11 October 2012

♥ Between followers and following ♥

Assalamualaikum

Antara pengikut dan mengikuti mana satu yang menjadi pilihan anda???
Mestilah yang mengikuti  kehidupan anda yang menjadi pilihan ramai. Tapi maafkan saya sebab saya memang tidak ada langsung pengikut sebelum, ini pun ada sorang itu pun saya yang paksa dia jadi pengikut saya kebetulan rakan sekerja cuma jawatan je yang tak sama.

Antara sebab seseorang itu tak ada follower adalah kerana

  1. saya seorang pembaca senyap, maksudnya saya selalu menbaca belog kawan kawan tapi susah nak tinggalkan komen mahupun tinggalkan jejak url..(iya itu adalah saya)
  2. sejak saya ada blog ni saya tak pernah launching kan atau war war kepada kawan kawan melalui facebook, twiter @ instagram
  3. perasan malu yang sangat tinggi, rasa segan je nak publishkan belog sendiri (tapi sekarang siapa yang rugi, saya juga la padahal dah lama kot ada belog, masih tiada yang sudi mengikuti)
  4. tak pernah pandang pun chit chat (kebanyakkannya orang akan selalu singgah balik pada orang yang tinggalkan pesan dalam chitchat itu, tapi saya bukan macam tu euwww)
  5. negatif thinking (i love that wording)...ala aku ni siapa bukan artis pun orang follow follow bagai, sebab aku buat belog ni pun umpama diari online aku. (bermonolog diri sendiri)
  6. pastikan anda buat entri yang menepati selera pembaca, jangan jadi macam saya kebanyakkan dalam entri saya semua tentang kehidupan saya..(jadi memang orang tak sudi la nak baca lain la erra fazira ke)
  7. jarang update, mungkin itu adalah salah satu sebab juga orang boring nak follow blog saya.
  8. malas nak ber blogwalking, betul juga, mungkin lepas ni saya rajin komen dan mungkin orang datang ke blog saya dan jadi follower..(best la kalau yang nak follow balik)
  9. jangan terlalu nak short form sangat, sebab bukan semua orang pandai atau faham apa yang kita tulis
itu je la dulu, nanti kalau ada lagi saya tambah lagi, kalau dapat sampai no 100 (10 pun tak sampai berangan nak seratus...hampeh betul...kuat berangan la kau ni.)





  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog

Designed by UMIESUEstudio 2014 : ELVINA ELZANDRA