Assalamualaikum
Awal bulan 10 aritu aku dapat kerja dekat company yg aku kerja sekarang...sbnrnya aku sayang nak tgglkan tempat kerja lama aku...tp keadaan memaksa untuk aku mengundurkan diri dari company..atas beberapa sebab tertentu aku tinggalkan company tu..yang pertamanya permohonan suami aku utk bekerja di kuala lumpur ditangguhkan...aku tak tahu sbb ape, tp yg aku tahu suami aku minta tukar atas suka sama suka dgn staff yg lain..(suami bekerja di sektor awam)...jd terpaksa la aku mengikut suamiku berhijrah di tempat kelahiran beliau di johor...dgn berat hati aku meninggalkan company yg aku kerja sebelum ni (sedih rasa)..
kenapa aku berat hati???...
pertamanya itu company antarabangsa...jd korang faham jela klu kerja company international ni...pasal gaji memang besar giler aku dpt...kawan² kat sna pun mmg best…kat sna aku berpeluang bergaul dgn mat salleh yg dtg dr pelbagai negara..mana tak nya aku berkerja mmg direct bawah mat salleh, kira aku punya ketua la nama dia R****. So nak tak nak aku mmg kena speak English untuk berkomunikasi dgn dia…walaupun aku pya speaking tak lah sehebat mn pun..tp aku ambil peluang ni sbgai satu cabaran buat diri aku utk memperbaiki English aku..mmg mencabar mula², sbb 1st time ketua aku dari oversea (switzerland) sepanjang aku bekerja…kelakar pun ade jg…ade time kami nak mulakan perbualan aku gunakan perkataan yg mudah..sng cakap perkataan sebiji²…hahaha..(kelakar kan..korang gelak la kat aku..aku tak kesah pun)…bila da kerja kat situ br aku sedar…seseorang tu mmg kena ade tahap penguasaan English yg bagus…mana tak nya kawan² time aku interview utk mula kerja dulu pun…dia suh aku wat eSsAy…1st time aku dapat cuak jg aku…nak tak nak aku kena buat jg…so aku buat eSsAy tu sebaik mungkin…da la tajuk eSsAy semua mcm time² aku sekolah dulu.. tak silap aku tajuknya lebih kurang bunyi mcm ni “ Holiday with family” berapa patah perkataan aku tak igt..tp aku tak la buat panjang sgt pun..
Ok berbalik pada kenapa aku kena ikt suami aku berhijrah juga ke jb…(jauh betul aku lari dari tajuk nih!!!)…kedua..aku kesian kat suami aku..asal jumaat petang je beliau da smpi kl, jumaat malam sampai ahad petang beliau teman aku kat kl…kesian kat dia…confirmed beliau penat…begitulah seterusnya rutin mingguan beliau…sampai la beliau dpt surat permohonan pertukaran ditangguh kan..So kami sepakat utk pindah ke jb. skrg aku da keje kat jb almost 1month..tapi ape yg aku blh ckp aku akn cuba bertahan dlm company ni…kenapa aku ckp mcm ni???
tak best ke company skrg nih??? Bkn tak best tp bg aku company tak sistematik..semua benda bercelaru..mcm tak konsisten..pening aku dibuat nya..(mcm aku ni konsisten plak kan, tp mmg aku tak biasa kerja company yg mcm ni).. tak dela before ni semua tmpt aku kerja berdisiplin dr segi system bekerja..maybe company seblm ni Owner dia bkn bangsa kita kot…bkn aku nak kutuk bangsa sndiri..tp mmg tu la yg terjadi..company yg aku keje skrg adalah 1st time company yg owner dia bangsa kita…aduhhh pening, dan haru biru dibuatnya…nasib bos dia pemurah (walaupun gaji yg aku terima tak sebesar dulu..yg penting aku bersyukur)..sudi jg terima aku berkerja di syarikat beliau walaupun aku sedang hamil..maybe ni rezki baby kot…
Alhamdullillah.
Jadi pengajaran untuk korang ialah..
1) Cari kerja betul² sesuai dengan jiwa korang ye
2) Fikir betul² dulu sebelum berhenti kerja, tambah² kaum wanita yg sedang hamil, sbb kebanyakkan syarikat akan tolak serta merta permohonan kita jika tahu kita sedang hamil k (aku belajar dari pengalaman aku sendiri waktu mencari kerja ketika sedang hamil)
3) Semasa ditemuduga tu perhatikan keadaan sekeliling@environment di syarikat itu, adakah ia sesuai dgn jiwa anda, tgk ruang pejabat dan staff² yg bakal menjadi rakan kamu nnt. (benda ni memainkan peranan yg penting jg sbb 1/3 masa kita adalah dipejabat, klu environment tempat kerja kita tak best baik kita tak pyh keje kat situ k)
4) Jangan terlalu memilih kerja sgt, mana yg dapat kerja je dulu yg penting bertahan, bila dah ada offer lain br blh berambus dari syarikat tu k (sbb zaman skrg susah nak cari kerja, dari xde kerja lgsg baik korang kerja je dulu mn yg ade, kurang² dapat mengurangkan beban korang utk tampung hidup kan?)
5) Klu boleh semasa kita di temuduga tu korang tya la ape yg patut korang nak tya (buat mcm aku buat k, selalu 4 soalan yg penting yg aku akan tya)
a) 1st mestilah aku tya pasal syarikat tu, nmpkkan skit kita berminat utk kerja di situ…hehehe
b) 2nd benda ni mmg aku tak akan lupa tya…nak tahu apa dia? Ha korang tya la sabtu company ni kerja ke? (sbb aku tya, klu sabtu kerja komfem awal² aku da reject kerja tu, tp aku tgk pada gaji yg dia tawarkan kat aku plak, sbb selalunya sabtu dan ahad ni la masa aku utk diri aku@yg da kawin masa ni adalah masa bersama keluarga, masa ni kita boleh bersiar², window shoping dan macam² lg)
c) 3rd Gaji – klu dia tak bgth berapa gaji yg dia offer kita, baik kita yg tya dia…ni pun penting sgt, contoh klu kita kerja pada hari sabtu, korang kena bandingkan ada berbaloi korang kerja hari sabtu dgn salary yg korang dapat…xpatut..xpatut (macam yg terjadi kat aku skrg ni..tp bertahan je sbb tgh hamil dr lgsg org xterima kerja baik aku bertahan je kat syarikat ni dulu sementara ada yg lg bagus nnt)
d) 4th Tanya la pasal elaun apa² yg dia berikan, kot² ada ke…(contoh elaun makan@transpot@kehadiran...biasa klu korang kerja dlm kilang selalunya ada la elaun² mcm tu, tp klu syarikat biasa pun ada jg yg bg.) 6) Klu boleh biarla tempat kerja kita dekat dengan rumah kita k, sbb ape?? Klu la kita terbangun lmbt ke so kita masih sempat lg nak punch in sebelum punch card kita merah.
p/s Tu je la kot apa yg aku rasa patut nak bgth korang semua, tmbah² lg adik² yg fresh graduate yg xth apa² lagi dlm alam pekerjaan. Panjang juga aku bebel kan?
♥Princess and Prince Story♥
♥ Anda suka entry ini ♥
Comments