cm then dia decide masuk ubat sakit supaya jalan buka. Sampai la dlm pukul 4ptg mcm tu doc dtg cek br buka 5cm. Dari pagi masuk labour room punyala mengerang kesakitan bercampur sakit semula jadi dgn masuk ubat bagi sakit still 5cm je. Menangis dah. Perut tu rasa macam nak pecah. Nak diteran tak diberi izin lagi. Sebab jalan belum buka sepenuhnya. Darah tetiba naik la sbb takut sgt macam2 la masa ni emosi jd xtenteram dgn sakit yang amat sgt tak tahu nak gambarkan mcm mn. Last doc decide terus emergency ke bilik bedah. Terpaksa di bedah sbb da lama sgt and takut anything happen baby kat dlm perut.
Sepanjang perjalanan nak ke bilik bedah tu ya allah memang sakit teramat sangat rasa mcm sy da xlama da. Saya berserah je lepas tu semoga baby selamat.
Sampai je doc terus bius separuh badan dan mula sesi koyakkan perut saya untuk kali kedua. Lama dalam bilik bedah ni. Rupanya bila nak dischange doc bagi tahu masa di bilik bedah ada komplikasi doc tak sengaja tertoreh rahim saya 3cm n kehilangan darah sebanyak 600lb nasib xmasuk darah org lain. Sbb tertoreh tu kepala baby da mendongak  masuk di laluan jadi agak sukar nak keluarkan. Kesian baby, nasib baby sihat xde apa2. Patut saya rasa lama sgt dari beranak yang 1st. Patutla kejap2 diaorg tgk peti nyawa sy masa dlm bilik bedah tu. Lillah beranak kali ni mmg sgt mencabar dan merasa sakit beranak normal n operate. Bila teringat balik mmg rasa serik da nak beranak lagi. Doc pon da bagi nasihat sila jarakkan 3-4thn ke atas lepas ni. Peluang saya ada 1kali lagi untuk dapat anak itu pon doc kata risiko.
Ok sampai sini dulu yo. Lain kali sambung laie.

Ni la baby nye 3.7kg , kakaknye 3.71kg. Besaq2 anak ummi ni keluaq xpe org kate senang skit jaga xde la kekok sgt. Mmg kuat sgt dia ni. Da la terlebih 8hari. At last selamat semuanye. Gegurl rupanya dia. Sampai nak lahir pon banyak sangat surprise nye. Ni la penangan mulut nenek ckp xpayah scan siang2. Mmg smpi nak melahirkan macam2 surprise dia bg kat ummi n ayah dia. Alhamdulillah selamat semuanya. Harap no 3 nnt boboi la plak. MIL ckp saya ikut belah family sy sbb no 1 sy, no 2 adik pompuan sy no 3 baru adik laki sy. Doa2 mcm tu la nnt. Amboiiii pantang pon lom abis verangan nak no 3 plak. Adoiiiii sakitnyaaaa Allah je yg tahu. Mak belah suami mmg suka la bertambah cucu perempuan dia, ini yg no 3 baru dari 15org semuanya. Lain semua boy. Bayangkan la 12org boy 3org girl. Mmg yg gegurl jenis ganas2 la nnt sbb ramai sgt abunk2. Harap abunk2 dia jaga la 3org girl yg ada ni. Jangan dibuli sudah ler. Huhuhu.

Tiptop service

Selesa lena n sejuk sgt.

In shaa Allah, klu diberikan rezeki utk no 3, cheq teringin nak beranak kek private plak satu kali.Teringin oittt nak duk bilik macam Queen.

p dot s : asalnya saya boleh beranak secara normal...mmg kepala baby dah kat laluan..tp itu semua kerja Allah..mmg xde rezeki nak melahirkan secara normal. Exceli kalau ikut planning suami nak Elvina 5tahun dulu..baru tambah lagi..tp tu semua kerja Allah kita cuma merancang je..Maka dapat la baby make from Bandung masa honeymoon kat sana hari tu. Kurang kurang Elvina dah ada kawan main make up make up :)


Diari Bersalin Elvina
  ♥ King and Queen Story ♥
  Photobucket

Comments

Mshukrimat said…
Tahniah. Semoga menjadi anak yang solehah.
Afri Ismail said…
Terima kasih en sukri

Popular posts from this blog

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

Renew lesen memandu