Assalamualaikum Found something useful for all of us, Happy sharing ^_^ Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah Ta’ala, Melakukan sesuatu bukan kerana-Nya, tetapi kerana pandangan manusia dan perasaan bangga terhadap diri sendiri adalah suatu penyakit yang sangat merbahaya kerana ia kadangkala berlaku tanpa kita sedari… Kita yang sering memberi tazkirah dalam kalangan rakan-rakan, mampu menyebabkan terdetik rasa “hanya akulah yang layak memberi nasihat”. Kita yang sering mendapat markah teritnggi dan pujian lecturer, menimbulkan rasa “ akulah yang paling hebat dan pandai”. Kita yang sring bangun awal pagi hari menyebabkan rasa “akulah yang paling baik antara yang lain”….dan banyak lagi detik-detik hati hasil daripada bisikan syaitan. Syaitan itu bekerja dengan sangat licin dan halus ! Tanpa kita sedari, ia mempermainkan hati kita dan keikhlasan niat hati kita. Maka berwaspadalah ! Seringlah menjaga kantung hati kita daripada penyakit-penyakit ...