30 November 2011

♥Aku seorang yang kidal♥

Assalamualaikum

:)...:)..:)
Senyum panjang aku..aku bersyukur dgn apa yang telah di anugerahkan ALLAH kepada aku..
Segala yang terjadi telah tertulis olehNYA..

Aku adalah salah seorang yang menggunakan tangan kiri..semua kerja aku buat guna tangan kiri, cuma satu benda je yang aku guna pakai tangan kanan..iaitu bila aku makan nasi dengan menggunakan tangan , tp klu pakai sudu aku still pakai tangan kiri...tabiat ni mmg aku da xleh ubah lagi..sejak kecil..

Tetiba aku teringat zaman kanak kanak aku dulu sebelum aku masuk tadika...

Arwah ayah aku pernah kurung aku dalam bilik semata mata menyuruh aku belajar menulis dengan menggunakan tangan kanan, tp usaha arwah ayah gagal...mmg aku xboleh menulis langsung dengan menggunakan tangan kanan..

Sebenarnya ade banyak kelebihan dan kekurangan menggunakan tangan kiri (banyak sumber yang aku jumpa dlm EN INTERNET)

Tapi satu yang aku perasaan kelebihan menggunakan tangan kiri di ketika dapur,
Orang yang menggunakan pisau dengan tangan kiri dikira seorang yang pembersih...Weeee..sebabnya barang barang yang hendak dipotong (ikan,sayur, ayam, bawang dan lain lain) dipegang menggunakan tangan kanan..

Ha..korang semua setuju tak apa yang aku cakap ni (terutama org yang guna tangan kiri)...klu setuju cer angkat kaki korang..hahaha...tp aku tak cakap yer org tangan kanan pengotor.
Cuma ini satu kelebihan kepada org yang guna tangan kiri ketika melakukan kerja di dapur..

p/s +++ so klu korang nak jadi chef @ tukang masak mmg sangat sesuai..nampak skit la pembersih..

aku ade jumpa satu blog ni, dan terbaca tentang

KELEBIHAN SEORANG YANG KIDAL

so aku copy paste je ape yang dia tulis, korang boleh terus baca atau baca direct dari blog beliau k...semua yg dia cakap tu aku rasa ade betulnye jg..

KLIK SINI

Bila bercakap tentang kelebihan kidal ni kan ada beberapa perkara yang aku suka sangat tentang menjadi kidal.. iaitu..

  • Secara kajian umum, golongan kidal ni lebih pandai, lebih teror dan lebih kacak or cun berbanding golongan kanan. Ni bukan aku yang cakap okeh, tapi kajian dah dibuat. So.. Aku terasa ada betulnya kot.. Hehe..

  • Golongan kidal jugak lebih sesuai dijadikan calon isteri / suami . Sebab? Berdasarkan kajian yang aku pernah terbaca, golongan ni akan sedaya upaya mempertahankan hubungan dan menjaga hubungan itu sekuat kuatnya.. Kira macam calon suami / isteri mithali gitu.. Haaa.. Ada betulnya gak tu.. Hehe.. 

  • Romantik? Member aku yang sama kidal dengan aku pernah cakap " Udin, kita beruntung kidal, sebab kita lebih romantik dari golongan bertangan kanan.. " . Errr.. Aku tatau nak sokong ke tak, tapi kalau ditengok member aku tu serius dia tu romantik ! Haha..  Aku? Tak kot.. lalala.. 

  • Berdasarkan kajian yang aku baca jugak, jika suami isteri tu dua dua kidal, peratus anak dia pon akan kidal jugak agak tinggi . Dan boleh dikatakan pasangan dua dua kidal amat jarang ditemui didunia.  Hoho... Kira macam "rare" woo.. Cool 

  • Golongan kidal jugak sangat la kreatif.. Ni bukan aku cakap ye.. ni berdasarkan kajian yang aku baca.. Tapi ada betul nya gak, beberapa designer hebat yang aku kenal, memang kidal ! =)

  • Golongan kidal ni dikatakan amat rapat  dan amat pentingkan family ! Err.. Yang ni aku sokong ! Haha..
ha ..ni BUKTI .aku adalah salah seorang yang pakai tangan kiri..ini betul k (gambar candid tau)

OTAK MANUSIA TERBAHAGI KEPADA 2 BAHAGIAN



Hemisfera kiri (KAWALAN TANGAN KANAN) mengawal Ucapan, Bahasa, Penulisan, Logik, Matematik, Sains, ini adalah CARA BERFIKIR LINEAR.

 Hemisfera kanan (KAWALAN TANGAN KIRI) mengawal Muzik, Seni, Kreativiti, Persepsi, kesedaran Spatial, Emosi, Genius, ini adalah MODE HOLISTIK BERFIKIR.

ANTARA FAKTA FAKTA YANG AKU JUMPA
 





♥Princess and Prince Story♥
 Photobucket
♥ Anda suka entry ini ♥

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog

Designed by UMIESUEstudio 2014 : ELVINA ELZANDRA