♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

Assalamualaikum

9 ~ 12 November 2012, kami tiga beranak termasuk ibu saya sendiri turun ke melaka, menghantar alif (adik no 7) temuduga untuk second stage di kolej yayasan saad (KYS) selama 4hari alif di sana. Memang sangat sangat teruja bila dapat tahu adik terpilih untuk second stage. Sebab nak masuk sana memang sangat sangat lah bukan senang, haruslah dapat 5A`s dalam percubaan UPSR itu pun belum tentu lagi dapat masuk ke sana kerana dia ada ujian saringan yang terakhir (second stage) di mana pihak KYS akan buat pemilihan antara yang terbaik dalam yang terbaik (calon seramai 150 orang untuk tajaan sepenuhnya dari AXIATA) , tapi pihak tajaan AXIATA cuma nak 30 orang jadi persaingan memang sangat senget.
Kalau bukan AXIATA taja kami sekeluarga memang tidak berkemampuan la nak membayar yuran KYS


Harapan kami sekeluarga semoga alif tersenarai dari 30 orang calon yang terbaik itu ! (sebab tujuan kolej tu ditubuhkan adalah untuk create FUTURE CEO`s)
Amin...

Ada habuannya sebagai semangat kalau alif tersenarai dari 30 orang calon kak long belanja jam mahal punya k.. G_SHOCK


YURAN = TINGKATAN 1-3  DALAM RM 30k ±
YURAN = TINGKATAN 4-5  DALAM RM 40k ±
TOTAL HAMPIR RM70k ± UNTUK LIMA TAHUN
(yuran di atas tu kalau datang by personal, maksudnya parents kena orang kaya. Kalau di taja tak perlu bayar )



Muhammad Putra Alif bin Ismail


Yeay LV dengan nenek


Mr Hubby (abang driver)


suasana 1


Suasana 2


Suasana 3 


My lil bro yang pakai beg hijau sana tu


Sesi registration  


Sedang di soal siasat



Apalah yang dibualkan tu


Maka terpisahlah antara kami di sini


Letih panggil alif, last gambar jadi macam ni


Dari jauh tudung purple (ibu) dan didepan ibu (mak jang ati)


siap ada partition lagi

 Ruang registeration


pandangan dari luar dewan


Great Hall KYS


My mum and auntie


Kami (saya dalam proses kuruskan badan, tengokla nanti berhasil ke idak ye)


Candidates


Entrance 


Amazing great hall terasa dalam majlis persidangan pula.


ni gambar pemandangan dari johor nak ke melaka


bergambar kenangan di Banner KYS







  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥

Comments

Mshukrimat said…
Salam,

Boleh saya perbetulkan kadar yuran. Itu adalah kadar untuk setahun. Jadi utk tingkatan 1-3 lebih kurang RM90k dan tingkatan 4-5 RM80k. Jadi untuk 5 tahun dalam RM170k. Macamana anak dapat masuk tak.
Mshukrimat said…
Salam,

Boleh saya perbetulkan kadar yuran. Itu adalah kadar untuk setahun. Jadi utk tingkatan 1-3 lebih kurang RM90k dan tingkatan 4-5 RM80k. Jadi untuk 5 tahun dalam RM170k. Macamana anak dapat masuk tak.
Afri Ismail said…
@mohdshukrimat

Wsalam
Terima kasih kerana singgah di blog picisan saya.
Teima kasih juga kerana membetulkan.. Alif itu adik saya, masih menunggu jawapan lagi, sampai sekarang pihak axiata tiada sebarang respon lagi
Anonymous said…
Ok ke Kolej ni...?....Tak pernah dengar pun budak budak dia sampai ke Oxford atau pun Harvard...tahun lepas dua orang saje yang dapat interview ke Harvard..kedua dua pun dari sekolah sekolah kat Damansara......tak taulah macamana nak nilai sekolah lagi..dari gred exam ke atau dari segi standard intellectual..
Afri Ismail said…
kepada saudari@saudari yang bertanya..

Wallahualam...saya pun tak berapa pasti kolej ni bagus ke, tapi dari segi pertama kali (1st impression) saya datang ke sana..student dia serve parents memang in english terus, memang terbaik la...siap ada sleng lagi, sampai saya pula yang rasa segan....hehe..tapi waktu semua parents diminta berhimpun di Great Hall memang ramai student dia yang belajar keluar negara sebab kita di tayangkan sebuah video semua student yang melanjutkan pelajaran di luar negara sana, rasa hampir semua negara ada..Wallahualam
Anonymous said…
Saya dari sekolah tu. Mmg pernah ada yg sampai ke harvard.
Afri Ismail said…
@Anonymous
Thanks for ur concern dear ^_^
Anonymous said…
Alhamdulillah...adik Alif dh smbg study kt MCKK ye..klu dr axiata mmg susah sgt nk dpt..sklh ni mmg best sbb tu ramai yg mohon utk ke sana..moga adik alif akan terus berjaya wlu dmana pn dia bljr..
Unknown said…
Mcm mne nk apply biasiswa axiata tu ye kak?
Farina said…
salam sis,..maaf nak bertanya, anak saya 28.9.13 ni ada 1st exam utk kys..saya pun haritu apply axiata ingatkan x dpt..boleh share susah tak exam dia..
saya dan suami x la pandai bi..tp klu ada rezeki anak x tau la..
Afri Ismail said…
@Amir Zahiruddin
Wallahualam...saya tak berapa pasti la kepada saudara yang bertanya...mungkin anda boleh rujuk terus pada pihak axiata
Afri Ismail said…
@Farina
Wahhh...tahniah..sebab anak pn terpilih untuk exam di sana...sebab bukan calang2 orang tau yang boleh dapat ke sana walaupun exam je baru...itu yang ke sana semua yang terpilih...good luck pada anak pn..
ntahla...saya pon xtahu...susah ke idak...sebab bukan saya yg menjawab exam tu...tapi klu ikut pengalaman adik saya...dia kata ok dan seronok sangat...InsyaALLAH semoga berjaya.
Mshukrimat said…
Assalamualaikum.

1.Tahniah untuk Pn Farina kerana anak Pn terpilih utk exam minggu depan.

2. Exam tu agak susah sikit berbanding UPSR (ikut kata anak-anak saya yg pergi exam di KYS). Sebab pihak kolej akan pilih 200 org yang terbaik (kalau tak silap saya) sahaja sebelum diadakan pemilihan terakhir.

3. Subjek exam sama dgn UPSR iaitu Pengetahuan am, sains, matematik dan bahasa inggeris.

4. Jgn risau pasal BI. Yang penting anak Pn Farina yakinkan diri. Good Luck
Unknown said…
salam. inshaAllah anak saya akan hadir ke exam yg sama juga pd 28.9.2013 ni. saya mmg takde idea macamana soalan yang akan ditanya. kalau siapa2 blh kongsikan, saya amat berterima kasih. bolehlah hubungi saya di kamal230@perak.uitm.edu.my atau 0139646996. terima kasih sekali lagi.
Unknown said…
salam. anak saya akan hadir ke ujian untuk kemasukan ke kysm pd 28.9.2013 ni. kalau ada sesiapa yang nak berkongsi maklumat tentang bagaimana bentuk soalan dan lain-lain, saya amat menghargainya. saya langsung tak tahu macamana nak buat persediaan untuk itu. bolehlah hubungi saya di kamal230@perak.uitm.edu.my atau 013-9646996.
Unknown said…
Salam..anak saya dapat next selection di KYS pada 16-19nov ni. alhamdulillah. Axiata dah inform thru email. Surat belum sampai lagi. Boleh saya tahu registration pukul berapa pada 16nov tu? Tq. Puan Sofia
Unknown said…
Alhamdulillah anak saya dapat next selection di KYS pada 16-19nov ni.. Axiata dah inform thru email. Surat belum sampai. Agaknya pukul berapa registration pada 16Nov tu sebab anak ada Hari Ihtifal jugak hari yang sama di sekolah.. Terima Kasih. Puan Sofia
Unknown said…
Alhamdulillah..anak saya dah dapat terpilih untuk full sponsorship Axiata..bar td diorg call...
Unknown said…
Alhamdulillah ...anak saya dh pun diterima masuk kys...full sponsored by Axiata....:))
Unknown said…
Tahniah Pn Haslinda atas kejayaan anak. Kalau boleh mohon kongsi tips kejayaan kepada ibubapa yang mempunyai aspirasi yang sama. Terima kasih.
Unknown said…
Tahniah pada Puan Haslinda dan anak. Semoga terus sukses. Saya mohon puan konhsikan tips untuk ibubapa yang mempunyai aspirasi yang sama :) Terima kasih
Anonymous said…
Tuan , permohonan 2015 sudah ditutup . Macam mana saya boleh mohon lagi ?
HH said…
School fees
form 1-3 rm36k peryear. Rm108k
form 4-5 rm40k per year rm80k
total rm188k

exam : math, english dan iq test
Unknown said…
assalam , saye sarah & saye telah tercalon oleh AXIATA untuk membuat exam itu tetapi boleh saye tanya? kita harus menulis karangan untuk bahasa malaysia ke nanti?
esis said…
Puan haslinda blh mntak tips anak sy dpt interview
Unknown said…
Assalamualaikum admin blog..Saya nak tanya sikit ya,apa barang yang perlu dibawa semasa ujian kemasukan?
Unknown said…
Sebenarnya, tiada murid KYS yg pernah sampai ke Harvard. Namun, ada yg sampai ke Cambridge, Oxford. Namun, adanya 70% peluang utk dpt biasiswa. CTH: Bank Negara (kijang & kijang emas) Yayasan Khazanah, Petronas dll. Hal ini kerana 70% murid yg keluar sekolah ini selepas SPM berjaya dpt biasiswa (tidak masuk yg dpt menang biasiswa tapi tidak mahu biasiswa tersebut atau tidak mahu apply biasiswa sebab kaya dll)
Unknown said…
Betul. Saya juga cuba mohon biasiswa axiata tapi x berjaya dpt. Oleh itu, mak & bapa terpaksa bayar sendiri
Unknown said…
Bawa alat tulis dan surat menduduki ujian.
zeti said…
This comment has been removed by the author.
zeti said…
This comment has been removed by the author.
sue said…
assalamualaikum. anak saya br di maklumkan dpt masuk ke KYS. tapi, problem terpilih dalam senarai self funding. Garu kepala jg saya dan husband mane nak cai fund. awal2 memang pilih Khazanah, tp x layak kot. time RBS, check2 under self funding. just nak ty pendapat, kalau2 tau ada tajaan mane2 lg x yg boleh pohon. anak memang dah excited nak masuk situ, cuma pening bab duit le.

Popular posts from this blog

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Nama dalam tulisan JAWI ♥