بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Assalamualaikum Morning, aku suka apa yg penulis ni tulis.☺️ Apa Yang Kau Kejar Dalam Hidup Ini? Pernahkah dalam satu saat engkau terfikir, apa yang kau kejarkan dalam kehidupan ini? Kekayaan? Harta? Itu semua tidak akan dibawa mati. Cinta? Hati manusia berubah sentiasa. Hari ini kasih, cinta, rindu berahi, esok lusa benci bila ada pengganti. Pangkat? Kita semua akan tua dan pencen akhirnya. Apabila sampai masa umur kau luput untuk berada di dunia, segalanya akan kau tinggalkan sama ada kau bersedia atau tidak, terpaksa jua kau pergi menghadap Ilahi. Lantas… Bekal apakah yang kau bawa? Solat? Yang wajib je yang kau buat. Masamu sibuk dengan kerja. Dengan aktiviti berniaga. Puasa? Ramadhan sahaja. Itupun puasa ganti kau buat hujung-hujung tahun baru sempat berganti. Sedekah? Duit paling kecil dalam wallet yang kau pilih. RM1. Paling banyak pun RM10. Itupun kau berbisik di dalam hati, betul ke orang yang meminta sedekah itu berikan untuk anak-anak ...