بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Assalamualaikum Auto Publish Percutian yang tak dirancang.. Niat sebenar teman ayah pusing muar, melaka n seremban jumpa partners business minyak dia. Tapi rasa semua planning dalam kepala ayah. Kami dua beranak ikut je la. Bertolak malam khamis tak silap..bermalam di hotel muar. Esok paginya ikut ayah jumpa member dia kat muar yang buka kedai assesori, lepak situ lama gila..naik bosan juga duduk tunggu bila nak sudah. Sampai tak tahu dah nak buat apa selfie la kami dua beranak dalam kereta..layanzzz Lebih kurang pukul 3pm ayah ajak pi Melaka Wonderland. Biasala nama pon time cuti sekolah, mmg ramai orang masa ni.. Kebetulan masa ni ada offer sempena raya cina, jadi kami ke sini beli pakej 3 in 1, jimat skit berbanding beli tiket asing2. memang tak dapat la nak bergambar lawa2 kat pintu masuk sini..sebab ramai orang lalu lalang atas tu harga tiket biasa..mmg mahal skit ...