07 July 2012

♥ Elvina di botakkan bila umur seminggu ♥

Assalamualaikum

Cukup seminggu elvina dibotakkan. Kata orang tua tua, rambut dalam perut tu kena buang bagi membolehkan rambut yang baru tumbuh dengan lebat..

Biasanya rambut bayi akan dibuang atau dicukur pada hari 7,12@21.
Mak (mak mertua) buat bubur gula merah untuk tetamu yang datang. Kebetulan ibu dan adik saya no 2 sampai yang datang dari taiping untuk melawat cucu sulongnya.

Mak cakap waktu nak makan bubur gula merah ni, kena pasang niat dalam hati @ doa yang baik baik untuk elvina.

tengok, suka sangat la elvina ni buat mulut muncung

inilah orang yang bertanggungjawab membotakkan elvina

perlahan perlahan ye wak rom, takut terpotong lain pulak kang...hehe

haha...da beralih arah, kali ni nenek taiping pulak yang dukong

hampir siap dbotakkan

wak rom ni adalah bidan kampung, tiga hari pertama saya mula berpantang tu dia la yang uruskan (tiap tiap pagi dia akan datang mandikan elvina dan urut lepas bersalin)

bergambar dulu sebelum dibotakkan

bergambar pulok dengan nenek

terima kasih nenek sebab datang lawat elvina

apalah yang diborakkan elvina pada neneknya...bukan main lagi masa ni...tengok buat muncung itik lagi

ciuman ikhlas dari nenek untuk cucu sulongnya


S.E.K.I.A.N
  ♥ Princess and Prince Story ♥
 Photobucket 
♥ Kalau anda suka boleh ♥

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog

Designed by UMIESUEstudio 2014 : ELVINA ELZANDRA