♥ Majlis IFTAR terakhir di Tanjung Puteri Golf & Country Club ♥

Assalamualaikum

Hai, maaf ler sebab da lama kite tak update blog kite...Sibuk sikit ler sebab buat preparation untuk raya..
Kali ini saya nak share mengenai iftar terakhir saya untuk tahun ini, dalam banyak banyak majlis berbuka puasa yang saya pergi untuk tahun ni ye, tempat ni adalah yang terbaik untuk setakat ni, sebab terdapat pelbagai pilihan makanan, memang best sampai ada yang tak sempat nak makan sebab sudah kekenyangan...hehehe..cuma satu je kekurangan masih tak ada juga seafood yang dimakan mentah mentah bersama lemon...huhu..tapi makanan lain semua ada (kambing bakar, ikan bakar, ayam bakar, daging salai, abc, cendol, satey, nasi ayam, murtabak, dessert, salad, bubur dan macam macam lagi la).
Tempat nya di pasir gudang, memandangkan adik saya yang belajar di unikl di pasir gudang, kami ajak ler skali dia makan...nasib tempat dia best dan banyak makanan, kalau tak siang siang lagi da kena kutuk dengan adik saya sorang ni, maklum la dia ni cerewet + terlalu jujur tak da tapis tapis punya orang..hahaha

bulat nya mata si kecil ni

ini sebahagian makanan yang ada

sedap betul salad ni, kalau boleh tapau lama da angkut bawa balik..hehe

elvina bergambar dengan tante dia

payah betul la nak suruh si kecil ni pandang camera

kami bergambar lagi...

bergambar dengan tangga antik pula

ini belum pandai jalan lagi, kalau da pandai jalan mau kurus saya

sephia style

hihi...ade bakat tak saya jadi model pampers

pandai pula elvina ni pandang camera

InsyaAllah tahun depan kita jumpa lagi, tapi kalau ade yang seponser lagi la..lalala

p/s = stock balas dendam ambil gambar banyak banyak, sebab adik ikut kalau nak harap suami yang ambil gambar jangan harap la dia nak layan. Dia lebih rela berbual kosong ngan member member dia..






  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket
♥ Kalau anda suka boleh ♥ 

Comments

Popular posts from this blog

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

Renew lesen memandu