♥ Pengalaman saya sendiri sepanjang kehamilan ♥

Assalamualaikum

Entry kali sengaja saya buat untuk mengimbau pengalaman terindah saya sepanjang berbadan dua, dan juga untuk tatapan sayang ummi nanti bila da besar, mana tau bila ummi da tak de lagi kat dunia ni sekurang kurang nya ade tempat sayang ummi untuk mengubat rindu pada ummi...itu pun kalau  zaman sayang nanti masih wujud ruangan untuk berblog...

Betullah kata ibu saya sendiri, bila kita dah jadi ibu baru kita tau ape perasaan seorang ibu@bakal ibu. Memang banyak sangat kenangan dan pengalaman sepanjang berbadan dua ni...
Alhamdullillah, saya antara orang yang bertuah mcm org ramai² yang kat luar tu, kerana rezeki saya datang lebih awal untuk ade zuriat sendiri, bunting pelamin jg la kata kan...Tanggal saya sah jadi isteri org pada 28 mei 2011, kebetulan masa tu saya uzur, mungkin lepas abis uzur tu terus jadi.
Dah 3 bulan pregnant baru saya tau, mula nya saya check sendiri je dgn pregnant test, untuk mensahihkan lagi baru saya pergi ke klinik untuk scan, then the result...

Sah awak mengandung (doctor yg ckp)
- masa ni rasa happy sangat²-
Bukannye saya tak boleh check mengandung ke x bila period da sebulan tak datang, tapi saya tak nak terburu buru @ mengharapkan sesuatu yang belum pasti, takut nanti sendiri yang terluka kerana terlalu gembira sgt...so sy biarkan dlm 3bulan baru saya pergi ke klinik untuk memastikan lagi keadaan yang sebenar..lgpun beberapa bulan sebelum saya berkahwin period saya datang memang tak menentu.

TRIMESTER 1
- mmg berlaku alahan yang sangat teruk pada saya.
- saya muntah² yang sangat teruk boleh kata tiap² hari, asal saya masukkan sesuatu ke dalam rongga mulut pasti saya akan memuntahkan balik.
- makan ape pun masa tu memang tak lalu, tapi kenangkan yang dalam perut saya telan jg walaupun lepas tu mmg akan muntahkan balik..
- jadi seorang yang sgt pemalas, terutamanya bila nak masak
- tak boleh bau ikan yang tengah di siangkan
- badan rasa lemah dan tak bermaya je.
- mood masa tu pun tak menentu
- kebetulan masa tu bulan puasa, 10 hari saya ponteng. klu saya tak kuat rasa lebih dari tu kot.
- perubahan fizikal masa ni xnampak sgt.
- jadi lebih cepat terasa@sensitif walaupun asal mmg sensitif 
-klu kat tempat kerja plak asik mengantuk je, macam 2 3 hari xtido, kadang² tu saya ngelat lepas solat saya tido kejap kat surau.

TRIMESTER 2
- perut rasa da nampak skit, tapi mmg sgt ramai yang cakap perut saya x nampak macam mengandung pun...ada yang ckp sbb sy tinggi dan badan besar.ade juga yg ckp perut saya yang kecik...entahlah tu semua kuasa ALLAH.
- alahan makin berkurangan, citarasa xsama macam sebelum preggy, waktu ni lebih kepada yang bersup-sup.klu boleh semua nak bersup²
- perubahan fizikal da ada sedikit (perut da nampak walaupun ramai yg ckp macam x preggy)

TRIMESTER 3
- dah mula rasa sakit² belakang terutama dari bahagian pinggang ke pinggul
- dah xboleh tido kat atas, biasa tidur kat bilik atas kali ni tidor kat bawah di ruang tamu (motif da xlarat nak main panjat² tangga)
- dah tak boleh tido kat bawah walaupun beralas kan karpet, sbb rasa sakit belakang.(nak tempat yang empuk² je)
- susah nak tido malam (pusing sana, pusing sini semua serba tak kena)
- jadi seorang yang sgt² kuat berpeluh (sampai malam pun tido bekembang je tau)
-selera semakin menjadi² tambah² lagi 2minggu sebelum deliver klu boleh hari² nak makan ABC@CENDOL 
- perut yang semakin memboyot ke depan.
- perut dah mula pecah² macam selulit tu (rekahan yang kemerah merahan)
- ada satu ketumbuhan timbul di bahagian kanan belakang kepala.(ramai yg cakap pembawakan budak yang dalam perut tu, tapi kalau korang tgk sendiri pun takot kot...ngeriii!!!) 

{Bila dah ade pengalaman sendiri baru saya tau betapa besarnya  
PENGORBANAN SEORANG IBU
...SUBHANALLAH...}

 asalnya kecik je macam jerawat, mula² igt bisul...tapi benda ni makin membesar, doctor suspek kanser sbb terlalu agresif (dlm hati takut nye bila doc cakap macam tu..sbb family history mmg tak ade yang mengidap kanser)

 ni lepas pembedahan 5.4.12 aritu, sepatutnya nak operate sebelum deliver baby, tapi takut ade ape² efect pada baby so ditangguhkan sehingga sebulan selepas melahirkan.

 ade 6 jahitan, besar jg doctor ni bedah, dia takut ade tinggal sisa² kecil. terpaksa la dia botakkan saya...sakitnye ALLAH je la yang tau...dgn sakit operate deliver baby yang belum nak berapa nak baik lg masa tu, tambah lagi klu nak breastfeeding baby bila malam² hari memang TING TONG 3in1...huhuhu


S.E.K.I.A.N

p/s = Alhamdullillah, nak cepat dapat result apakah `benda` itu saya hantar ke klinik swasta dgn bayaran sebanyak RM70, dan 30.4.12 aritu amek result pembedahan doc cakap bukan kanser, cuma ketumbuhan saluran darah (ntah aku pun xfaham pe yg di maksudkan yang penting aku terlepas dari yang dijangkakan)



  ♥ Princess and Prince Story ♥
 Photobucket 
♥ Kalau anda suka boleh ♥

Comments

Popular posts from this blog

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

Renew lesen memandu