♥♥ Amalan² Zikir² serta Surah² yang bagus sekali untuk di amalkan ketika hamil

Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat. Ibu yang hamil digalakkan banyak mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik. Bapa juga digalakkan melakukan perkara yang sama ketika isterinya mengandung.Perempuan yang hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah s.w.t dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut.

Dengan itu timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:


   


8 SURAH YANG HARUS JADI AMALAN BAKAL IBU


1) Surah Al-Fatihah : Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

2) Surah Maryam : Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi 
    anak yg sabar dan taat.

3) Surah Luqman : Untuk memperoleh anak yg cerdik akal dan
  cerdik jiwa.

4) Surah Yusuf : Untuk memperoleh anak yg cantik rupa dan 
    cantik akhlak.

5) Surah Hujurat : Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat 
    berhati-hati.

6) Surah Yaasin : Untuk ketenangan hati dan anak tidak 
     terpengaruh dgn godaan syaitan yg mengajak kpd maksiat.

7) Surah Taubah : Untuk membersih jiwa dan terpelihara drp maksiat.

8) Surah an-Nahl : Untuk melahirkan anak yg berdisiplin

♥Princess and Prince Story♥ nanti saya akan bagi semua surah2 yang terdapat di atas ya ibu2 semua!

Comments

Popular posts from this blog

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

Renew lesen memandu