Assalamualaikum Tahun ni tahun kedua kami beraya suami isteri, dan yang paling best tahun ni kami sudah bertiga, kali ni giliran raya di kampung sebelah suami pula. Lepas habis kerja jumaat yang lepas kami terus gerak balik ke kota . Ada la saya tolong kemas rumah sikit dan tolong apa yang patut. Raya pertama jatuh pada hari ahad, kami semua tak ke mana, pagi raya tu lepas salam raya dan bermaaf maafan kami terus sibuk menyediakan makanan untuk orang marhaban yang datang rumah ke rumah, marhaban dilakukan dua peringkat raya pertama marhaban dari pihak lelaki, raya kedua marhaban dari pihak perempuan. Dekat johor ni memang sudah menjadi tradisi tiap tiap tahun marhaban akan di lakukan. Memang meriah la, sebab kat kampung saya tak ada semua ni. Masuk hari kedua raya, kali ni giliran pihak perempuan bermarhaban rumah ke rumah, rumah ibu mertua saya adalah rumah nombor dua yang akan di marhabankan, tapi tak sesibuk macam raya pertama, kami hidangkan kuih muih dan buah buahan j...