12 January 2013

♥ Hutan Bandar Johor Bahru ♥

Assalamualaikum
Hi, tadi petang kami tiga beranak ke hutan bandar johor bahru. Dah lama tak beriadah macam ni, dan dah banyak kali juga postpone nak pergi ke tempat tempat riadah macam ni. Sebenarnya saya lebih prefer pergi ke tempat macam ni pada waktu pagi, sebab boleh pijakkan kaki anak ke atas rumput hijau yang masih berembun supaya cepat dia berjalan (itu kata orang orang tua la, dan berkesan ke atas saya macam arwah ayah buat masa saya kecil dulu) sambil kami menikmati udara segar dan nyaman di waktu pagi. Majoriti kalau pagi kebanyakkan nya memang datang untuk beriadah seperti berjogging dan menggunakan semua alat alat senaman secara percuma sebaliknya kalau waktu petang agak sesak sedikit sebab dah bercampur dengan orang yang saja saja jalan kat tempat macam ni seperti datang bermadu kasih, lepak lepak kosong sambil memerhatikan gelagat manusia. (macam kami tiga beranak yang tengah buat ni la)
Best hutan bandar johor ni, besar tu memang besar la, ditambah pula dengan seri lanskap.
Ok kite cerita skit pasal lanskap ni.

Lanskap terbahagi kepada dua bahagian 
  1. lanskap kejur bermaksud penggunaan elemen elemen semula jadi seperti tumbuh tumbuhan, air & dll
  2. lanskap lembut pula bermaksud penggunaan elemen elemen buatan dan keras seperti kolam, wakaf, pergola, kayu, batu, kaca & dll (teringat masa muda muda study architecture dulu, jenuh la nak hafal jenis jenis lanskap ni, yang tak boleh tahan nak kena hafal nama saintifik setiap jenis pokok atau tumbuh tumbuhan senang cakap nama glamour dia orang la)
Kami sempat berjalan di sana tak sampai setengah jam je, sebabnye tiba tiba hujan turun dengan lebat tanpa memberi sebarang signal, contoh kalau pandang langit nampak macam gelap nak hujan ke. Tak sempat nak pusing se round taman rekreasi ni,. Tapi sampai sini anak saya yang paling happy, sebab kami letak dia di dalam stroller, wah bukan main heaven and senyum lebar dia sambil memerhati gelagat orang, macam faham je menikmati keindahan semula jadi yang ada kat taman tu, siap boleh nangis lagi tu kalau kita berhenti kejap tolak stroller dia tu...

baru memulakan perjalanan

pelik..memang tak tinggal puting tu dari mulut dia..(elvina elvina, nanti dah besar gigi tak cantik macam ummi jgn salahkan ummi ye, salahkan ayah k, sebab ayah yang ajar hisap puting tu)

tak tahu nak pilih kiri atau kanan

last kami pilih ke kanan lebih afdal orang kata.hihi


tengok tu, bukan main happy elvina siap pusing kiri pusing kanan tengok gelagat orang

kali ni kami pilih ke kiri pula

hairan tengok umi asyik snap gambar kite je

ayah masih setia menolak stroller, layan kan anak dara yang sorang ni

tengok tu, kusyuk sangat sampai ummi panggil dari belakang pun dah tak nak toleh

salah satu lanskap lembut adalah wakaf (ntah konfius da antara wakaf dengan pergola, aihh kena buka buku balik ni)

ha, nampak kan suka betul dia perhatikan orang, tambah tambah lagi kalau yang baya baya dia, bukan main ramah lagi kalau menegur tapi baya dia tu buat dont know je...kecian anak ummi ..ramah terlebih ni sesuai sangat la ngan nama nya Elvina


Ha ini yang elvina tengah tengok...hihi

nice pic from elvina to ummi (susah nak dapat gambar lawa macam ni dari elvina tak reti duduk diam)

tengok tu malu malu pula, ummi yang terlebih sengih

ohh no, we are not ready yet daddy

ok, now we ara ready (tapi mata tu bukan tengok camera tapi tengok ayah )

belajar belajar posing

ni pun lawa juga, dah macam photoshoot pulak

nice expresi muka, amacam ada gaya jadi model tak saya

shaking!!! tengah bye bye siapa la tu elvina ni, semua nye nak di sapanya nye (ingat artis ke awak elvina)

sekali lagi tak nak pandang camera

bergambar dengan ayah pulak

ha yang ini boleh tahan juga

ha , kan lagi sekali siapa pula yang di tengok nye.

ohh hilang kawalan

alololo comelnye dia ketap bibir pandai pula tu tepat fokus pada camera
(opps babat lagi sepatutnya kena duduk tegak tegak ni, baru tak nampak)

lawakan wakaf ni (erkkk wakaf ke pergola nih!!)

one more time

Peace!!! Please can u focus on the camera again

meneruskan perjalanan

ala, spoiled ade orang pulak kat belakang tu, tidak mesti da smart gambar nih
(masa ni hujan dah nak mula membasahi bumi)

 da bersiap sedia nak tolak stroller laju laju nih

penat berlari lari anak untuk menyelamatkan diri dari basah kuyup, kami berteduh sementara di pondok kecil


elvina sedang memikirkan bagaimana hujan terjadi, nasibla dia belum pandai nak bertanya itu ini lagi, jangan nnt da pandai tanya , tanya soalan macam ni dekat ayah ummi, uihhh letih kami nak buka buku sains balik nih!!!
(hujan da nak reda sikit kami pun sekali lagi berlari lari itik pulak untuk pulang dan terus ke stesen bas larkin menjemput adik yang dari taiping)

p/s = babat tu adalah lemak yang terdapat pada pinggang, saya tau pun dari suami saya bila dia pegang pinggang saya..dia tegur ehh ada babat rupanya, sampai hati dia..tak membantu langsung..hahaha

Ohh lupa nak habaq kat hangpa semua, nak sewa basikal pun ade tak silap sejam rm5 wooowooot, klu rasa tak larat nak tawaf taman ni.

  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥

2 comments:

auni ismail said...

comel elvina..:)

Nur Afridayati said...

+auni ismail ..hehehehe..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog

Designed by UMIESUEstudio 2014 : ELVINA ELZANDRA