Assalamualaikum Kahwin 28/05/11 dah nak masuk dua tahun dah pon...anak pon dah seorang Tapi hampeh kad nikah baru terhegeh hegeh nak pi buat. Tu pon berkesempatan buat sebab balik kampung masa cuti raya cina tempoh hari.. Dasyat kan??? Ish...ish...ish... Klu tak, tak tau la bila nya nak buat...tak kan tunggu anak dah berderet baru nak pi buat kan... (amboiii planning macam ramai je...hahaha..biar lah rahsia) syarat syarat untuk apply 1) mesti kahwin...(hahaha..memang la oittt) 2) sijil nikah (2salinan) 3) kad pengenalan pengantin lelaki dan perempuan (2salinan) 4) gambar ukuran pasport pengantin lelaki dan perempuan (2keping) 5) duit RM20 setiap seorang Baru tahu, setiap negeri tak sama rupanya kad nikah ni...tau pun sebab kawan cakap dia punya warna hijau (untuk negeri melaka), saya punya warna biru (untuk negeri perak).. johor punya saya tak tau warna ape (motif nak tahu suami orang johor kennn, nak tanya beliau nanti beliau malas nak layan so...