08 March 2014

♥ Pray for MAS MH370 ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

Rasanya berita pesawat MH370 hilang dah tersebar luas di seluruh dunia melalui media masa. 
Berdebar tunggu berita sebenar, sebab banyak sangat versi yang dah keluar..

Cuma saya ingin berkongsi bagaimana perasaan menjadi penumpang ketika melalui detik cemas semasa berada di dalam pesawat...sebab saya sendiri pon pernah ada perasaan macam tu..

Jujur cakap, saya bukanlah selalu menggunakan pengangkutan udara ni..baru empat kali merasa naik pergi dan balik  menggunakan pesawat ni...itupon masa bercuti di Bukittinggi Indonesia dan Bandung.

Perasaan cemas tu datang masa otw balik ke Malaysia, masa tu kami baru balik bercuti di Bandung

Kebetulan masa tu hujan lebat..

Memang berdebar dan rasa takut yang amat sangat waktu tu, macam2 perkara negatif dah melayang2 dalam kepala ni...maybe ajal kami dah sampai, kejadian tu terjadi masa pesawat yang kami naiki nak touchdown..

Sebelum tu pesawat ada langgar awan...memang bergoyang juga la pesawat kami...dengan hujan lebatnya lagi...bila curi2 buka tingkap di tepi tu nak tengok keadaan diluar...memang tak nampak apa apa...nampak putih kabus je...tak nampak keadaan di bawah...tak nampak laut, tak nampak rumah umpama sebesar kotak mancis..apa pon tak nampak masa tu...

Keadaan agak sedikit cemas bila ada salah seorang penumpang ni...degil yang amat...kalau saya yang jadi peramugari memang dah kena lempang dah penumpang perempuan tuh.. langsung tak nak dengar arahan dari anak kapal...supaya duduk diam2 kat tempat masing2 dan jangan bangun dari tempat duduk..tapi dia nak juga bangun masa tu (terserlah ketidaksabaran saya di situ)...Ya Allah memang geram je saya tengok..dia buatkan semua penumpang yang lain cemas..Kononnya dia nak ke toilet dah tak tahan sangat nak muntah...sebab pesawat masa tu mmg tak berapa stabil...klu yang ada mabuk o alah memang akan muntah...bukannya mereka tak sediakan beg kertas untuk muntah dekat tempat duduk masing2..ntahla susah nak duga perangai orang ni...degil sangatttt..makan masa juga peramugari tu nak cool down kan perempuan..sampai dah tengking pon tak lut jg..


Lepas tu saya tgk aunty yang duduk disebelah sana saya plak...kesian aunty tu...tak senang duduk dibuat nya...memang nampak sgt muka dia takut dah  la xberapa sihat dan agak tua juga la...sambil mulut dia terkumat kamit baca doa dia..

Saya pandang plak suami saya di tempat duduk di sebelah sna..tgk macam cool je, tak nampak plak dia takut...or maybe dia pandai cover kot..mmg dalam pesawat kami tak duduk rapat2, saya berdua dengan anak mmg da peluk dia erat erat..sebab pesawat yang kami naik ni tak penuh penumpang..masing2 sibuk nak duduk tepi tingkap..so duduk la kat mana yang kami suka..suami sibuk nak record video dia..so layankan je la.

Mula mula kejadian tu saya ingat saya yang perakk sangat sebab jarang naik pesawat kan..tapi ternyata mmg terjadi sesuatu yang luar dari biasa rupanya..bila tgk penumpang lain pon cemas..

Kami berlegar legar di atas udara hampir 1jam setengah juga la, sepatutnya dah boleh touchdown..tapi keadaan tak mengizinkan untuk landing..

Alhamdulillah!!!

 Dapat tarik nafas lega, 
bila dengar annoucement dari anak kapal..bagitahu pesawat bersedia untuk landing..mana tak nya lama gila kot kami terapung apung kat atas tuh..takut nnt jadi lagi huru hara plak.
Eleh mesti korang cakap xdela seram sangat kan..berbanding pesawat yang tengah hilang sekarang ni...mmg la xseram ...cuma saya dapat berkongsi  perasaan diorang tu macam mn bila berlaku kecemasan mcm ni..tmbh2 kita tak tahu apa khabar berita penumpang tu sekarang...selamat ke tak...mmg mendebarkan semua orang.

Tu makanya...kena baca Safety Information yang di sediakan oleh mereka, in case terjadi sesuatu sekurang kurangnya kita bersedia mental dan fizikal dan faham macam mana nak face masalah tu nnt.. dan jangan sambil lewa je bila anak kapal bagi penerangan tentang keselamatan dan demo cara2 nak menggunakan alat2 tu nanti.

 Sila ambil peduli dengan benda ni...saya yang dah baca pon...ada juga tak faham macam mana nak gunakan.



Apapun marilah kita berdoa..semoga semua penumpang MH370 tu selamat...dan seluruh ahli keluarga yang terlibat diharap tabah dalam menghadapi segala kemungkinan.

jumlah penumpang yang terlibat


  ♥ King and Queen Story ♥
  Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog

Designed by UMIESUEstudio 2014 : ELVINA ELZANDRA