بِ سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Assalamualaikum Al Fatihah. Kehilangan satu2nya permata yg tiada tolok nilainya didunia ni. Ibu menghembuskan nafas terakhir beliau pada hari raya haji kedua 6/10/14 (genap 44hari selepas majlis sambut menantu adik) jam 10.20pg. Bagaikan tidak percaya dugaan seberat ini yg harus kami hadapi 9beradik tinggallah kami yatim piatu yang tiada ayah tiada ibu. Tiada lagi tempat mengadu. Tiada lg tempat bercerita itu dan ini. Tiada lg teman berbicara sehingga ke lewat pagi bila aku sesekali pulang ke kampung halamanku taiping, terlalu byk yg ingin ibu cerita dari perkembangan adik2, saudara mara beliau, kawan2, risik khabar keluarga suamiku hingga la ke jiran tetangga. Rindukan bebelan ibu dan semuanya tentangmu ibu. Kali terakhir aku berjumpa dgn beliau pada majlis perkahwinan adik lelakiku pada 23/08/14. Itulah kali terakhir aku melihatnya memeluknya dan menciumnya. Rindunya aku saat saat itu. Kalau diberikan peluang kali ...