♥Casio Baby G Leopard Pattern Ladies Watch (BGA-200LP-4) ♥

Assalamualaikum

Casio Baby G Leopard Pattern Ladies Watch


Akhirnya dapat juga jam yang ala ala baby ni yang tengah famous meletop di pasaran ni, walaupun tak merancang pun nak membeli jam ni...cadang nak survey je, last terbeli juga...Igt nak bagi advanced birthday present untuk suami tapi beliau tak berkenan pulak..
Jam ni di beli di parit raja..tempat ni memang famous, sebab jam dia murah dari kedai lain..sebab kedai dia buruk je kedai kayu, tapi jam semua lawa lawa, siap boleh track in lagi.
Rasa budak budak UTHM memang tau la kat mana tempat ni..yang saya boleh bagi instruction dia, kedai ni dekat traffic ligth simpang empat, seberang jalan kedai ni ada kedai makan Restoran Cuba Rasa kalau saya tak salah la..kejap saya cuba google..eh malas la...kamu cari la...kalau betul betul nak tahu komen la kat blog saya ni..cuba bagi semangat sikit supaya rajin saya updated entry entry baru nanti...ni tak kamu jadi silent reader je buat ape (mengata kat diri sendiri sekali). 
Penat bergadoh dengan tokey kedai ni untuk fight harga supaya dapat lagi murah, sampai berpeluh peluh la sebab nama pun kedai burukkan mesti la tak ada air-cond, cuma yang ade kipas siling yang langsung tak rasa sejuknya, cuba bayangkan kalau saya datang siang...Uihhhh mahu lenjun baju nanti macam kena hujan

Harga pasaran RM 424
Harga letak RM 220
Harga setelah diskaun RM 205

Berbaloi tak bergaduh lama lama dengan tokey kedai ni. Harus la berbaloi baloi kan. Kalau nak tahu apa kelebihan jam ni kamu google la sendiri ye, sebab saya dah tolong bagi nama jam ni siap jenis dan kod jam lagi. (cuba berterima kasih sikit)

p/s = lepas ni nak aim kasut sukan @ cross pulak untuk beriadah pada hari minggu...set dalam otak tema harus pink ok.

  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥
 

Comments

Unknown said…
boleh bagi number atau address tak

Popular posts from this blog

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Nama dalam tulisan JAWI ♥